Oh Lawa By: tex_admin December 11, 2018 @ 10:53pm

Tip Memilih Moisturizer Yang Betul Untuk Wajah

Adakah anda menggunakan moisturizer atau pelembap pada wajah setiap kali ingin memulakan solekan? Kalau ya, adakah anda memilih moisturizer yang sesuai dengan jenis kulit?

Kalau anda nak tahu, moisturizer yang tidak sesuai dengan jenis kulit boleh menyebabkan wajah menjadi breakout ataupun wajah akan nampak lebih berminyak. Sangat penting untuk anda ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu barulah memilih untuk menggunakan jenis moisturizer yang sesuai.

Jadi, penulis nak kongsikan cara untuk memilih jenis moisturizer bersesuaian dengan jenis kulit wajah. Sebelum itu, anda perlu tahu bahawa terdapat 3 jenis tekstur moisturizer iaitu krim, gel, losyen. 

1. Kulit kering – moisturizer jenis krim

Foto: sayanuranis

Jika kulit anda jenis kering dan menegang, anda perlu menggunakan moisturizer jenis krim. Ini kerana, jenis ini mengandungi 50% minyak dan 50% air dan ia sangat berfungsi untuk memulihkan kulit wajah yang kering serta berpigmentasi. 

Tapi, anda perlu tahu juga bahawa moisturizer jenis krim ini akan menghalang kemasukan udara ke dalam kulit wajah sekaligus menyukarkan penyerapan nutrisi ke dalam kulit. Sebaiknya, guna moisturizer jenis ini dengan sapuan yang nipis dan tidak berlebihan.

2. Kulit berminyak atau kombinasi – moisturizer jenis gel

Foto: Instyle.com

Bagi anda yang memiliki jenis kulit berminyak atau kombinasi (kering dan berminyak), pelembap jenis gel adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana, formula gel mengandungi kadar lembapan air bebas minyak. Moisturizer jenis gel ini biasanya menyalurkan kadar lembapan yang mencukupi untuk kulit dan ia akan memperbaiki keadaan kulit yang kendur.

Selain itu, bagi anda yang mengalami masalah jerawat, anda juga dinasihatkan untuk menggunakan moisturizer jenis gel kerana jenis krim dan losyen boleh menyebabkan pori-pori tersumbat sekaligus tumbuhnya lebih banyak jerawat.

3. Kulit kering yang ekstrem – moisturizer jenis losyen

Foto: wisegeek.net

Sekiranya, kulit wajah tersangat kering dan menggelupas yang membuatkan anda berasa perit serta pedih gunalah moisturizer jenis losyen. Ini kerana, jenis losyen mengandungi kadar lembapan yang lebih tinggi berbanding gel dan mampu menyerap lebih seimbang ke dalam kulit.

Formulasi losyen juga kaya dengan nutrisi lain yang mampu membantu kekeringan kulit untuk pulih lebih cepat serta melembapkan kulit. Sangat bagus menggunakan moisturizer jenis ini ketika berada dalam iklim sejuk!

Jadi, jika anda tersalah menggunakan moisturizer, bertukarlah sekarang!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Hijabista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 30 Apr 2019
Featured Fri, 27 Mar 2020
Acara Wed, 10 Apr 2019
Oh Lawa Tue, 3 Apr 2018

12 Protokol Fesyen Kerabat Diraja Britain Anda Takkan Sangka. Nombor 8 Paling Mengejutkan!

Memang bertuah kalau dapat jadi salah seorang dari keluarga diraja Britain. Tapi yang lecehnya, banyak betul peraturan formal yang anda kena ikut.

Featured Mon, 18 Nov 2019

15 gaya penampilan Beyoncé yang paling mempersonakan dalam dekad ini

Queen Bey bukan saja berbakat malah pandai bergaya.

Oh Lawa Sun, 21 Jan 2018

Tip Pilih Jam Tangan Ikut Acara

Terdapat banyak jenis serta pilihan rekaan jam tangan di pasaran yang boleh dimiliki mengikut citarasa masing-masing. Namun, pemilihan jam yang betul sangat penting agar tidak mencacatkan penampilan si pemakai.

Oh Lawa Tue, 15 Jan 2019

What’s better and cosier than a puffer coat? A puffer coat lined with fur!

It’s like a snuggly warm blanket but fashionable.

Acara Sun, 12 Aug 2018

Daphne Lim Wen Sin Juara AirAsia Runway Ready Designer Search 2018

Acara kemuncak pertunjukan itu adalah koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong.

Oh Lawa Mon, 23 Apr 2018

10 Busana Hamil Bintang Hollywood Bakal Dikenang Sepanjang Zaman

Busana anggun berona nude cukup romantik yang disarung oleh aktres terkenal Keira Knightley sewaktu dia melangkah ke karpet merah Oscar 2015, sehingga kini masih diingati. Ketika itu dia sarat mengandung enam bulan dan busanannya mendapat sentuhan daripada Valentino Couture.

Oh Lawa Mon, 4 Jun 2018

Nak Meletop Seperti Idola Anda? Ikuti Stail Raya Selebriti Yang Bakal Menjadi Trend Tahun Ini

Minimalist berbanding tahun lalu, dominasi fesyen di kalangan selebriti tahun ini memperlihatkan penguasaan stail back to basic atau less is more.

| Live TV