Oh Lawa By: Yanie Baharom July 11, 2018 @ 11:00am

Sedia Ikut Jejak Langkah Ibu Bapanya, North West Jayakan Kempen Jenama Terkenal Fendi

Suasana set lokasi yang dipenuhi bungkusan beg Gummy Bears, antara bentuk “rasuah” yang dilakukan oleh pihak Fendi untuk memastikan si kecil, North West, berada dalam keadaan gembira sepanjang menjayakan penggambaran kempen terbaru untuk jenama fesyen mewah Itali itu yang turut membabitkan ibunya, Kim Kardashian West dan neneknya, Kris Jenner.

Kempen dinamakan sebagai #MeAndMyPeekaboo itu bagi meraikan ulang tahun ke-10 beg tangan ikonik Peekaboo, dengan merakamkan momen penuh kemesraan serta kasih sayang di antara nenek, ibu dan anak yang diadakan di sebuah lokasi menarik di Los Angeles.

Malah, bapa kepada North iaitu Kanye West turut membuat penampilan khas dengan menyumbangkan suaranya untuk lagu tema kempen berkenaan berjudul Love Lockdown.

Bercakap mengenai momen kerjasama dengan ibu serta anak perempuannya buat pertama kali, Kim Kardashian berkata, ia adalah hari yang sangat menyeronokkan bagi mereka tiga beranak.

Foto: glamour.com

“Saya akan selalu mengingati kenangan ini selama-lamanya. Di set penggambaran ini mengingatkan pada zaman kanak-kanak kerana dipenuhi beruang-beruang comel yang bertujuan untuk merasuah North supaya dia berasa gembira sepanjang penggambaran.

“Sebaliknya dia tidak menghiraukan semua itu, kerana lebih tertarik menangkap lady bugs dengan kru yang ada,” kata Kim Kardashian.

Meskipun video seumpama ini adalah yang pertama dijayakan, namun mereka seringkali membuat kemunculan bersama di televisyen lebih-lebih lagi untuk program realiti Keeping Up With The Kardashian yang menjadikan keluarga ini sangat dikenali dunia.

“Keluarga adalah segalanya bagi saya. Saya mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan ibu dan anak saya. Mereka adalah dua kawan baik saya,” kata Kim lagi.

Projek #MeAndMyPeekaboo Fendi memfokuskan pada hubungan keluarga bintang terkenal, dengan menonjolkan variasi berbeza dari beg Peekaboo.

Kim menyifatkan koleksi berkenaan sebagai versatil dan boleh digayakan pada bila-bila masa tidak kira apa juga musim. Malah sebuah pemberian yang diungkap sebagai abadi, barangan kepunyaan seorang ibu diwarisi anak perempuan.

Foto: Vogue Australia

Sumber: Harpers Bazaar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 20 Sep 2018

Kehabisan Lipstick Favourite Dan Ada Temujanji? Usah Gusar, Ini Caranya Buat Lipstick DIY!

Tidak susah rupanya buat lipstick sendiri. Kacang sangat!

Oh Lawa Fri, 4 May 2018

Ini Tips Mudah Untuk Buatkan Bulu Mata Palsu Anda Nampak Natural. Tak Perlu Beli Yang Mahal!

Kalau bajet anda rendah, jangan risau! Ada tips mudah untuk buatkan bulu mata palsu yang murahan dan plastik tu, langsung tak nampak macam fake. 

Oh Lawa Mon, 28 May 2018

7 Tip Atau Hack Yang Anda Patut Tahu Jika Anda Selalu Memakai Seluar Jeans

Salah satunya ialah cara untuk tahu saiz yang sesuai tanpa perlu memakainya dulu.

Featured Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Bergelar Hijabista, Anda Kena Tahu Dan Mahir Dengan 3 Stail Fesyen Ini

Kalau nak jadi macam hijabista famous anda boleh tiru 3 stail ini.

Featured Tue, 12 May 2020
Oh Lawa Thu, 11 Jul 2019
Oh Lawa Thu, 17 May 2018

17 Foto Busana Perkahwinan Diraja Yang Tercantik Dari Negara-Negara Serata Dunia

Sebelum Harry dan Meghan berkahwin, jom tengok dulu wedding dress di majlis-majlis perkahwinan diraja.

Oh Lawa Fri, 2 Nov 2018

Inilah Jenis & Bentuk Aksesori Yang Tengah Popular Sekarang

Wanita-wanita moden kini ramai yang memakai barang kemas jenis ini.

| Live TV