Oh Lawa By: Ad Ops January 19, 2018 @ 9:41am

Tip Fesyen Untuk Tampak Tinggi

Fesyen bukan sahaja boleh mempengaruhi penampilan individu, malah ia boleh memberi kuasa magis kepada sang pemakai. Menerusi cara berpakaian, seseorang wanita itu boleh kelihatan tinggi, gemuk dan sebaliknya.

Sebagai contoh, seorang wanita rendah tidak perlu memakai kasut bertumit tinggi hanya untuk kelihatan tinggi. Mereka juga boleh mengamalkan beberapa trik fesyen untuk menampakkan sisi tinggi. Jom semak tip fesyen bagi wanita rendah yang ingin tampak tinggi.

1. Seluar dan skirt

Memilih seluar dan skirt yang memiliki perincian high waist atau berpinggang tinggi dapat memberikan ilusi kaki yang panjang. Pastikan panjang seluar atau skirt yang dipakai melebihi paras buku lali. Elakkan juga memakai seluar atau skirt paras betis kerana ia membuatkan anda kelihatan lebih pendek.

2. Baju

Elakkan dari memakai pakaian yang mempunyai potongan terlalu longgar dan besar. Ia akan membuatkan tubuh anda tenggelam sekaligus menjadikan kaki anda tampak lebih pendek. Adalah lebih baik jika anda memasukkan baju ke dalam skirt (tuck in) kerana ia akan menyerlahkan bahagian pinggang serta memanjangkan kaki anda. Secara amnya, ia akan membuatkan bentuk badan anda tampak lebih langsing.

3. Jaket atau Kardigan

Elakkan daripada membutang jaket atau kardigan yang dipakai untuk mencipta ilusi garisan menegak yang langsing. Anda dinasihatkan untuk memakai jaket yang lebih kecil dan panjangnya tidak melebihi pinggang anda kerana memakai jaket atau kardigan yang labuh akan membuatkan anda kelihatan lebih pendek.

4. Cetakan minimalis

Pilih pakaian dengan cetakan ringkas dan kecil untuk gaya yang seimbang. Memakai pakaian yang sarat dengan cetakan terlalu besar mampu membuatkan anda nampak sarat dan pendek.

5. Tali pinggang

Elakkan memakai tali pinggang yang lebar dan besar. Kenakan tali pinggang yang bersaiz halus dan kecil untuk memberi visual yang menarik dan langsing.

6. Tas tangan

Pastikan anda memadankan tas tangan bersaiz kecil atau sederhana. Ini kerana tas tangan bersaiz besar akan menambah kelebaran tubuh dan menampakkan anda lebih pendek. Justeru, pilih tas tangan yang sesuai dengan saiz tubuh anda.

Sumber : Aplikasi Wanita
Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 4 Dec 2018

Boy De Chanel, Produk Solekan Untuk Jejaka Yang Obses Dengan Penampilan!

Ia sudahpun dilancarkan di Korea Selatan dan seterusnya di serata dunia November lalu secara atas talian.

Oh Lawa Wed, 30 May 2018

7 Cara Mudah Yang Artis K-Pop Gunakan Untuk Nampak Lebih Menarik

Kalau anda nak jadi cantik seperti artis K-Pop, inilah apa yang anda kena buat.

Featured Wed, 1 Aug 2018

13 Foto Ini Menunjukkan Sejauh Mana Wanita Sanggup Pergi Untuk Nampak Perfect

Pelik betul produk-produk yang digunakan! Tak tahulah efektif atau tidak.

Featured Fri, 31 Aug 2018
Oh Lawa Sun, 29 Jul 2018

Harga Durian Runtuh Lipstik Sempena Sambutan Hari Gincu Antarabangsa 2018

Hari Gincu Antarabangsa yang diperkenalkan pada tahun lalu adalah cetusan idea dari jenama M.A.C

Featured Tue, 1 Oct 2019
Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019
Oh Lawa Mon, 19 Mar 2018

Kerap Cuci Rambut Tapi Masih Banyak Minyak. Ini Jawapan Berapa Kali Sebenarnya Anda Perlu Mencuci Rambut

Kalau anda kerap sangat bersyampu, kulit kepala akan bertindak mengeluarkan lebih banyak minyak! Alamak!

Featured Mon, 16 Mar 2020