Oh Lawa By: Yanie Baharom April 4, 2019 @ 3:00pm

Swiss Image tembusi pasaran Malaysia, kini boleh didapati di Watsons!

Switzerland bukan saja dikenali sebagai negara dengan panaroma memukau dan selamat untuk didiami, bahkan sumber aslinya terpelihara, menjadikan jenama penjagaan kulit keluaran negara itu antara yang terbaik di dunia kerana berkualiti.

Jadi tidak hairanlah ramai wanita bekerja kini yang tertarik dengan produk dari Switzerland dan mempunyai keinginan untuk memilikinya, namun tidak mampu memebelinya  kerana ia ditawarkan pada harga negara asal produk berkenaan dihasilkan.

“Atas objektif itu, kami mahu semua wanita di Malaysia menikmati produk penjagaan kulit Swiss mewah berkualiti di Malaysia dengan harga yang boleh dicapai oleh setiap golongan wanita yang berkeinginan memiliki produk kecantikan dari Switzerland,” ujar Ambra Orsolini, wakil dari Swiss Image International.

Memahami kepentingan umat Islam terhadap status halal di Malaysia, semua produk Swiss Image mempunyai pengiktirafan halal supaya umat Islam disini boleh menggunakan produk ini tanpa was-was serta boleh dibeli melalui farmasi Watsons di seluruh Malaysia. 

“Selain daripada itu, semua produk Swiss Image juga mempunyai kajian klinikal yang menyeluruh pada produk siap berbeza dengan jenama lain yang hanya membuat kajian penyelidikan pada ramuan produk ” ujar Ambra.

Tidak ramai yang mampu bertahan dengan keadaan cuaca sejuk melampau negara Switzerland yang dikatakan boleh menjejaskan kulit wajah, namun wanita Swiss sejak dulu mempunyai reputasi memiliki kulit yang berlinang dan berseri-seri dengan amalan penjagaan wajah sejak berzaman.

 

Foto: Instagram Swiss Image MY

foto: swisseduc.ch

Rahsia itu adalah daripada air Alpine Glacier Melt yang mengalir dari Alpen Swiss yang kaya dengan vitamin B3, anti-oksidan yang tinggi serta mineral semula jadi yang juga terdapat dalam kandungan formulasi produk Swiss Image.

Selain dari itu, ciri-ciri sifat aktif biologi Alpine Glacier Melt yang mudah diserap oleh kulit kerana teksturnya yang ideal
itulah yang menjadikan produk ini amat berkesan. ” tambah Ambra lagi.

Buat pertama kalinya di Asia Tenggara dengan membawa mesej ‘Terokai Kecantikan Semula jadi’ (Discover Pure Beauty), jenama penjagaan kecantikan seratus peratus dari Switzerland muncul di Malaysia yang juga pasaran ke-21 Swiss Image.

Ia mempunyai variasi produk penjagaan wajah yang berasaskan bahan semula jadi iaitu Alpine Glacier Melt Water, Snow Algae dan Ekstrak Swiss Botanical.

Majlis pelancaran ekslusif Swiss Image bersama Watsons Malaysia yang bertemakan budaya Switzerland diadakan di Restoran Chalet Suisse, Kuala Lumpur pada 28 Mac lalu  turut dimeriahkan dengan kehadiran Duta Besar Switzerland di Malaysia, His Excellency Michael Winzap dan Pengarah Perdagangan Watsons Malaysia, Thoren Tan. Produk Swiss Image kini menjelajah melebihi 20 pasaran antarabangsa termasuk Rusia, Eropah, Arab Saudi, India dan Turki.

Info produk:

Produk penjagaan kulit Swiss Image menghasilkan bahan aktif yang luar biasa seperti mempunyai semua produk yang SLS / SLES & phthalates percuma dan membantu membaik pulih kulit wajah.

Produk Swiss Image menggabungkan produk mereka dengan air Alpine Glacier Melt yang sarat dengan vitamin dan mineral semula jadi yang membina dan melindungi kulit wajah.

