Oh Lawa By: Ad Ops January 14, 2019 @ 3:27pm

Teknik penjagaan lubang tindik telinga

Pemakaian aksesori pada bahagian telinga ternyata boleh menambahkan seri kepada gaya penampilan seseorang itu.

Tidak dapat dinafikan yang mengenakan subang atau anting-anting tampak cantik, tetapi perlu diingat bertindik melibatkan tanggungjawab yang besar khususnya dari segi penjagaan.

Ada caranya untuk pastikan luka anda sembuh dengan cepat, selain kaedah untuk membersihkan luka terbabit. Entah-entah selama ini teknik penjagaan yang anda gunakan tidak berapa betul.

Untuk itu, J. Colby Smith, seorang tukang tindik pilihan ramai model dan selebriti, telah menawarkan beberapa panduan yang boleh anda ikuti.

1. Minta tukang tindik gunakan jarum, bukannya “pistol’’

Alat yang berupa pistol ini memaksa subang untuk menembusi kulit anda melalui tekanan, jadi ia akan mengakibatkan kerosakan yang tidak wajar kepada tisu.

Tambahan pula, pensterilan sesuatu alat yang mempunyai bahagian plastik memang sukar untuk dikawal. Dengan sebatang jarum, ketepatannya adalah lebih terkawal dan ia boleh disteril secara menyeluruh.

Anggapan bahawa penggunaan pistol tak begitu menyakitkan adalah tidak betul sama sekali. Jika sebatang jarum tindik itu digunakan dengan betul, rasa sakitnya boleh dikurangkan.

2. Pastikan badan anda sihat

Colby menasihatkan untuk memastikan badan anda kekal hidrat, diet yang sihat adalah penting terutama selepas bertindik.

Selain itu, lindungi kawasan tindik itu daripada sebarang perkara yang boleh memudaratkan seperti tersangkut dengan baju atau rambut.

3. Cuci tindik baharu dengan sabun dan air atau larutan garam (saline solution)

Foto: Sara Pierced Me!

Cuci sebanyak dua kali sehari tapi jangan gunakan alkohol gosok. Colby berpendapat alkohol akan mengeringkan lubang tindik itu. Jika terlalu kering, kulit boleh merekah dan berdarah lalu menghalang luka daripada sembuh.

Colby berkata, beliau lebih menggemari sabun yang berasaskan minyak. Ia membersihkan luka dan menawarkan minyak untuk melembutkan tisu yang sedang menyembuh.

4. Sediakan rutin

Sebelum menyentuh tindikan baru, pastikan anda cuci tangan dengan air dan sabun terlebih dahulu. Anda boleh lembapkan tempat yang ditindik itu dengan jari yang bersih serta betul-betul cuci kawasan ditindik. Kemudian, bilas dengan air suam.

5. Ya, anda boleh putarkan subang, tapi hanya bila ia basah

“Putar jika ia basah dan anda sedang mencucinya. Jika ia kering, jangan gerakkan,” kata Colby.

6. Tindikan di tulang rawan telinga memerlukan lebih banyak penjagaan

Foto: Medium

Ramai penggemar fesyen memilih untuk bertindik di dasar cuping telinga kerana lebih senang untuk sembuh. Tindakan untuk bertindik di tulang rawan (cartilage) adalah lebih rumit jadi anda perlu luangkan lebih banyak perhatian dan masa.

7. Ketahui berapa lama akan pulih

“Dasar cuping telinga selalunya mengambil masa dua atau tiga bulan untuk sembuh, manakala tulang rawan pula mengambil masa dari tiga ke 10 bulan.

“Sebaik saja ia tidak lagi sakit, bengkak, bernanah dan kemerahannya pun surut, ia dikira sudah pulih,” kata Colby.

8. Bersabar dan berikan komitmen

Jika anda ingin tempat yang ditindik itu pulih 100 peratus, anda perlu banyak bersabar dan berusaha untuk betul-betul menjaganya.

Cuci dengan air dan sabun, dan gunakan ais jika ia membengkak. Jika anda serius dalam penjagaannya, sebarang masalah tidak akan timbul.

9. Jika anda rasa terganggu dengan lubang yang ditindik, jangan panik

Jika anda perasan lubang yang ditindik itu bengkak, kemerahan, berasa panas atau bernanah, jangan stres. Besar kemungkinan lubang tindik anda mengalami iritasi, dan bukannya dijangkiti kuman.

Jangan panik; paling teruk pun anda hanya perlu tanggalkan subang yang sedang dipakai. Jangan tanya kawan, cari penyelesaian di atas talian atau merujuk nasihat doktor.

Orang yang anda perlu cari adalah tukang tindik telinga anda jika anda risau sangat.

Sumber: Elle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 30 Aug 2019

Tiada cecair pencuci berus mekap? Bancuh sendiri dengan teknik DIY ini

Bahan-bahannya mudah didapati dan memang murah.

Featured Fri, 21 Feb 2020
Oh Lawa Fri, 8 Jun 2018

Turkiye Bag Tas Tangan Dengan Sentuhan Classy Dan Affordable!

Jika anda ke Jalan TAR mahupun Mood Republik yang berlangsung hujung minggu ini jangan lupa singgah ke booth Adynda Design yang menjual pelbagai rekaan beg tangan yang cantik-cantik dengan harga mampu milik.

Oh Lawa Mon, 28 Jan 2019

Hendak cantik seperti Miranda Kerr, amalkan jus saderi setiap pagi! 

Jom amalkan budaya kecantikan secara organik! 

Featured Sun, 9 Sep 2018

5 Gaya Potongan Rambut Yang Nampak Menawan Pada Wanita Bermuka Bulat

Ia boleh membantu membuatkan muka anda nampak lebih panjang.

Oh Lawa Thu, 15 Feb 2018

Dambakan Mata Sihat Dan Cantik, Jom Baca Tips Ini!

Mata merupakan antara pancaindera yang penting pada tubuh kita.

Oh Lawa Mon, 4 Mar 2019
Oh Lawa Mon, 30 Jul 2018

Semakin Matang Buah Tomato Itu, Semakin Power Khasiatnya Untuk Kulit

Bukan saja lazat dimakan begitu saja, tomato dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

Betis Besar : Pakai Skirt Atau Jeans?

Saiz betis yang besar buat anda keliru apabila berpakaian? Tak tahu antara jeans atau skirt? Mungkin anda tak boleh ubah bahagian badan itu, tapi sudah tentu anda boleh mengubah stail berpakaian. Tips asas untuk mereka […]