Oh Lawa By: tex_admin March 8, 2019 @ 4:00pm

Telekung Siti Khadijah rintis laluan bina jenama eksklusif industri fesyen Muslimah

 
Oleh Shaidah Shafie
 
Ingatkah anda iklan menampilkan ibu mentua yang salah faham mengenai dialog dituturkan menantunya bernama Rubi dan diakhiri dengan Rubi menghadiahkan telekung Siti Khadijah (SK) kepadanya?
 
Meskipun pendek tempoh siarannya, iklan berkenaan cukup mengesankan, malah berjaya menaikkan nama telekung SK yang ketika itu masih baru dalam industri fesyen tanah air. Tidak keterlaluan jika dikatakan iklan berkenaan berjaya melonjakkan jenama SK yang tidak perlu disangsikan kualiti dan keindahan rekaannya.
 

Foto: Pengasas telekung Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman (tiga dari kiri), bersama model yang menggayakan telekung keluaran beliau.

Hakikatnya, kejayaan SK bermula daripada impian seorang wanita yang pada mulanya hanya ingin menambah pendapatan keluarga. Siapa sangka, hari ini jenama telekung yang diasaskan oleh Padzilah Enda Sulaiman itu berjaya mencipta fenomena tersendiri. 

Memulakan perniagaan telekung sejak 10 tahun lalu, Padzilah berkata beliau terpanggil untuk menjual telekung kerana melihat ramai usahawan wanita yang memulakan perniagaan agak lewat, namun memperoleh kejayaan yang memberangsangkan.

“Saya tidak pernah bekerja, tetapi 10 tahun lalu ketika ekonomi tidak begitu memberangsangkan saya mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan keluarga.

Foto: Instagram Telekung Siti Khadijah

“Bermula dengan hanya dua tukang jahit, saya menghasilkan beberapa telekung dan menjual kepada kenalan. Melihat kepada sambutan yang diterima saya mula memikirkan strategi perniagaan termasuk membuat rekaan telekung yang selesa untuk dipakai wanita di negara ini,” katanya mengimbas kenangan lalu.

Menelusuri lebih jauh titik mula perniagaan yang diceburinya ini, pelbagai cabaran ditempuhi, namun Padzilah cekal untuk meneruskan usaha meskipun terpaksa naik turun bangunan untuk memperkenalkan telekung yang dihasilkan.

Foto: Instagram Telekung Siti Khadijah

Beliau berkata, memikirkan begitu banyak telekung di pasaran tetapi tiada jenama yang khusus, beliau mengambil keputusan untuk mengenengahkan telekung sebagai produk eksklusif dalam industri fesyen.

“Kebiasaanya produk seperti baju dan tudung saja yang mempunya jenama eksklusif, jadi saya terfikir telekung yang digunakan untuk kita solat juga wajar dimartabatkan sebagai sesuatu yang unggul pada mata masyarakat.

“Alhamdulillah berkat usaha yang tidak pernah mengenal erti penat lelah, hari ini jenama telekung SK berada pada tahap yang sepatutnya seperti yang saya mahukan dan kini kita lihat pelbagai jenama telekung lain yang muncul di pasaran,” katanya.

Koleksi telekung Siti Khadijah yang elegan dan eksklusif.

Antara keistimewaan telekung SK adalah penggunaan fabrik lembut yang sejuk dan selesa apabila dipakai, bersesuaian dengan cuaca panas di negara ini, selain rekaan yang indah dan menepati keperluan menutup aurat.

Memiliki beberapa kilang di Malaysia dan Indonesia, Padzilah berkata beliau memastikan telekung SK kekal dengan identiti fabrik istimewa yang dihasilkan di Jepun dan bukannya diambil dari Vietnam.

telekung siti khadijah

Telekung Siti Khadijah menjadi idaman setiap wanita Muslimah

“Saya mahu produk anak tempatan seperti telekung SK ini dikenali ramai sehingga ke luar negara dan selaras dengan itu juga, pihak kami melancarkan laman sesawang DahSedekad.com yang berkongsi pelbagai cerita menarik di sebalik kejayaan produk ini,” katanya.

Sehingga kini, antara pencapaian SK adalah mempunyai 12 cawangan di Indonesia dan pernah dijemput menyertai Minggu Fesyen London yang mana bukan calang-calang jenama boleh menyertainya.

Tidak hanya setakat itu, telekung SK juga secara tidak langsung memperkasakan wanita dengan cara tersendiri apabila 95 peratus pekerjanya ialah wanita serta giat dengan inisiatif menyediakan pelapis dalam kemahiran menjahit.
 

Bersempena dengan sambutan ke-10 jenama itu di pasaran, SK bakal menganjurkan pelbagai program sebagai penghargaan kepada pelanggan setianya. Antaranya, pelancaran koleksi baharu, pertandingan yang menawarkan 1,000 telekung SK percuma dan drama bersiri pendek mengisahkan perjalanan jenama itu yang boleh dilayari dalam laman sesawang DahSedekad.com.

Selain telekung, SK juga mengeluarkan kasut, beg, stokin serta produk lain yang boleh dilihat menerusi laman sesawang www.sitikhadijah.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 20 Jul 2018

Fashion Forward Batik Kelantan Antara Projek Menarik Di KLFW 2018

KLFW menunjukkan sokongannya terhadap industri tekstil negara apabila menampilkan inisiatif Fashion Forward Batik Kelantan.

Oh Lawa Tue, 19 Feb 2019

Ambil inspirasi solekan daripada penampilan model untuk Minggu Fesyen terkini

Solekan digayakan sesuai untuk kehidupan seharian anda.

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Inilah Cara Mengukur Saiz Bra Untuk Dapatkan ‘Fit’ Yang Paling Selesa

Anda tak patut pakai bra yang bersaiz sebarangan.

Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

Betis Besar : Pakai Skirt Atau Jeans?

Saiz betis yang besar buat anda keliru apabila berpakaian? Tak tahu antara jeans atau skirt? Mungkin anda tak boleh ubah bahagian badan itu, tapi sudah tentu anda boleh mengubah stail berpakaian. Tips asas untuk mereka […]

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019
Oh Lawa Wed, 27 Mar 2019

13 gaya peragaan menarik dan pelik di Minggu Fesyen Tokyo

Jepun memang dikenali dengan gaya luar biasa!

Oh Lawa Fri, 2 Feb 2018

Bahaya Tester Alat Solek

Namun, tahukah anda tester atau sampel barangan kosmetik seperti gincu, maskara atau eyeliner yang terdapat di kaunter kecantikan boleh mengakibatkan risiko jangkitan Herpes jenis 1 (herpes oral).

Featured Mon, 15 Jun 2020
Oh Lawa Tue, 27 Feb 2018

Mascara Anda Kering Dan Bergumpal? Ini Cara Mudah Untuk “Cairkannya” Semula

Kegunaan mascara adalah untuk buat bulu mata kita nampak lebat dan lentik. Jadi memang tension kalau mascara tu dah mula bergumpal dan kekeringan, padahal macam baru je beli semalam.

Oh Lawa Wed, 11 Dec 2019