Alga Salji juga digunakan dalam produk Anti-Penuaan mereka untuk menganjalkan kulit dan membantu mengurangkan proses penuaan kulit.

Bahan lain seperti Ekstrak Botanikal Swiss (Edelweiss dan Anogeissus Leiocarpus Bark Extract) membantu menghidupkan radikal bebas dan melindungi kulit wajah.

Tiga pilihan Swiss Image terdiri daripada Essential Care, Whitening Care dan Anti Aging didatangkan dengan bahan berbeza dan boleh digunakan oleh semua jenis kulit.

Penjagaan Asas (Essential Care)

Penjagaan Asas terdiri daripada pembersih asas, toner dan pelembap yang pelbagai dan boleh digunakan pada semua jenis kulit.

Pembersih Penjagaan Asas wajah termasuk Mattifying Face Wash Gel, Pembersih Muka, Absolute Hydrating Mask dan banyak lagi.
Terdapat juga Refreshing & Mattifying Toner yang membantu mengecilkan pori dan mengimbangkan pH atau potensi hidrogen tingkat kulit anda.

Akhir sekali, produk Pelembap & Pelindungan mereka datang dengan pilihan Absolute Repair Night Cream dan Absolute Hydrating Day Cream.

Set Pemutih (Whitening Care)

Set Pemutih memberi tumpuan faktor perubahan warna kulit dengan mengurangkan pigmentasi dan kerosakan kulit wajah.
Ia terbahagi kepada dua iaitu, Pembersih Wajah juga Pelembap dan Pelindungan Wajah.

Bagi kategori Pembersih Wajah , ianya terbahagi kepada 3 produk iaitu Absolute Radiance Whitening Face Wash, Face Scrub dan Face Mask.

Produk Pelembap dan Perlindungan pula, dibahagi kepada 2 produk iaitu Absolute Radiance Whitening Day Cream dan Night Cream.

Anti-Penuaan (Anti-Aging Care)

Set Anti- Penuaan mempunyai bahan spesifik untuk meningkatkan dan menguatkan keanjalan. Produk Pelembap & Perlindungan mereka disertakan dengan Absolut Radiance Day Cream dan Night Cream.

 

 

Foto: Ihsan Swiss Image Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 9 Aug 2018
Oh Lawa Wed, 30 Jan 2019
Featured Fri, 27 Mar 2020
Oh Lawa Wed, 30 May 2018

7 Cara Mudah Yang Artis K-Pop Gunakan Untuk Nampak Lebih Menarik

Kalau anda nak jadi cantik seperti artis K-Pop, inilah apa yang anda kena buat.

Oh Lawa Thu, 12 Jul 2018
Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

Wow! Makeup Musang King Kini Di Pasaran. Pencinta Durian Wajib Beli!

Lipstik perasa durian? Macam pelik tapi nampak menarik!

Featured Mon, 6 Jul 2020

Melangkah penuh bergaya dan selesa dengan kasut Skechers

Rekaan lebih kreatif dengan inovasi terkini

Oh Lawa Tue, 12 Mar 2019

Gadis ini tiru gaya Neelofa dengan helaian bundle sepenuhnya!

Berbelanja secara bajet pun boleh kelihatan seperti Neelofa.

Oh Lawa Mon, 7 May 2018

10 Selebriti Wanita Hollywood Sudah “Serik Dan Cuci Tangan” Daripada Pengambilan Suntikan Wajah

Kecantikan fizikal memainkan peranan besar dalam menentukan kerjaya kebanyakan wanita di sana sehingga memberikan tekanan kepada mereka untuk mendapatkan botox atau filler.

Oh Lawa Tue, 3 Apr 2018

12 Protokol Fesyen Kerabat Diraja Britain Anda Takkan Sangka. Nombor 8 Paling Mengejutkan!

Memang bertuah kalau dapat jadi salah seorang dari keluarga diraja Britain. Tapi yang lecehnya, banyak betul peraturan formal yang anda kena ikut.

| Live TV