Oh Lawa By: Yanie Baharom June 8, 2018 @ 5:00pm

Turkiye Bag Tas Tangan Dengan Sentuhan Classy Dan Affordable!

Baki terakhir Ramadan, suasana di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur juga pastinya cukup sesak dengan lautan manusia lebih-lebih lagi pada ketika inilah peniaga menawarkan diskaun dan harga durian runtuh kepada pengunjung.

Itu sebabnya ramai yang memilih untuk membeli-belah di saat-saat akhir kerana perbezaan harga untuk sesuatu barangan adakalanya mencecah 70 peratus.

Apapun pesan penulis, jika anda ke Jalan TAR mahupun Mood Republik yang berlangsung hujung minggu ini jangan lupa singgah ke booth Adynda Design yang menjual pelbagai rekaan beg tangan yang cantik-cantik dengan harga mampu milik.

Foto: Adynda Design

Foto: Adynda Design

Foto: Adynda Design

Menamakan edisi tas tangan itu sebagai Turkiye Bag, penulis sempat menemubual pengusaha jenama itu, Mohamad Merza Syazani Mohd Razak mesra disapa Adam, sewaktu berkunjung ke Jalan TAR baru-baru ini.

Hijab & Heels (H&H) : Ceritakan bagaimana tercetusnya idea menjalankan perniagaan tas tangan dan berapa lamakah anda sudah terbabit dengannya?

Adam : Tercetusnya idea menjalankan perniagaan tas tangan ini tiga bulan lalu selepas pulang dari percutian jelajah Dubai, Mesir dan  Turki. Sepanjang di Turki terutamanya, saya berasa amat kagum dengan hasil tenun dan rekaan fabrik negara itu yang kemas dan unik. 

H&H:  Melihat rekaan Adynda Turkiye Bag membuatkan sesiapa saja ingin memilikinya. Siapakah yang bertanggungjawab ke atas rekaannya?

Adam: Pada asalnya ia adalah ‘ready made’ kemudian diolah dan improvasi dari segi fabrik dan material yang digunakan. Dari segi rekaan ia adalah hasil perbincangan antara pemilik Adynda iaitu saya sendiri bersama ibu-bapa saya, Puan Norsahrium dan Encik Faidhi Afiq termasuk kakak sulung, Haswani Razak. Kami bekerjasama dengan pengeluar tas tangan Turki terbesar di Istanbul untuk menetapkan signature design khusus untuk koleksi Turkiye Bag dari Adynda.

H&H: Ceritakan keistimewaan tas tangan Adynda Turkiye Bag?

Adam: Keistimewaannya adalah setiap rekaan dan warna tas tangan didatangi dengan pelbagai warna menarik,  fabrik sulaman Turki yang menawan dan keluarannya adalah terhad.

H&H: Alasan kenapa wanita harus memiliki tas tangan jenama anda untuk Lebaran kali ini?

Adam: Rekaan yang unik dan sofistikated membuatkan pemakai kelihatan yakin ditambah pula dengan kualiti yang setanding dengan jenama besar di pasaran tetapi dengan harga yang mampu milik. Menang bergaya di Lebaran.

H&H:  Soalan terakhir, range harga dan di mana ia boleh didapatkan?

Adam: Harga Turkiye Bag bermula dari RM189 hingga RM209 dan ia boleh didapati di Pop-up booth di Tapak Jalan Tar, KL (Ramadhan festive) , Singapore Geylang Serai, Mega Express Singapore dan Mood Republik PWTC KL. Bagi pelanggan yang tidak berkesempatan mengunjungi tapak mereka bolehlah membeli Turkiye Bag secara atas talian menerusi Instagram dan Facebook @adynda.design atau hubungi talian 018-2317994.

Foto: Adynda Design

Foto: Adynda Design

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 13 May 2019

Betulkah mencuci muka selama 60 saat akan jadikan kulit lebih sempurna? Ini jawapannya

Beberapa orang wanita telah mencuba! Jom ketahui hasilnya

Featured Tue, 12 Feb 2019

#GucciShowtime rentasi era kegemilangan muzikal Hollywood

Saksikan video promo #GucciShowtime memang meletop!

Featured Fri, 4 May 2018

5 Jenis Fabrik Perlu Dihindari Wanita Bertubuh Gempal, Elak Nampak Ekstra Gemuk

Bagi si pemilik tubuh gempal, bootylicious, wanita sado dan seangkatan dengannya, mungkin anda perlu membuat sedikit kajian tambahan mengenai jenis tata gaya yang sesuai mengikut ukuran badan.

Oh Lawa Fri, 28 Sep 2018
Featured Mon, 8 Jan 2018

10 Rahsia Wanita Jepun Tampak Muda Dan Slim Sepanjang Masa

Perasan tak yang orang Jepun ni semua cantik-cantik? Bukan itu sahaja, susah untuk jumpa orang Jepun yang gemuk dan nampak tua. Semuanya nampak sebaya saja. Rupa-rupanya, menurut kajian, wanita dan lelaki di Jepun mempunyai jangka […]

Featured Thu, 27 Feb 2020
Oh Lawa Thu, 31 May 2018

Kempen ‘Jakel Barulah Raya’ Tampilkan Koleksi Raya Daripada Duta Selebriti Terkenal

Anggunkan lagi penampilan Syawal anda dengan koleksi lebaran daripada Jakel.