Oh Lawa By: Yanie Baharom February 25, 2019 @ 9:00am

Tak jemu mata memandang, ini rahsia kecantikan figura yang cantik dan bijak, Neelofa.

Kecantikan figura yang seorang ini memang tidak boleh disangkal.

Beliau antara selebriti tempatan yang memiliki kecantikan semula jadi, diperhebatkan lagi dengan personaliti eksklusif dan kebijaksanaannya serta keupayaan dalam memacu empayar perniagaan yang hebat.

Jika ditanya siapa selebriti Malaysia yang sesuai digelar wanita cantik dan bijak, tentu jawapannya ialah Neelofa.

Semakin memperkukuhkan nama beliau di serata dunia sebagai wakil negara memenuhi undangan pertunjukan fesyen anjuran jenama mewah, Noor Neelofa Mohd Noor yang dilahirkan pada 10 Februari 1989, berkongsi rahsia kecantikannya, bermula dari kulit wajah yang mulus sehinggalah memiliki bentuk tubuh yang menawan!

1. Tak makan dek usia, rahsia anda untuk sentiasa tampak muda?

Sejak dari tahun 2009, saya amalkan minum air kosong dengan banyak. Itu petua paling mudah. Waktu itu saya sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dan saya kerap minum air kosong. Apabila kita kerap minum air kosong, tekak sudah tidak rasa hendak minum air lain. Anda akan merasakan air kosong itu sangat menyegarkan.

Jika anda baca mengenai air dan tenaga yang terkandung di dalamnya, pasti anda akan terkejut. Sebab itu, amat penting untuk kita mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari kerana air itu sendiri akan memberi tenaga kepada kita. Nasihat saya, banyak minum air kosong dan lupakan air minuman yang manis-manis.

Selain itu wajib jaga pemakanan, kurangkan makanan berminyak dan berlemak! Malaysia banyak makanan yang sedap, tetapi kalau sayangkan diri anda dan kesihatan dalaman, pastikan makan makanan yang sihat dan bernutrisi tinggi.

Foto: Pocket Outdoor Media

2. Bagi sesiapa masih ingat anda ketika belum bertudung dulu, pasti tahu anda memiliki rambut yang cukup menawan. Semestinya rutin penjagaan rambut masih menjadi keutamaan anda walaupun sudah berhijab?

Saya sering tidak punya masa untuk ke salun, oleh saya akan pastikan hanya membeli produk yang bagus untuk rambut. Saya juga menggunakan rawatan minyak argan agar akar rambut lembap dan sihat.

Foto: Hello Sehat

3. Kulit wajah mulus anda mengundang rasa cemburu ramai wanita, apa rahsia atau rutin penjagaan kulit wajah anda setiap hari?

Saya banyak menggunakan alat solek. Oleh itu, saya akan pastikan setiap kali pulang dari kerja, saya akan mencuci muka dengan cleansing oil dan saya mengamalkan mengambil makanan tambahan.

4. Selain menggunakan produk kecantikan, apa lagi yang anda lakukan demi memastikan kulit sentiasa kekal sihat dan segar?

Saya akan melakukan rawatan mandi ais (ice therapy) di Shah Alam. Bayangkan ada baldi yang berisi air dan ais. Kemudian saya akan mandi dari hujung kaki sehingga ke kepala menggunakan air sejuk itu.

Rawatan ini membantu menguatkan tulang dan kulit serta membantu mengurangkan penyakit. Kulit nampak berbeza selepas rawatan dan akan nampak segar walaupun tidak mengenakan solekan.

Foto: Carousell

6. Jenis senaman apa yang sering anda lakukan?

Selain bersenam di gimnasium, saya juga gemar bermain badminton, berenang, melakukan aktiviti kick boxing dan mencuba aktiviti lasak. Saya akan melakukan semua senaman ini sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

All those yoga practice that I had during the weekend had prepared me for this! Bent but not broken! ????

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

Oh Lawa Wed, 25 Jul 2018

Jom Belajar Teknik Solekan Mata ‘Smokey Eye’ Yang Tepat Dan Gerenti Perfect

Kalau tak dipakai dengan betul, nanti nampak macam panda!

Oh Lawa Fri, 26 Oct 2018

10 Kasut Paling Pelik & Over-The-Top Yang Lady Gaga Pernah Pakai

Dahlah pelik, nak jalan pun susah, nampaknya.

Featured Wed, 14 Nov 2018

Pelukis Ini Buat Inovasi Bola Menjadi Beg Silang Yang Nampak Trendy!

Harga sebiji beg bola ini bernilai $960 (RM4024.80).

Featured Sun, 9 Sep 2018

5 Gaya Potongan Rambut Yang Nampak Menawan Pada Wanita Bermuka Bulat

Ia boleh membantu membuatkan muka anda nampak lebih panjang.

Featured Wed, 18 Jul 2018

Tukar Imej Tudung, YB Nurul Izzah Dipuji Netizen!

Memang comel imej terbaharu YB Nurul Izzah ini!

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Featured Wed, 18 Mar 2020

Telekung bertangan mudahkan wanita jalani pelbagai aktiviti

Hijabista pasti perlukan persalinan sebegini

Oh Lawa Wed, 29 May 2019
Featured Thu, 22 Nov 2018

G-Shock Realisasi Figura Optimus Prime Dalam Bentuk Jam Tangan, Memang Gerek!

Figura Optimus Prime ini juga boleh bertukar kepada dua mod, ‘Robot Mode’ dan juga ‘Pedestal Prime Mode’.