Hiburan By: Syafiqa Irdina February 21, 2020 @ 11:00am

Dihalau Daripada Anti EXO, Agensi Sahkan Chen Masih Anggota Tetap!

Kecoh dalam kalangan peminat EXO yang lebih dikenali sebagai EXO-L apabila Chen EXO mengumumkan pernikahannya bersam isteri tercinta yang hamil pada pertengahan Januari tahun ini.

Meskipun ini merupakan satu berita yang menggembirakan buat EXO-L, namun masih ada segelintir yang memboikot dan mengatakan bahawa pengumuman perkahwinannya itu akan menjejaskan imej kumpulan popular tersebut!

Ramai peminat yang tidak berpuas hati sehingga sanggup membina akaun di media sosial dan meminta Chen supaya mengundurkan diri daripada kumpulan EXO. Lebih parah, apabila anti-Exo ini mula mendedahkan hal peribadi lelaki tersebut dan keluarga barunya kepada khalayak ramai. 

Oleh sebab rasa bersalah, Chen tampil memohon maaf melalui sebuah surat yang ditulis pada 19 Februari yang lepas. Syarikat naungan EXO iaitu SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kedudukan Chen di dalam kumpulan itu.

“Hello, ini adalah SM Entertainment.

Ini adalah kenyataan mengenai kedudukan anggota EXO dan agensi mengenai aktiviti kumpulan ini pada masa akan datang.Sebagai syarikat pengurusan EXO, kami mengutamakan pendapat anggota sendiri mengenai hal penting termasuklah arah tuju kumpulan tersebut dan ahlinya.

Sebelum mengumumkan secara rasmi perkahwinan Chen, terdapat perbincangan yang telah berlangsung di antara anggota EXO. Setelah kesemua ahli EXO melalui rasa sedih kerana beberapa ahli yang tinggalkan kumpulan itu, mereka telah menyampaikan hasrat untuk terus bersama seperti sekarang ini. Pihak agensi juga menghormati pendapat kesemua anggota dan tiada perubahan yang akan berlaku dalam ahli EXO.

Tambahan lagi, ada beberapa anggota yang akan menjalani latihan khidmat ketenteraan tak lama lagi, jadi memang sudah dirancang daripada tahun lepas bahawa EXO akan memberi fokus kepada aktiviti solo dan unit. Aktiviti tersebut akan didedahkan satu demi satu.

Anggota EXO akan terus aktif sebagai EXO, artis solo, kumpulan unit dan mereka akan membalas kasih sayang peminat.Kami juga akan memberikan sokongan penuh dalam apa jua aspek supaya EXO dan ahlinya kian berkembang,” kata wakil SM Entertainment.

EXO sendiri telah membuat keputusan untuk kekalkan semua ahli tanpa sebarang perubahan dan membuktikan sokongan mereka terhadap pilihan Chen. 

Idola juga merupakan manusia biasa, jadi mereka berhak inginkan kasih sayang dan mempunyai keluarga sendiri.  Jadi sebagai peminat, sepatutnya kita menyokong keputusan yang dibuat melainkan ia adalah perkara yang salah di sisi undang-undang. Betul tak?

Sumber: Soompi, Kimchidaily

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Sep 2021

Pelancong yang Ingin Bercuti Ke Langkawi, WAJIB Buat Swab Test!

Take note! Jangan tarik luggage je okay…

Hiburan Sat, 11 May 2019
Selebriti Tue, 22 Aug 2023
Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Nur 2 Bukan Untuk Kanak-Kanak, Pengarah Respon Teguran Warganet

Jangan lupa saksikan jam 10 malam ini di TV3 dan www.tonton.com.my, agaknya apa lagi si Madi nak buat malam ni eh?

Events Thu, 23 Nov 2023

Neelofa Mengaku Tertekan, Konflik Negara Bergolak Punca ‘Supply’ Susu Badan Terganggu 

Golongan wanita memang tak boleh rasa pressure. Confirm kacau semua benda.😥

Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Bantu Suami Sakit Buah Pinggang, Konsert Dayangku Intan 23 September Depan

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Semakin Rindu Semakin Sayang, Dayangku Intan, bakal mengadakan sebuah konsert tak lama lagi. Tujuan konsert berkenaan adalah untuk menampung kos pembedahan buah pinggang suaminya, Rosman Yahil, serta rawatan susulan yang […]