Produk maskara yang boleh buat bulu mata anda nampak lagi tebal banyak dijual di pasaran. Malah ada sesetengah jenama siap memberi jaminan anda akan kelihatan seperti memakai bulu mata palsu. Amboi!
Kalau anda tak ada maskara yang ‘secanggih’ itu, jangan risau. Pakai loose powder atau bedak tabur pun boleh! Mula-mula salut bulu mata anda dengan bedak itu, kemudian cover dengan maskara. Gerenti nampak tebal nanti.
Nak tahu caranya? Jom baca!
Alat yang diperlukan:
– Loose powder (tak kiralah warna apa)
– Batang mascara pakai buang
– Mascara betul yang nak dipakai
Cara-caranya:
- Celupkan bahagian hujung batang maskara pakai buang itu ke dalam bedak sampai ia betul-betul disaluti.
- Ketukkan batang maskara perlahan-lahan di tepi bekas bedak untuk jatuhkan bedak yang berlebihan.
- Sapukan maskara berbedak itu pada bulu mata, pertama kali secara mendatar, dan kemudiannya secara menegak.
- Gunakan mascara yang betul pula kali ini dan sapu bulu mata sebanyak dua kali.
Dah siap! Efektif, bukan?
Tip: Untuk bulu mata bahagian bawah, anda disarankan pakai berus maskara yang nipis, kerana takut berus maskara tebal tadi akan menyebabkan clumps atau gumpalan. Tapi ikutlah citarasa anda.
Tapi ingat ya! Dengan menggunakan teknik ini, tak bermakna bulu mata anda akan tebal selama-lamanya.
Selamat mencuba!
Sumber: thebeautydepartment.com