Anda ingat tak masa anda remaja dulu? Bagaimanakah rupa gaya fesyen anda?
Time itu, mesti anda masih tak reti lagi nak dress up macam mana, kan? Yalah, sebelum itu, ibu bapa anda yang beli atau sediakan pakaian. Anda pun pakai saja, tanpa mengira apa orang lain akan fikir.
Bila dan besar sikit, barulah anda mula pentingkan pendapat orang lain terhadap diri anda. Malangnya, time itu mungkin tak ada pakaian yang betul-betul sesuai untuk golongan remaja – sama ada ia untuk orang tua, ataupun untuk kanak-kanak. Mesti rasa kekok bila pakai.
Tapi kini, industri fesyen semakin berkembang dan dah mula sediakan pakaian menarik untuk golongan remaja. Untunglah!
Salah seorang daripada mereka kini yang dah berjaya ambil kesempatan daripada situasi ini adalah Millie Bobby Brown.
Dia baru berumur 14 tahun, tapi kemahirannya terhadap gaya fesyen boleh mengalahkan kita yang dah dewasa!
Anda tak tahu siapa dia? Millie merupakah pelakon British yang popularitinya melonjak naik setelah dia berlakon dalam drama sci-fi bersiri untuk Netflix, ‘Stranger Things’.
Untuk memainkan wataknya, dia terpaksa botakkan kepala! Wah! Dan oleh kerana wataknya dan juga rancangan itu ikonik dan disambut meriah, Millie pun secara tak langsung terus jadi popular.
Sebab itulah dia sering mendapat perhatian bila dia ke acara-acara keramaian. Dan sebab itulah juga citarasa fesyennya sering diperhatikan dan menjadi perbualan orang.
Nampaknya pelakon muda ini dah mahir, padahal orang lain mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk terrer. Untuk Millie pula, dia terus menjadi ikon stail.
Jika anda lihat sendiri, Millie tidak memperagakan pakaian yang nampak terlalu seksi atau tua untuknya. Sebaliknya, pilihannya sesuai dengan umur remajanya, dan nampak menarik dan fun. Pada masa yang sama, dia berani untuk mencuba konsep romantik ataupun chic dan cutting-edge.
Memang jelaslah yang tak lama lagi, bila dia dah besar sikit lagi, dia gerenti akan menjadi selebriti yang mempunyai citarasa fesyen yang unik dan ingin diikuti ramai.
Jom kita tengok stail dan penampilan Millie yang patut mendapat pujian.
Foto di bawah ini adalah daripada majlis promosi Stranger Things, di mana Millie memakai pantsuit Thom Browne dengan kasut bertumit jenis Mary Jane oleh Moschino.
Dia memakai dress Dolce & Gabbana ketika menghadiri majlis Time 100 Gala 2018. Macam Disney princess!
Sweet sangat! Dia menghadiri majlis Paleyfest dalam dress tulle oleh Oscar de la Renta.
Ini pula acara Moncler Genius ketika Milan Fashion Week di mana dia memperagakan gaun Moncler 4 oleh Simone Rocha. Macam jaket Michelin!
Di majlis Screen Actors Guild Awards tahun ini, Millie menggayakan dress berlabuci oleh Calvin Klein Collection yang berwarna baby pink. Dia lengkapkan gayanya dengan kasut Converse. Cool!
Di acara Golden Globes 2018, Millie sekali lagi memakai jenama Calvin Klein iaitu minidress ruffle berwarna hitam dan heels rendah yang berkilat.
Di premiere Stranger Things Musim Ke-2, Millie menggayakan dress kulit bertemakan gothic. Sesuai sangat dengan tema rancangan horror sci-fi itu!
Di acara Emmy Awards 2018, Millie tampil seperti balerina di dalam dress tulle putih oleh Calvin Klein.
Kali ini untuk Teen Choice Awards 2017, Millie memilih dress kuning terang bersama lapisan ruffle chiffon oleh Kenzo. Lain macam!
Di acara promosi Stranger Things tahun lepas, Millie tampil sweet dalam minidress Miu Miu yang dipadankan dengan sandal hitam.
Untuk acara 2017 Screen Actors Guild Awards pula, Millie tampil dalam warna merah dengan tali pinggang berbatu.
Memilih konsep bunga-bunga, Millie memakai gaun dengan trim lace untuk acara ulangtahun UNICEF yang ke-70.
Menarik, kan? Dan anda perasan tak? Dia tak pun pilih kasut bertumit tinggi ala stiletto. Kasut-kasutnya yang berjenis kitten heels, sesuai saja dengan umurnya.
Manalah tahu, anda mungkin boleh ambil inspirasi daripadanya. Haih, tidakkah anda teringin agar anda menjadi seorang remaja balik dan hidup pada zaman sekarang?
Sumber: PopSugar