Parenting By: Yanie Baharom February 6, 2019 @ 2:00pm

Hubungan mata penting kala berbual dengan anak-anak. Ini 3 sebabnya! 

Kata orang cinta itu bermula dari mata turun ke hati.

Ini bukan hanya madah percintaan antara teruna dan dara, kata-kata ini sangat relevan dalam membina perhubungan yang positif dengan anak-anak.

Lihat apa yang dilakukan Duchess of Cambridge, Kate Middleton, ketika berbual dengan Putera George. Sambil mendukung Puteri Charlotte, beliau menurunkan badan sambil duduk mencangkung sopan supaya dapat berkomunikasi menggunakan kontak mata dengan puteranya!

1. Komunikasi efektif

Hubungan mata adalah komunikasi bukan lisan dan gerak tubuh yang paling penting dalam membina perhubungan serta komunikasi efektif dengan anak-anak. Antara sebab utama mengapa anak tidak mempedulikan permintaan, arahan dan peraturan yang ada adalah kerana ibu bapa tiada hubungan mata apabila meminta anak melakukan sesuatu.

Sama ada kita hanya memberi arahan dari jauh ataupun memberi arahan sambil membuat sesuatu pekerjaan seperti memasak, membaca, mengemas, menggunakan media sosial menerusi telefon bimbit – Whatsapp, Facebook, IG, menggunakan komputer, menjemur pakaian dan sebagainya.

Arahan yang diberikan ketika melakukan pekerjaan ini tidak membabitkan hubungan mata yang boleh membina cinta ‘dari mata turun ke hati’ anak-anak.

Begitu juga dengan anak, apabila kita meminta anak melakukan sesuatu ketika anak sedang menonton televisyen, bermain permainan video, membaca, khusyuk bermain, menggunakan telefon, menggunakan komputer dan sebagainya, anak juga tidak memberi tumpuan kepada kita kerana tiada hubungan mata. Anak tidak fokus dan tidak memberi perhatian.

Foto: Daily Mail

2. Lebih berkuasa

Apabila mata tidak bertentang mata, itu menunjukkan kita tidak serius. Apabila kita tidak serius, anak juga tidak serius mendengar apatah lagi menurut apa yang dipinta. Apa yang anak lihat dalam mata kita adalah lebih berkuasa berbanding kata-kata yang anak dengar keluar dari mulut kita.

 

Foto: Daily Mail

3.Bina rasa percaya

Kontak mata juga membina rasa percaya (trust) antara ibu bapa dan anak. Dengan ini anak-anak yakin yang ibu bapa memberi perhatian, peduli dan mengambil berat akan diri mereka. 

Bayangkan jika anak datang kepada kita untuk memberitahu atau menceritakan sesuatu dan kita tidak memandang anak kerana leka atau sibuk dengan sesuatu pekerjaan, maka kepercayaan itu tidak wujud dalam diri anak terhadap kita kerana kita tidak langsung memandang ke arah mereka.

Jadi jika anda sering kali perlu mengulang arahan kepada anak dan anak tetap tidak mendengar kata, mungkin yang pertama sekali perlu diperiksa adalah hubungan mata antara anda dengan anak kerana hubungan mata ini membina perhubungan dan kepercayaan yang amat penting dalam komunikasi yang efektif.

Apabila anak sudah terbiasa menunggu kita marah barulah menunjukkan yang kita serius, itu bukanlah tanda berlakunya komunikasi yang positif dan efektif.

 

Sumber: Mingguan Wanita

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2019
#BabyXTRA Fri, 10 Mar 2023

#BabyXTRA: Isteri ‘Burnout’ Semasa Berpantang… Suami Pula ‘Lepas Tangan’? Aeril Zafrel Kongsi Tips Penting

Banyak kes suami selalu lepas tangan kan terutamanya bila isteri tengah pantang 😌 Aeril wajar jadi suami contoh!

Parenting Fri, 1 Feb 2019

Amalkan membaca tujuh doa ini untuk kejayaan masa depan dan keperibadian mulia anak-anak

Sejauh mana ibu bapa mengamalkan tujuh doa ini atau tidak pernah langsung? 

Featured Fri, 6 Dec 2019
Acara Thu, 13 Jun 2019
Parenting Mon, 11 Jun 2018

5 Cara Semulajadi Untuk Sembuhkan Gigitan Nyamuk Pada Anak Anda

Tidak perlu beli ubat untuk rawat gigitan nyamuk, gunakan sahaja bahan semulajadi ini. Berkesan!

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

Featured Thu, 24 Jan 2019

‘Tolonglah periksa beg sekolah anak-anak’ – saran seorang guru

6 perkara wajib diajukan kepada anak-anak turut dikongsikan guru ini. 

#BabyXTRA Fri, 5 May 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Neelofa Semakin Aktif, Banyak Makan Suplemen Kalsium Elak Rasa Lenguh Badan!

Semoga urusan bersalin baby kedua Neelofa akan dipermudahkan segalanyaaa ❤️❤️