Oh Lawa By: Yanie Baharom May 25, 2018 @ 2:00pm

Tahukah Anda Kecantikan Bidadari Syurga Itu Abadi? Jom Baca Artikel Ini

Sejak empat bulan lalu portal ini menemui pembaca, segmen Kecantikan dilihat sebagai platform untuk anda mendapatkan segala informasi tentang tips penjagaan diri dari hujung rambut hingga hujung kaki yang menarik di mana sebahagiannya hal kecantikan yang trending dan viral, semestinya bermanfaat buat anda.

Namun bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, kami ingin halakan topik kecantikan ini pada perspektif yang sedikit berbeza. Sekaligus membicarakan tentang Bidadari Syurga yang telah disebut kewujudannya di dalam al-Quran.

Bidadari di dalam syurga digambarkan sebagai gadis remaja yang sebaya. Di dalam diri mereka mengalir ghairah dara muda.

Pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai.

Kelembutan dan gemalainya sangat mempersonakan. Kalau tersenyum, giginya bersinar bagai sinar petir. Ketika bertemu kekasihnya, maka keduanya bagai matahari dan bulan.

Gambaran Bidadari Syurga menurut Islam

1. Wanita yang suci

Bidadari di syurga ini digambarkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 25, adalah wanita yang tidak mengalami haid, tidak nifas, buang air kecil, buang air besar, meludah, keluar hingus, dan kotoran seperti wanita di dunia.

Selain itu hatinya suci dari akhlak buruk, lisannya dijaga daripada kata-kata kotor, cintanya suci kerana hanya tertarik kepada suaminya. Demikian pula pakaiannya suci daripada najis dan kotoran.

2. Cantik zahir batin

Dalam Surah Ar-Rahmaan ayat 70, Allah berfirman bahawa di syurga terdapat bidadari yang baik akhlaknya lagi cantik parasnya. Terkumpul kecantikan lahir dan batin pada bidadari syurga itu.

3. Bak puteri raja

Sementara dalam surat Ar-Rahman 72, dikatakan bahawa rumah para bidadari syurga itu terbuat dari mutiara. Bidadari-bidadari syurga yang kulitnya putih bersih itu menyiapkan diri untuk suami mereka. Mereka pun hanya keluar untuk berjalan-jalan di kebun dan taman syurga, seperti para puteri raja.

Foto: iLuvislam

4. Menundukkan pandangannya

Bidadari syurga digambarkan dalam surat Ar-Rahmaan 56-58, mereka menundukkan pandangan dan hanya terpusat pada suaminya. Mereka tidak memandang lelaki lain serta tidak tertarik selain suaminya.

Selain itu mereka juga menjaga untuk tidak keluar rumah serta memelihara aurat pada pria selain suami mereka.

5. Bertubuh indah dan sebaya

Bidadari syurga berdasar surat An-Naba’ 31-33, digambarkan perumpamaan mereka berbadan indah dan diciptakan dengan umur sebaya pada usia puncak kematangan usia 33 tahun. Mereka adalah gadis-gadis yang diciptakan selalu perawan yang sama umurnya dan tidak pernah tua.

6. Belum pernah ada sebelumnya

Dalam surat Al-Waqiah ayat 35-37, Allah berfirman bahawa bidadari syurga adalah wanita yang diciptakan secara langsung, tidak melalui proses kelahiran, dan belum pernah ada di dunia sebelumnya.

Selain itu, para bidadari di syurga itu diciptakan dengan bentuk dan sifat yang paling sempurna dan tidak dapat binasa.

7. Kecantikan yang sempurna dan mata berkilau

Dalam surat Ad-Dukhan ayat 51—54, bidadari di syurga digambarkan sebagai wanita yang jelita dengan kecantikan yang sempurna luar biasa. Mereka memiliki mata seperti jeli dan berkilau.

8. Belum pernah disentuh

Fakta bahawa mereka perawan (dara) kerana para bidadari syurga ini belum pernah dinikahi dan disentuh oleh manusia, sebelum penghuni syurga yang menjadi suami mereka dalam surat Ar-Rahman 56.

9. Menjaga kehormatan diri

Para bidadari syurga adalah wanita-wanita yang menjaga kehormatan dirinya, tidak memandang lelaki kecuali suami mereka. Bidadari yang tidak liar pandangannya.

Ibarat mutiara yang tersimpan, bermata indah, lebar, dan berbinar. Ini semua termaktub dalam surat Ash-Shaffat ayat 48—49.

10. Harumnya semerbak

Dalam Hadits yang riwayat Bukhari dan Muslim digambarkan bahawa bidadari penghuni syurga baunya harum sangat semerbak. Bisa diibaratkan seorang bidadari syurga bila diturunkan ke bumi harum tubuhnya akan memenuhi langit dan bumi.

11. Kecantikan fizikalnya tidak ada yang menyerupai di bumi

Dalam Hadits Rasulullah SAW menggambarkan kecantikan fizik bidadari syurga iaitu wajahnya sangat bercahaya seperti rembulan dan bintang.

Bagaimana mampukah anda membayangkan kecantikan bidadari syurga? Sukar untuk membayangkannya bukan kerana susuk bidadari syurga itu terlalu sempurna. 

Buat para lelaki yang mendambakan bidadari syurga anda di akhirat kelak, patuh dan taatlah kepada Yang Maha Esa, agama, ibu-bapa dan jadilah pemimpin yang baik kepada isteri, anak, keluarga juga masyarakat.

Kepada wanita Muslim terutamanya isteri yang mahu diangkat sebagai bidadari syurga, jadilah seorang isteri yang solehah, taat dan patuhlah kepada suami anda.

Sumber: Islam Future

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 30 May 2018

Pengaruh Kuat Bollywood Sedari Kecil, Asyu Pilih Saree Sebagai Fabrik Utama Dalam Rekaannya

Kecintaannya pada lagu dan filem Bollywood, kekagumannya terhadap kecantikan juga ketampanan aktres dan aktor negara itu, memberi pengaruh yang cukup besar pada pengenalan koleksi perdananya.

Featured Tue, 6 Nov 2018
Featured Thu, 3 May 2018

Tapak Kasut Anda Licin? Ikuti Tip Ini Untuk Perbetulkannya Serta 5 Masalah Pakaian Lain

Baju terkoyak, kasut licin sampai boleh terjatuh, butang baju tercabut… Ngerinya kalau terjadi.

Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018
Oh Lawa Tue, 21 May 2019

Dua cara guna bedak asas untuk menaikkan seri wajah

Bedak kompak ‘penyelamat’ wanita

Featured Wed, 14 Mar 2018

12 Tips Makeup Untuk Wanita Yang Bercermin Mata

Kebanyakan orang yang rabun mesti memilih untuk memakai contact lens daripada pakai cermin mata.

Featured Thu, 14 Feb 2019
Oh Lawa Tue, 12 Feb 2019
Featured Thu, 16 Aug 2018

KL Fashion Week 2018 Bagai Acara Untuk Selebriti, Bukannya Industri Fesyen

Standard KL Fashion Week ini sama saja seperti 6 tahun lalu.

Oh Lawa Mon, 8 Jan 2018

Nak Nampak Comel Dan ‘Cute’ Macam Artis Korea? Rupanya Ini 10 Rahsia Mereka

“Alamak..alamak, mamat opis sebelah yang aku minat ada kat majlis ni. Aduh, apa aku nak buat ni. Okay, ‘appearance’ dah tiptop dan cun. Ah, aku tau, kena buat-buat ‘cute’ sikit bagi mamat tu perasan aku […]