Oh Lawa By: Ad Ops January 23, 2018 @ 7:00pm

Tip Agar Gincu Bibir Kekal Lama

Produk mekap yang paling popular ini bisa menyerlahkan penampilan seseorang. Jika ingin kelihatan menggoda, pilih warna merah, ungu ataupun coklat keemasan. Jika mahu nampak chill & relax, pilihlah warna-warna natural.

Satu masalah dengan gincu bibir ialah jika ia tidak tahan lama. Kadang-kadang rasa leceh apabila perlu reapply beberapa kali dalam sehari. Jadi bagaimana cara untuk pastikan warna gincu bibir kekal sepanjang hari?

1. Bersihkan bibir

Pastikan tidak ada kulit kering atau kulit menggelupas apabila ingin memakai gincu. Jika ada masalah bibir kering, selesaikan masalah ini terlebih dahulu. Sapukan madu atau campuran gula dengan minyak zaitun pada bibir yang kering secara rutin.

2. Gunakan pelembab bibir / lip balm

Pakailah lip balm atau pelembab bibir sebelum mengoles gincu. Biarkan kira-kira 2 ke 3 minit agar lip balm meresap sempurna sebelum menyapu gincu pilihan.

3. Pakai bedak asas (foundation)

Gunakan bedak asas (foundation) agar warna gincu tahan lama di bibir. Pemakaian bedak asas boleh membuat warna gincu lebih menyerlah, terutama jika bibir berwarna gelap.

4. Hindari gincu glossy

Gincu glossy memang mampu membuat si pemakai tampil lebih muda dan ceria. Tetapi gincu jenis ini mengandungi lebih banyak minyak dan lebih cepat hilang warnanya.

5. Gunakan gincu secara berlapis

Jika mahu menghadiri acara tertentu, tidak salah jika aplikasikan gincu dengan banyak lapisan. Caranya, gunakan penggaris bibir terlebih dahulu dengan mengikuti garis bibir, mulai dari tengah ke hujung. Setelah itu, sapukan gincu ke bibir, letakkan tisu atau kertas di atas bibir buat seketika, kemudian pakai kembali lipstik.

Bagi yang ingin mendapatkan gincu bibir yang tahan lama, apa kata dapatkan produk terbaru di pasaran, Lip & Co. Gincu bibir bebas kekejaman haiwan ini datang dalam pelbagai warna menarik seperti Nearly Nude (Marshmallow Rose) , Feisty (cherry red) , dan Grace (pink & apricot).

Lip & Co rona Grace

Lip & Co. mengunakan bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan anti-oksidan yang ternyata bagus untuk kesihatan kulit. Sila ke www.lipandco.com untuk maklumat lanjut.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 21 May 2019

Dua cara guna bedak asas untuk menaikkan seri wajah

Bedak kompak ‘penyelamat’ wanita

Featured Tue, 12 May 2020
Featured Fri, 17 Apr 2020

7 rahsia kecantikan Cleopatra masih diamalkan pada zaman moden

Kajian sains turut akui keberkesanannya

Oh Lawa Mon, 30 Jul 2018

Semakin Matang Buah Tomato Itu, Semakin Power Khasiatnya Untuk Kulit

Bukan saja lazat dimakan begitu saja, tomato dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit.

Featured Tue, 21 Apr 2020
Featured Wed, 19 Feb 2020

‘Gugur’ perkataan hijab demi tembusi pasaran global!

Go Far by Naelofar, merupakan rekaan yang segar dan moden

Oh Lawa Wed, 14 Mar 2018

Lihat Transformasi Dilakukan Jurusolek Ini Kepada Pesakit Kanser & Wanita Wajah Berparut

Untuk makeover istimewa ini, dia mencari pesakit-pesakit kanser atau wanita yang mengalami masalah kulit.

Oh Lawa Mon, 8 Jan 2018

Nak Nampak Comel Dan ‘Cute’ Macam Artis Korea? Rupanya Ini 10 Rahsia Mereka

“Alamak..alamak, mamat opis sebelah yang aku minat ada kat majlis ni. Aduh, apa aku nak buat ni. Okay, ‘appearance’ dah tiptop dan cun. Ah, aku tau, kena buat-buat ‘cute’ sikit bagi mamat tu perasan aku […]

Oh Lawa Mon, 1 Apr 2019

Belajar cara memakai gincu merah yang betul agar bibir tidak comot

Inilah teknik yang digunakan oleh jurusolek!

Featured Fri, 19 Oct 2018

Ini Cara Nak Atasi Kulit Yang Kemerahan Selepas Membuat Rawatan Facial

Kemerahan pada wajah berlaku disebabkan kulit yang mudah sensitif.