Kalau kita lihat, ramai selebriti di Malaysia ini menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Ada yang jual minyak wangi, baju, hijab, produk kecantikan dan banyak lagi. Ia seakan menjadi trend selebriti ini untuk memiliki jenama tersendiri.
Sempena dengan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, mereka juga tidak ketinggalan untuk menghasilkan koleksi baju Raya. Yang pasti, setiap selebriti mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Ini lah masanya untuk para peminat bergaya di pagi Raya dengan koleksi lebaran daripada selebriti kesayangan mereka.
Jom kita semak antara selebriti yang mengeluarkan koleksi lebaran untuk tahun ini.
1. Fazura – Kerlipan Lebaran 2018
Pasti anda sudah tahu yang jenama Fazbulous adalah milik selebriti jelita ini. Setiap kali koleksi lebarannya dikeluarkan, ia pasti akan mendapat sambutan yang luar biasa. Fazura juga berkolaberasi mengeluarkan koleksi lebaran bersama Starvilion.
2. Elizad Sharifuddin – Awan KL by Elizad
Pelakon yang terkenal dengan kehebatan dalam menjiwai apa jua watak ini juga telah mengeluarkan koleksi lebaran buat julung kalinya pada tahun ini. ‘Awan KL’ adalah jenama yang menampilkan koleksi yang cukup cantik dan anggun.
3. Fattah Amin – Far8 x Fattah Amin
Hero ini memang semakin popular setelah dia mendirikan rumahtangga bersama Fazura. Memang ramai yang meminati pasangan romantis ini. Fattah juga mengeluarkan koleksi lebaran pada tahun ini dengan kerjasama jenama Altelia Amani dan Starvilion.
4. Dato’ Seri Siti Nurhaliza – Creacion by Siti Nurhaliza
Setiap kali musim perayaan Aidilfitri, koleksi daripada penyanyi terkenal No.1 Malaysia ini pasti ditunggu-tunggu oleh semua wanita. Dia tampil dengan koleksi yang eksklusif tetapi harganya amat berpatutan. Koleksi ‘Blossom Raya 2018’ ini boleh didapati di semua cawangan butik Creacion by Siti Nurhaliza.
5. Emma Maembong – Emma RTW
Pelakon cantik manis ini juga tampil mengeluarkan koleksi lebaran yang lebih kepada koleksi jubah dan dress. Tahun ini, beberapa koleksinya menggunakan material lace yang pasti memukau apabila digayakan pada pagi Syawal.
6. Remy Ishak – Remy Ishak for Starvilion
Hero Malaya yang sentiasa diminati oleh gadis-gadis ini juga mengeluarkan keluaran baju melayu untuk lebaran 2018. Koleksi yang berkolaborasi dengan hub fesyen Starvilion menampilkan koleksi baju melayu yang boleh didapati dalam pelbagai warna.
Jadi, kalau anda nak cantik dan hensem seperti selebriti ini bolehlah dapatkan koleksi mereka. Pasti pagi Raya anda akan lebih awesome!