Selamat Harijadi kepada penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh yang menyambut ulang tahun yang ke-34 hari ini dan telah memuat naik foto bersama kek harijadinya sambil mendukung seorang anak kecil di dalam satu entri di instagram miliknya.
“6/12 Happy Birthday to me! Not aging…just upgrading!” tulis Marsha ringkas sebagai kapsyen.
Ucapan selamat hari lahir dari netizen dan rakan artis memenuhi ruangan komen entri instagram penyanyi yang berasal dari Tamparuli, Sabah ini.
Terdahulu penyanyi ini mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan bernama Mohamed Shaiful Nizam pada 2015 dalam satu majlis tertutup di Pulau Pinang.
Baru-baru ini, Marsha telah memasuki pertandingan separuh akhir Muzik Muzik 34 dengan menyanyikan lagu ‘Bimbang’ ciptaan Amylea dan Farouk Roman tetapi lagu tersebut gagal ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34).
Kredit Foto: Instagram @marshamilan