Oh Lawa By: Bibi Ramli October 11, 2018 @ 4:00pm

Selepas Kejayaan Kylie Cosmetics, Kylie Jenner Bakal Lancarkan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Pula

Kita semua tahu yang Kylie Jenner kini sedang dalam perjalanan untuk menjadi “the youngest self-made billionaire”, iaitu billionaire (lebih tinggi daripada jutawan) termuda di hasil atas usaha sendiri.

Walaupun gelaran “self-made” itu dipertikaikan oleh banyak pihak, kita tak boleh nafikan betapa berjayanya rangkaian makeup milik anak muda ini.

Kylie, 21, telah melancarkan jenama Kylie Cosmetics pada 2016 dengan barangan lip kits dan kemudian ditambahkan dengan eyeshadow, blush, concealer dan lain-lain. Jenama ini sudahpun menjadi salah satu rangkaian makeup antarabangsa yang paling popular pada masa kini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kylie Cosmetics (@kyliecosmetics) on

Bila dah terlebih successful macam ini, tak mengejutkanlah bagi pengasas Kylie Cosmetics ini untuk melebarkan lagi empayarnya.

Nampaknya Kylie sedang dalam proses untuk membina satu lagi jenama barangan kecantikan. Kali ini dia nak keluarkan barangan penjagaan kulit pula. Wow! Mesti ini pun ramai yang akan beli!

Menurut United States Patent and Trademark Office, Kylie telah memohon tiga trademark (tanda dagangan): “Kylie Skin by Kylie Jenner” dan dua lagi untuk “Kylie Skin” — satu adalah untuk produk penjagaan kulit, satu lagi untuk kedai-kedai retail. Besar kemungkinan ini adalah untuk kedai pop-up yang dia selalu lancarkan untuk jenama makeupnya.

Menurut aplikasinya, rangkaian produk penjagaan kulit ini akan melibatkan pelbagai jenis barangan termasuklah pelembap, pencuci muka, serum, mask, mist muka, skin peels dan banyak lagi.

Laman web Trademark Ninja yang melaporkan berita ini juga menunjukkan yang alamat laman web “www.kylieskin.com” telah didaftarkan Julai lalu, tetapi website itu masih belum boleh dibuka.

Kita tunggu sajalah!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

glam on point

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Well, bila kita lihat gambar-gambar selfie Kylie, mukanya tak pernah tak glowing. Jadi jika anda inginkan raut wajah yang sama, anda bertuah kerana dengan adanya Kylie Skin, mungkin ia tak mustahil.

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 12 Sep 2018

Ilustrator Ini Hasilkan Potret Rekaan Gaun Menggunakan Kelopak Bunga. Super Gorgeous!

Elemen kelopak bunga yang ditampilkan menerusi ilustrasi fesyen rekaannya memang kreatif!

Oh Lawa Mon, 23 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 23 Mar 2018

Trend Kecantikan Terbaru Korea Membuatkan Kulit Nampak Macam Kaca! Wow Berkilat

Orang Korea memang genius dalam bab-bab kecantikan. Sesetengah teknologi mereka jauh lebih advance dari negara-negara lain.

Featured Mon, 14 May 2018

8 Orang Yang Terlalu Obses Dengan Pembedahan Plastik Sampai Rupa Mereka Nampak Pelik

Kalau cantik, tak apalah. Ini ada yang macam rupa makhluk asing!

Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018
Featured Wed, 13 May 2020
Oh Lawa Fri, 30 Aug 2019

Tiada cecair pencuci berus mekap? Bancuh sendiri dengan teknik DIY ini

Bahan-bahannya mudah didapati dan memang murah.

Oh Lawa Mon, 21 Jan 2019
Oh Lawa Tue, 6 Feb 2018

Sneakers Setiap Hari?

Gelombang stail luxe sport atau suntikan elemen sukan dalam gaya harian menjadi trend sejak 5 tahun kebelakangan. Impak keselesaan dalam masa sama kekal stylish memungkinkan stail ini terus jadi pilihan sekurangnya 5 tahun lagi. Siapa tahu?

| Live TV