Sejak pengilat kuku akrilik dicipta, kaum wanita di serata dunia gemar menyimpan kuku panjang.
Hiasan kuku dengan menggunakan cecair ini sudahpun menjadi sejenis seni kreatif yang mengagumkan. Tetapi nampaknya “seni” ini bukan lagi terhad kepada kuku tangan sahaja, malah kuku kaki pun ada sesetengah golongan wanita sengaja membiarkannya panjang untuk dihias!
Ia sudahpun menjadi sebuah trend untuk musim panas tahun ini. Ada yang memilih design yang ringkas dan pendek. Ada juga yang membiarkan kuku mereka tumbuh panjang macam pencakar!
Trend kuku kaki panjang ini bukan sahaja diikuti oleh wanita biasa, tetapi rupa-rupanya selebriti seperti Rihanna pun selalu cuba!
Salah satu persoalan yang timbul ialah bagaimana wanita-wanita ini memakai kasut. Tak sakit ke?
Nampaknya kasut bertutup seperti sneakers langsung tidak boleh dipakai. Yang boleh hanyalah kasut seperti sandal atau selipar.
Jika anda nak ikuti trend ini, hati-hati ya. Takut terkepak pula kuku anda jika ia tidak dijaga dengan betul. Anda juga perlu menjaga kebersihannya supaya kuman atau kotoran tidak melekat.
Di bawah ini penulis sertakan beberapa foto kaki wanita yang mengikuti trend ini. Ada banyak lagi di laman Instagram!
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Apa pendapat anda? Mengagumkan, atau geli?