Oh Lawa By: tex_admin December 7, 2018 @ 3:00pm

Tip Untuk Cerahkan Bahagian Siku & Lutut Menggunakan Bahan Semula Jadi

Siku dan lutut anda kehitaman? Jika ya, mungkin perkongsian tip ini sangat berguna untuk anda! Untuk pengetahuan anda, bahagian siku dan lutut selalunya lebih gelap berbanding bahagian tubuh badan yang lain kerana ianya lebih tebal dan banyak lipatan.

Selain itu, terdapat faktor yang lain seperti terlalu terdedah kepada cahaya matahari, faktor genetik, ketidak seimbangan hormon, obesiti, pembetukan kulit mati dan peningkatan pigmen melanin. Bukan itu sahaja, kedua bahagian ini juga tiada kelenjar minyak yang akan menyebabkan ianya kering.

Jadi, untuk mengatasi masalah siku dan lutut yang hitam, anda boleh mencuba 3 tip mencerahkan bahagian tersebut dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi. Jom semak!

1. Minyak kelapa

Foto: Hello Sehat

Minyak Kelapa mengandungi Vitamin E dimana ia boleh mencerahkan tona kulit dan mengekalkan hidrasi dan kelembapan kulit. Selain mencerah, minyak kelapa juga mampu membaiki kulit gelap dan rosak.

Cara 1:

Setiap kali selepas mandi, letak minyak kelapa pada bahagian siku dan lutut. Urut perlahan selama 1 hingga 2 minit. Sapu sedikit sahaja minyak kelapa beberapa kali sehari untuk mengelakkan kulit kering.

Cara 2:

Campurkan 1 sudu kecil minyak kelapa dan 1 sudu kecil perahan lemon. Sapukan pada siku dan lutut yang gelap. Biarkan 15 hingga 20 minit. Lap dengan tisu. Lakukan satu kali sehari.

2. Lemon

Foto: Organic Facts

Lemon terkenal dengan natural bleaching as well as exfoliating properties. Kaya dengan kandungan Vitamin C  yang boleh mencerahkan kulit. Ia juga dapat menggantikan sel-sel kulit mati melalui proses ‘regeneration’.

Cara 1

Sapukan perahan lemon di bahagian siku dan lutut yang gelap. Urut perlahan selama beberapa minit. Biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam dan jangan lupa sapu lotion pelembap.

Cara 2 

Perah 1 biji lemon dan campurkan dengan 1 sudu besar madu. Sapukan pada bahagian siku dan lutut yang gelap dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air biasa.

*** Lakukan salah satu cara di atas sebanyak 1 kali sehari selama beberapa minggu. Elak dari terkena cahaya matahari selepas anda menyapu lemon pada bahagian siku dan lutut.

3. Aloe vera

Foto: Organic Facts

Macam yang semua orang tahu, aloe vera atau lidah buaya merupakan agen pelembut kulit semula jadi yang boleh mengekalkan kelembapan kulit dan hidrasi. Lidah buaya juga mampu mengekalkan tona kulit yang sekata dan membaiki sel kulit yang rosak.

Caranya:

1. Ambil sebatang lidah buaya. Belah kulit lidah buaya tersebut untuk mengeluarkan isinya.

2. Sapukan isi tadi pada bahagian siku dan lutut. Biarkan selama 20 minit dan bilas bersih. Lakukan sebanyak 1 atau 2 kali sehari.

Mudah dan selamat! 

Sumber: OhFesyen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Aug 2019

Nak wajah runcing, pelajari teknik mudah ini!

Tak perlu lakukan pembedahan

Featured Wed, 13 May 2020
Featured Tue, 20 Aug 2019

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Anda pun boleh tampil yakin dengan skirt!

Oh Lawa Fri, 22 Mar 2019
Oh Lawa Thu, 24 Jan 2019

Hangatkan penampilan anda dengan mencipta pelbagai gaya pemakaian skaf. Pasti menawan! 

 Momen menggayakan skaf wajib ada dalam ruangan Instagram kamu. Barulah tampil bergaya! 

Featured Sun, 20 May 2018

Enggan Ketinggalan Dalam Bergaya? Ikuti Lima Trend Popular Fesyen Lebaran 2018 Ini

Rekaan klasik kebaya pendek dan baju kurung pesak gantung, kembali mencuri tumpuan pereka fesyen terkenal.

Oh Lawa Thu, 8 Nov 2018

Inilah Kenapa Facial Toner Perlu Menjadi Sebahagian Daripada Rutin Penjagaan Kulit Anda

Ketahui juga cara-cara memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Oh Lawa Thu, 31 May 2018

Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ Tampilkan Koleksi Raya Daripada Duta Selebriti Terkenal

Anggunkan lagi penampilan Syawal anda dengan koleksi lebaran daripada Jakel.

Featured Tue, 19 May 2020