Oh Lawa By: Yanie Baharom January 14, 2019 @ 3:58pm

Suntikan retro ‘dihidupkan’ kembali sebagai ‘DNA’ rekaan fesyen 2019

Jika anda pencinta fesyen dan sentiasa mengikuti perkembangan industri kreatif ini, pastinya kamu tahu stail yang menjadi pilihan 2019!

Berdasarkan pemerhatian penulis, elemen retro yang cukup gah pada era 1960-an, kini kembali menghangatkan dunia fesyen, namun dengan suntikan gaya yang lebih moden dan versatil.

Sejak kebelakangan ini, fesyen retro sering menjadi inspirasi dan diterapkan dalam hasil kerja pereka fesyen seluruh dunia. Inovasinya diperbaharui mengikut kesesuaian semasa. 

Apa yang pasti, fesyen 2019 menampilkan kepelbagaian gaya menyeronokkan, penuh gaya, unik dan berani. Jom kita lihat trend hangat bagi tahun 2019!

1. Corak harimau bintang

Foto: Pinterest

Sememangnya corak harimau bintang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Dari dulu hingga sekarang, motif ini sentiasa mendapat tempat di hati penggemar fesyen. Jika tahun lalu cetakan berjalur dan kotak-kotak menjadi tumpuan, namun 2019 cetakan kulit harimau bintang yang pernah popular sekitar 2010 dahulu kembali hangat. Adakah anda masih menyimpan baju lama anda? Jika iya, jangan malu menggayakan kembali!

2. Fabrik bulu

Foto: FurInsider

Tahun 2018 menyaksikan banyak penggunaan bulu atau feather pada setiap rekaan busana terutama di pentas fesyen antarabangsa mahupun tempatan. 

Penggunaan bulu nampaknya berlarutan hingga 2019. Tetapi isimewanya untuk 2019, perincian glamor itu lebih ekstrem dan boleh didapati pada setiap inci baju. 

Penggunaan bulu ini berfungsi sebagai penyeri utama rekaan terutama bagi jenis-jenis fabrik yang polos tanpa sebarang perincian.

3. Juntaian menggoda!

Foto: mariefranceasia

Suka melihat helaian gaun yang digayakan penari samba? Jangan khuatir kerana anda juga boleh menyertai kemeriahan gerak tari samba apabila bergaya sakan dengan item fesyen yang turut dihiasi juntaian tali-tali halus yang mampu menyuntik aura sofistikasi si pemakainya!

4. Kuning bermaharajalela

Foto: harpersbazaar

Dari rona merah jambu dan jingga yang menguasai helaian fesyen 2018, kini tiba masanya kuning terang menakluk sebagai warna kebanggaan fashionista sepanjang tahun ini!

Selain itu, rona tanah/bumi, turut menjadi warna pujaan bagi ramai pereka fesyen ternama untuk koleksi terkini mereka.

5. Mesh Trend

Foto: flickr.com

Apa itu mesh? Mesh dalam bahasa Melayunya adalah mata jala, jaringan atau sirat.

Jika helaian fesyen menggunakan fabric kait berupa jala ikan sangat popular sekitar tahun 80-an, nampaknya gaya itu kembali sebagai trend paling hangat dan wajib ada dalam almari anda!

6. Ikat celup (tie dye) 

Foto: The Zoe Report

Kalau dahulunya pakaian yang berasaskan corak tie dye ini hanya dipakai mereka yang mengaplikasikan cara hidup ala hippie, namun untuk 2019 adalah tahun yang mana corak cetakan unik ini diangkat menjadi aliran fesyen paling mahsyur untuk digayakan mereka yang mengikuti perkembangan fesyen semasa.

7. Manipulasi skarf

Foto: net-a-porter.com

Kalau cetakan skarff ala Versace dan Hermes menjadi igauan peminat fesyen era 90-an, untuk 2019 aliran itu kembali bagaikan mengimbau memori lampau yang pernah gah suatu ketika dahulu. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Nov 2019

Aksesori unik bertemakan filem klasik pukau perhatian

Idea rekaan wanita ini di luar kotak

Oh Lawa Wed, 10 Jul 2019
Oh Lawa Thu, 14 Nov 2019

Kebaya labuh Kedah bakal diangkat ke pentas Ratu Dunia 2019

Dihiasi dengan selendang batik dan aksesori bermotif tradisional

Featured Wed, 26 Sep 2018

Bila Pakai Maskara, Jangan Lakukan Kesilapan Ini Jika Tak Nak Ia Cepat Kering

Check sama ada selama ini anda ada buat kesilapan ini atau tak.

Oh Lawa Fri, 27 Jul 2018

Suntikan DNA Balenciaga Bikin Kasut Dengan Jolokan Hodoh, Crocs Makin Laris!

Balenciaga sebelum ini pernah mengambil rekaan Crocs dan memanipulasikannya dengan DNA Balenciaga menerusi Crocs platform.

Featured Fri, 28 Sep 2018
Oh Lawa Wed, 20 Jun 2018

Anda Alami Masalah Pori Muka Yang Besar? Amalkan 5 Tip Mudah Ini

Jangan biarkan pori-pori muka anda terbuka, lakukan 5 tip ini!

Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

Ikuti 6 Tips Ini Untuk Miliki Ulas Bibir Mungil, Seksi Lagi Menggoda

Mempunyai bibir seksi sememangnya menjadi impian wanita dan kerana itu ramai daripada kaum hawa sanggup mengambil risiko untuk menjalani suntikan semata-mata mahu mempunyai bibir yang lebih sensual.

Sedangkan terdapat pelbagai cara alternatif lagi kreatif untuk mereka mendapatkan bentuk bibir yang mungil. Tinggal lagi hanya perlu mempelajari teknik solekan yang betul.

Featured Mon, 18 Jun 2018

ALDO Pelengkap Gaya Seisi Keluarga Di Pagi Raya

Lengkapkan gaya raya anda dengan koleksi jenama ALDO yang super elegant dan classy!