Oh Lawa By: tex_admin April 23, 2018 @ 11:30am

Wow! Makeup Musang King Kini Di Pasaran. Pencinta Durian Wajib Beli!

Adakah anda pencinta buah durian? Memang ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang suka makan durian. Penulis pun memang suka sangat makan! Rasanya yang lemak manis memang sedap sampai boleh buat kita tak boleh berhenti nak makan! 

Cuba anda bayangkan alat kosmetik anda perisa durian? Mesti rasa nak makan alat kosmetik itu kan? Penulis nak bagitahu dekat anda ini di mana jenama kosmetik Elianto telah melancarkan Musang King Lipstick. Dengar macam pelik, tapi memang betul wujud ya! Lipstick Musang King itu didatangkan dengan warna kuning terang sama seperti isi buah durian.

Menariknya, bukan setakat lipstik sahaja terdapat juga koleksi yang lain seperti lip colour, eyeshadow, lip balm dan highlighter. Dari segi harga pula sangat berpatutan yang bermula daripada RM19.90 hingga RM59.90. 

Jadi, kalau anda nak cuba koleksi Musang King ini bolehlah beli di website Elianto ok! Lepas ini kalau anda teringin nak makan durian boleh la jilat saja bibir itu. Tak payah susah-susah nak cari durian. 

Sumber: Elianto

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 19 Nov 2018

Inilah Tip Paling Berkesan Untuk Menanggalkan Makeup, Menurut Pakar Kecantikan Patrick Starr

Genius! Anda mesti tak pernah terfikir nak gunakan cara ini.

Oh Lawa Wed, 8 May 2019
Oh Lawa Mon, 10 Dec 2018

Jejaka Korea Menang Gelaran Mr Tourism Langkawi 2018. Memang Kacak Orangnya!

Kim Min Kyu menewaskan 40 peserta dari Lubnan, Jepun, Sri Lanka, Pakistan dan Ukraine termasuk Malaysia.

Oh Lawa Fri, 26 Oct 2018

Tip Untuk Hilangkan Jerawat ‘Komedo’ Di Bahagian Bawah Bibir

Jenis jerawat ini sukar untuk dihilangkan!

Featured Thu, 6 Sep 2018

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Tekstur busananya yang nampak lembut itu buat kita rasa nak curi makan.

Oh Lawa Thu, 29 Nov 2018
Featured Wed, 25 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 15 Jun 2018

Untuk Hasil OOTD Raya Yang Meletop! Memang Tak Sah Tanpa Bulu Mata Palsu

Melihat kanak-kanak comel atau teman yang berbulu mata lentik membuatkan hati terasa geram sehingga terdetik alangkah bestnya kalau kita juga dikurniakan kelebihan itu.

Yang selalu merasakan sebegini tentulah orang perempuan, kerana memiliki bulu mata tebal dan lentik menjadi impian setiap kaum hawa. Apatah lagi di zaman sekarang ini, ke pasar, ke pusat membeli-belah atau melepak dengan teman-teman pun wajib berbulu mata!

Featured Tue, 6 Nov 2018
Oh Lawa Mon, 18 Mar 2019

Kulit muka anda jenis sensitif? Lakukan 4 perkara penting ini sebelum tidur

Langkah terakhir mungkin akan memeranjatkan anda.