Oh Lawa By: Ad Ops February 6, 2018 @ 1:03pm

Sneakers Setiap Hari?

Gelombang stail luxe sport atau suntikan elemen sukan dalam gaya harian menjadi trend sejak 5 tahun kebelakangan. Impak keselesaan dalam masa sama kekal stylish memungkinkan stail ini terus jadi pilihan sekurangnya 5 tahun lagi. Siapa tahu?

Ini bagaimana anda boleh gayakan sneakers dalam pakaian seharian, dan tidak hanya terperuk menanti digunakan saat bersenam (yang selalu anda tangguhkan itu!).

1. Lipat seluar dan tonjolkan buku lali.

Apabila memakai sneakers, adalah penting untuk membuat satu statement. Cara terbaik adalah dengan melipat seluar pada paras buku lali, tapi jangan pula terlalu senteng sampai terlihat pelik dan canggung.

2. Jangan pakai stoking.

Seolah tertulis sebagai unwritten rules, sneakers wajib dipakai tanpa stoking, atau sekurangnya tidak terlihat pada pandangan mata. Penyelesaiannya, sarungkan no show socks. Senangkan?

3. Warna dan stail klasik.

Untuk kekal relevan dan senang disuaipadan, pilih warna selamat dan neutral seperti hitam, kelabu, coklat atau putih dengan gaya malar segar. Namun, masih tidak salah secara total untuk menyarung warna menjerit seperti oren neon, misalnya.

4. Dipakai dengan skirt atau dress, dengan bersyarat.

Skirt potongan pensel dengan sneakers tiada masalah selagi tidak terlalu labuh – sama ada atas dari lutut atau sekuragnya paras bawah lutut. Potongan skirt midi yang kembang bagaimanapun tidak tertakluk kepada peraturan ini.

5. Go minimal.

Jika menyarung persalinan sudah cukup statement, adalah disarankan menyarung sneakers minimalis untuk tone-down look keseluruhan. Bagitu juga sebaliknya, jika top dan bottom lebih subtle, sneakers rona menarik perhatian patut jadi pilihan.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 6 Feb 2019
Oh Lawa Sat, 13 Oct 2018
Oh Lawa Wed, 18 Apr 2018

Fenomena Siri Buppaesannivas, Bangkit Keghairahan Penduduk Thailand Berpakaian Tradisi

Fenomena siri televisyen bertema fantasi sejarah, Buppaesannivas (Love Destiny) di Thailand ketika ini, nampaknya berjaya mengembalikan minat penduduk negara itu untuk mengagungkan pakaian nasional mereka.

Oh Lawa Fri, 8 Mar 2019

Telekung Siti Khadijah rintis laluan bina jenama eksklusif industri fesyen Muslimah

Usaha pacu kejayaan selepas sedekad telekung SK di pasaran

Oh Lawa Fri, 10 Aug 2018

Wajah-Wajah Popular Hiasi Pentas Peragaan The Melium Group Dan Farah Khan

Barisan selebriti yang terlibat, sebahagian besarnya merupakan trendsetter antaranya Fyza Kadir, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Kavita Sidhu, Whulandary Herman, Ameera Khan (Little Miss Khan), Idris Khan, Siti Saleha, Syafiq Kyle, Anzalna Nasir dan Neelofa.

Featured Tue, 24 Mar 2020

Rouge Hermès serlahkan kecantikan semula jadi wanita

Nak beli beg tangan tak mampu, dapat gincu pun jadilah!

Oh Lawa Sat, 8 Sep 2018

The White Label Collection Dedikasi Kasih Najla Sarbini Buat Allahyarham Bapanya

Najla Sarbinie mengabadikan nama Allahyarham bapanya itu menerusi rekaan terbaru beliau.

Featured Thu, 18 Oct 2018
Oh Lawa Mon, 31 Dec 2018

Seni Mesir Purba Diangkat Sebagai Tema Dalam Siri Pertunjukan Fesyen Metiers d’Art By Chanel

Himpunan seleksi rona emas menjadi warna utama dalam koleksi terbaru Chanel ini.

Oh Lawa Thu, 7 Jun 2018