Oh Lawa By: Yanie Baharom July 27, 2018 @ 6:30pm

Suntikan DNA Balenciaga Bikin Kasut Dengan Jolokan Hodoh, Crocs Makin Laris!

Dianggap sebagai sebuah jenama kasut dengan rekaan yang hodoh sehingga mewujudkan ruangan diskusi mengenai kewajaran Crocs berada di dalam dunia fesyen, tidak sedikit pun menjejaskan matlamat jenama itu untuk terus berkembang.

Malah, Crocs membuktikan implikasi dari diskusi itu hanya menguntungkan dan melariskan lagi produk mereka. Buktinya, koleksi terbaru Crocs iaitu kasut bertumit tinggi bukan saja menjadi kegilaan ramai bahkan habis terjual.

Idea penghasilkan kasut tumit tinggi atau stiletto yang dicetuskan jenama fesyen terkemuka dunia, Balenciaga dalam mengambil sesuatu yang penuh kontroversi and make it fashion membuatkan orang ramai mula keliru dengan pendirian mereka sendiri.

Foto: Balenciaga Instagram

Balenciaga sebelum ini pernah mengambil rekaan Crocs dan memanipulasikannya dengan DNA Balenciaga menerusi rekaan Crocs platform yang membuat kemunculan kontroversi mereka sewaktu persembahan koleksi musim bunga 2018 mereka di Minggu Fesyen Paris.

Enggan melepaskan peluang keemasan dengan kasut tular ini, Demna Gvasalia kali ini tampil dengan rekaan yang kasut getah tersebut dengan tambahan stilleto yang dikongsikan oleh mereka di Instagram menampilkan sepasang sepatu stiletto Crocs dengan sentuhan Balenciaga.

Ia digayakan oleh seorang model memberikan gaya high fashion yang lazim dengan jenama tersebut. Kemudian mereka berkongsikan pula foto menampilkan model menggayakan stiletto tersebut dengan gaya yang quirky.

Foto: Foto: Balenciaga Instagram

Seperti Crocs platform yang dikeluarkan sebelum ini, Crocs stiletto ini juga ditampilkan sekali dengan rekaan-rekaan charms yang menawan dari rekaan seekor kucing hingga ke menara Eiffel.

Harga bagi sepasang Crocs heels asli adalah $50 sahaja manakala harga untuk sepatu Balenciaga ini masih belum lagi diumumkan tetapi jika dilihat pada harga Crocs platform sebelum ini, harga yang diletakkan adalah $495 untuk platform yang paling basic dan jika anda inginkan tambahan charms, harganya bernilai $850.

Foto: Balenciaga Instagram

Sumber : GLAM Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018
Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Oh Lawa Thu, 11 Jul 2019
Featured Mon, 29 Jul 2019
Oh Lawa Fri, 30 Aug 2019

Tiada cecair pencuci berus mekap? Bancuh sendiri dengan teknik DIY ini

Bahan-bahannya mudah didapati dan memang murah.

Featured Mon, 6 Jul 2020

Melangkah penuh bergaya dan selesa dengan kasut Skechers

Rekaan lebih kreatif dengan inovasi terkini

Gaya Hidup Mon, 23 Sep 2019

10 buah untuk kulit cantik

Guna bahan semula jadi

Featured Thu, 14 Feb 2019
Oh Lawa Mon, 16 Jul 2018