Oh Lawa By: Ad Ops January 23, 2019 @ 12:00pm

Skirt ratu ini hanya berharga RM82 tapi dia berjaya menjadikannya tampak lebih mewah

Permaisuri Letizia dari Sepanyol pasti akan berjaya menawan sesiapa yang melihatnya kerana rupanya yang jelita serta gaya fesyen yang moden.

Tetapi yang menariknya, walaupun darjatnya sebegitu tinggi, Letizia tidak semestinya hanya memperagakan busana jenama mewah atau rekaan pereka fesyen terkenal.

Sebaliknya, beliau memang terkenal dengan gaya fesyen mampu milik. Antara jenama kegemarannya ialah Zara.

Bagi mereka yang bukan berketurunan Diraja, produk Zara tidaklah begitu mahal tetapi ia menawarkan gaya yang nampak mewah. Mungkin sebab itulah Letizia suka!

Baru-baru ini beliau telah menerima tetamu di Istana Zarzuela di Madrid. Beliau mengenakan baju hitam biasa dan sepasang kasut but hitam bertumit tinggi.

Beliau bijak memberikan warna kepada penampilannya dengan memakai sehelai skirt yang dikatakan berjenama Zara.

 

Foto: Getty / Paolo Blocco

Skirt panjang hingga bawah lutut ini mempunyai corak kulit ular, iaitu satu trend yang dijangka akan meletup pada tahun ini.

Tetapi perkara yang paling menarik mengenai skirt berkenaan (malangnya sudah pun habis dijual!) adalah harganya yang murah. Hanya $20 (RM82)!

Namun begitu, bila Letizia menggayakannya, beliau berjaya memberikan ilusi yang mana skirt terbabit berharga jauh lebih mahal.

Jom lihat gambar-gambar Letizia yang memakai skirt itu dari sudut yang berbeza.

Foto: Getty / Carlos Alvarez

Foto: Getty / Paolo Blocco

Foto: Getty / Carlos Alvarez

Foto: Getty / Carlos Alvarez

Sumber: Popsugar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 6 Dec 2018
Oh Lawa Wed, 28 Feb 2018

8 Kegunaan Jeli Petroleum Untuk Kecantikan, No. 8 Memang Tak Sangka!

Pada tahun 1859, ahli kimia Amerika Robert Chesebrough telah ternampak beberapa penggali minyak di Pennsylvania menggunakan jeli ini untuk menyembuhkan luka dan kulit mereka yang terbakar.

Featured Tue, 14 Apr 2020
Oh Lawa Fri, 1 Jun 2018
Oh Lawa Thu, 13 Sep 2018
Oh Lawa Thu, 18 Apr 2019
Oh Lawa Tue, 6 Mar 2018

Anda Tahu Tak Sebutan Sebenar Untuk Nama Jenama Antarabangsa Seperti Versace, Louis Vuitton Dan Yves Saint Laurent ?

Kalau anda pakai kasut, pakaian atau handbag berjenama antarabangsa macam Versace, Prada dan Louis Vuitton, gerenti orang lain akan rasa jealous.

Featured Mon, 17 Feb 2020
Featured Sun, 18 Nov 2018
Oh Lawa Thu, 18 Oct 2018

Aktiviti Lasak Bukan Lagi Penghalang Buat Wanita Berhijab. Najwa Sports Collection Harus Dimiliki

Najwa Sports Collection menyediakan penyelesaian reka bentuk yang mematuhi syariah yang tidak berkompromi dengan aurat atau gaya.