Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Oh Lawa By: Yanie Baharom July 6, 2019 @ 10:00am

Sudahlah jimat, kesannya sama seperti mandi bunga di spa mahal!

Selagi wanita memberikan alasan sibuk sebagai penghalang utama untuk mereka mencari masa membelai dan mencantikkan diri, selamanya itulah mereka mensia-siakan kecantikan yang mereka ada.

Sekalipun mungkin benar anda tidak mempunyai masa ke spa ekoran kekangan masa dek tugasan surirumah tangga yang tiada bernoktah, anda masih boleh melakukannya di rumah.

Faham-faham sahajalah, kadang-kala perjalanan pergi dan balik dari spa sahaja sudah mengambil masa dan ada sesetengahnya tidak berkemampuan mendapatkan rawatan di spa.

Bagaimanapun itu bukan perkara besar dan bukan juga halangan, terdapat banyak cara untuk membelai dan mencantikkan diri. Mandi bunga secara DIY atau Do It Yourself, salah satunya yang boleh anda praktikkan di rumah.

Mandi bunga sebagaimana diketahui umum, adalah perawatan kecantikan yang paling digemari dan sering dilakukan oleh bakal ratu sehari. Secara ritual, mandi bunga dilakukan untuk menaikkan. aura bagi tujuan menyegarkan tubuh serta menaikkan seri wajah.

Mandi bunga mampu menaikkan seri wajah kerana tubuh kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga yang digunakan terserap ke dalam tubuh badan.

Bunga dikatakan sebagai penyerap tenaga yang terbaik kepada si pengamal mandi bunga. Rawatan mandi bunga jika diamalkan mampu mengurangkan kelesuan badan dan menghilangkan bau badan.

Foto: nasionalisme

Bahan yang diperlukan untuk acara ritual mandi bunga

Foto: What Shereen Loves

– Tujuh atau sembilan jenis bunga yang tidak berduri.

– Bunga pelbagai warna (bunga mawar, melur dan bunga cempaka kalau boleh mesti ada)

– Elakkan bunga berwarna hitam.

– Semua bunga mestilah segar dan berbau wangi.

– Dua biji limau purut.

– Satu botol air mawar.

Foto: OLX

Foto: Kepoh Kuat

Kaedah penyediaan

1. Jumlah jenis bunga mestilah angka ganjil, 7 atau 9.

2. Asingkan bunga daripada daun dan dahan kecil. Rendam bunga-bungaan di dalam baldi/besen yang dipenuhi dengan air.

3. Tuang sebotol air mawar dan kacau rata.

4. Belah limau purut dan hiris nipis. Rendam bersama campuran bunga-bungaan dan air di dalam baldi/besen tadi.

5. Rendam semalaman.

Cara mandi

1. Mandi seperti biasa terlebih dahulu sebelum mandi bunga. Tidak perlu mandi selepas ritual mandi bunga.

2. Sebaiknya mandi pada waktu pagi bagi tujuan kesegaran tubuh dan juga serapan tenaga.

3. Mulakan dengan siraman di bahagian tubuh di sebelah kanan sebanyak tiga kali diikuti siraman dibahagian tubuh sebelah kiri. Untuk mereka yang beragama Islam mulakanlah dengan berselawat keatas Nabi SAW.

4. Lanjutkan dengan siraman di bahagian kepala.

5. Tidak perlu bilas. Biar seketika dan lap tubuh dengan tuala.

Tip menjadikan sesi mandi bunga ini lebih mengujakan

– Boleh menambah minyak badam, minyak zaitun atau minyak kelapa di dalam kolah mandian berisikan bunga. Kesannya kulit terasa selembut bayi.

– Pasangkan lilin beraroma bunga-bungaan, citrus, breeze atau buah-buahan pun boleh.

– Mainkan lagu sentimental (bukan lagu sedih) dan berunsurkan Nusantara secara perlahan.

– Tuangkan segelas jus buahan atau buatlah secangkir teh untuk anda nikmati selama berendam.

Dengan melakukan mandi bunga ini, anda pasti berasa segar dan tenang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Feb 2020
Oh Lawa Wed, 31 Oct 2018
Oh Lawa Mon, 19 Mar 2018

Kerap Cuci Rambut Tapi Masih Banyak Minyak. Ini Jawapan Berapa Kali Sebenarnya Anda Perlu Mencuci Rambut

Kalau anda kerap sangat bersyampu, kulit kepala akan bertindak mengeluarkan lebih banyak minyak! Alamak!

Oh Lawa Tue, 9 Oct 2018
Oh Lawa Thu, 25 Oct 2018

5 Kesilapan Lazim Ketika Menggunakan Beauty Blender, No. 4 Paling Penting!

Jika anda selalu gunakan alat ini, jom check cara anda betul atau tak.

Featured Wed, 24 Apr 2019

Rindu Lebaran, koleksi kurung ‘mengancam’ sentuhan tukang jahit termahir, Ezuwan Ismail

Rindu Lebaran, koleksi tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas!

Oh Lawa Mon, 7 May 2018

Ikuti Tip-Tip Fesyen Ini Ketika Hendak Ke Sesi Temuduga Kerja

penampilan anda tersangatlah penting jika anda ingin mendapatkan pekerjaan impian anda.

Oh Lawa Mon, 2 Apr 2018

10 Selebriti Hollywood Dengan Sepasang Mata Cantik! No 5 Paling Unik.

Sepasang mata yang mempesona memang bisa membuatkan sesiapapun jatuh cinta kerana itu wujud istilah ‘dari mata jatuh ke hati’.

Di dunia selebriti Hollywood, ada 10 selebriti dilahirkan dengan sepasang mata indah. Siapakah mereka, lihat 10 senarai di bawah ini.

| Live TV