“Order? Nasi Goreng Kampung Telur Mata…Tapi tak nak telur.”
“SIAPPPPPPPP!!!!”
Semestinya penonton yang menyaksikan filem animasi Ejen Ali The Movie terhibur dengan telatah Geng Jeneral Rama berserta lagu Mamak Maju, Servis Laju! bukan?
Haa, nampaknya lagu Mamak Maju, Servis Laju ini telah menjadi trending #2 di laman Youtube dengan jumlah tontonan sebanyak 927 ribu tau!
Tahniah diucapkan buat semua Ejen yang telah menonton dan menyokong filem animasi tempatan sehingga menjadikan filem Ejen Ali The Movie antara filem yang mendominasi kedudukan Top 10 Todays Movie di pawagam.
So, terima kasih diucapkan kepada semua ejen di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura!