Anak anda selalu kena gigit nyamuk? Mesti pernah kan? Gigitan nyamuk bukanlah sesuatu yang boleh dipandang mudah, ya! Bayi atau kanak-kanak yang digigit nyamuk boleh terkena jangkitan malaria dan demam denggi.
Biasanya, gigitan nyamuk akan mengakibatkan bengkak pada kulit mereka dan rasa gatal. Pasti mereka akan merengek-rengek akibat kegatalan tersebut.
Untuk atasinya, apa kata anda semak 5 cara semulajadi ini untuk merawat dan menyembuhkan gigitan nyamuk tersebut?
1. Cuka
Sapu sedikit cuka di bahagian gigitan. Jika gigitan terlalu banyak, masukkan beberapa sudu cuka ke dalam mandian anak anda, lalu mandikan mereka dengan campuran tersebut.
2. Madu
Madu juga boleh mengubat gigitan nyamuk. Sapu sedikit pada bahagian terkena gigitan. Madu mempunyai ciri-ciri antimikrob yang akan mencegah sebarang jangkitan lain!
3. Sabun
Jika anak anda digigit, cepat sapu sebuku sabun kering pada tempat terkena gigitan. Ia boleh mengurangkan kegatalan akibat gigitan tersebut.
4. Aloe vera
Aloe vera amat berkesan untuk meredakan kesan bengkak akibat digigit nyamuk. Sapuan aloe vera boleh melegakan kesakitan dan menghilangkan rasa gatal-gatal.
5. Jus lemon
Cuba titiskan beberapa titis jus lemon pada kesan gigitan. Kandungan asid dan vitamin C dalam jus lemon membantu mengurangkan kesakitan dan kegatalan.
Sebagai ibu bapa, anda harus lebih peka tentang gigitan nyamuk ini. Pastikan tiada air yang bertakung di kawasan rumah anda. Lakukan juga semburan ubat nyamuk setiap hari agar rumah anda bebas nyamuk. Semoga bermanfaat!
Sumber: Mom Junction