Categories: Oh Lawa

Walaupun Dikecam, Koleksi Tudung Neelofa Sold Out Dalam Masa 2 Minit!

Wah! Kuat juga ye pengaruh Neelofa ni?

Semalam, kecoh di media sosial apabila dia dikecam netizen kerana melancarkan koleksi tudungnya Be Lofa di sebuah kelab malam terkenal di ibu negara iaitu Zouk.

Walaupun dia dikecam teruk, koleksi tudung itu sebenarnya dah sold out!

Bukan setakat sold out je tau! Kesemua 45 warna dalam koleksi Be Lofa Turban itu habis dijual secara online dalam masa 2 minit!

naelofarhijab.com

Itulah yang didakwa oleh ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dalam Instastory miliknya.

“Team semua tengah bertungkus lumus, nanti kita belanja ya makan dekat hotel, takkan tak belanja dua minit sold out kot?” katanya. Wah!

Neelofa pun nampaknya tak kisah dengan kritikan orang ramai terhadapnya. Asalkan bisnes jalan, kan? 

 “Saya tak apa-apa pun kerana tahu apa yang saya lakukan. Tempat itu sendiri sudah ditukar dari pusat hiburan ke lokasi acara. Malah, tiada alkohol pun dihidangkan. Sesiapa yang ada di situ tahu kisah sebenar. Orang yang tiada di sana pula melebih-lebih,” katanya ketika dihubungi hos Nabil Ahmad menerusi rancangan Meletop.

Kalau korang perasan, ada sebuah group parti politik di Facebook cuba mengajak orang ramai untuk memboikot Neelofa.

www.facebook.com/friendsofpas/

Di laman social media, ramai Netizen yang mengutuk tindakan Neelofa malah ada yang sudah muak dan tidak mahu lagi memberi sokongan kepada artis itu baik dalam bidang lakonan mahupun bisnes.

Anda rasa “boikot” ni sementara je ke, ataupun mereka memang serius? Kita tunggu dan lihat.

Ad Ops