Putera William dan isterinya Kate Middleton kini mempunyai dua sepasang putera dan puteri yang tersangatlah comel, iaitu Putera George dan Puteri Charlotte.
William dahlah handsome, Kate pula cantik dan ayu. Memang patutlah anak mereka comel sebegitu!
Pasangan tersebut juga menunggu kelahiran anak mereka yang ketiga yang dijangka akan bersalin pada 23 April ini, menurut jurucakap diraja Britain.
Sebelum George dan Charlotte dapat adik baru, jom kita tengok dulu gambar-gambar mereka yang kiut-miut itu.

Foto: Getty
Baru berumur 9 bulan, George membuat muka ketika ibunya memegangnya di Australia. Dia menikmati trip pertamanya apabila William dan Kate melancong selama 3 minggu ke Australia dan New Zealand.

Foto: Getty
Charlotte, yang dilahirkan pada bulan Mei, 2015, tersenyum riang bersama bapanya di French Alps. Kecil-kecil dah main ski!

Foto: Getty

Foto: Getty
Seronok Charlotte dapat main dengan belon. Sweetnya!

Foto: Getty
George menyapa pihak media di upacara christening adiknya di gereja St. Mary Magdalene di Sandringham.

Foto: Getty
George memakai bathrobe peribadi sewaktu berjumpa dengan bekas presiden Barack Obama dan isterinya Lady Michelle di Istana Kensington. Kecil je bathrobe tu! Siap ada nama lagi!

Foto: Getty

Foto: Cosmopolitan
Charlotte memakai knitted kardigan ketika hari jadinya yang kedua.

Foto: Cosmopolitan
George duduk di tangga istana Kensington sebelum Hari Natal yang pertamanya pada bulan Disember 2014. Tengoklah bajunya! Ada gambar pengawal Britain!
Sumber: Cosmopolitan