Parenting By: tex_admin June 13, 2018 @ 1:00pm

Kalau Nak Anak Sentiasa Selamat Di Rumah, Ikuti 5 Tip Ini!

Kita akan menganggap rumah adalah tempat yang paling selamat untuk kita dan anak-anak, tetapi tanpa kita sedari kediaman juga boleh bertukar menjadi tempat paling bahaya untuk kanak-kanak sekiranya tidak ada langkah untuk melindungi keselamatan mereka.

Kemalangan ketika di rumah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada di luar mahupun dalam rumah. Ingat ya, rumah yang kita rasa selamat untuk didiami oleh orang dewasa tidak semestinya selamat kepada bayi dan kanak-kanak juga!

Oleh itu, kami kongsikan beberapa tips bagi melindungi keselamatan anak di rumah dan mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

1. Peralatan elektrik

Foto: Stutterstock

Sebenarnya, peralatan elektrik boleh mengundang bahaya kepada penghuni rumah terutamanya bayi dan kanak-kanak. Anda perlulah meletakkan peralatan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, cerek, seterika dan yang berkaitan di tempat yang tinggi yang tidak boleh dicapai oleh bayi dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, wayar elektrik yang terjuntai juga perlu dikemaskan dan suis atau soket perlu dipastikan selamat. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan suis atau soket!

2. Perabot

Foto: Parentinghow

Sebenarnya, peralatan elektrik boleh mengundang bahaya kepada penghuni rumah terutamanya bayi dan kanak-kanak. Anda perlulah meletakkan peralatan elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, cerek, seterika dan yang berkaitan di tempat yang tinggi yang tidak boleh dicapai oleh bayi dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, wayar elektrik yang terjuntai juga perlu dikemaskan dan suis atau soket perlu dipastikan selamat. Jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan suis atau soket!

3. Bilik air

Foto: WifeOnTheGo

Bilik air merupakan tempat yang paling digemari oleh kanak-kanak. Anda perlu memastikan pintu bilik air sentiasa ditutup rapat. Kebanyakan bayi suka meneroka, mereka akan masuk dan bermain air di dalam bilik air tanpa kita sedari.

Selain itu, keadaan lantai yang licin juga boleh membahayakan kanak-kanak yang sudah pandai mandi sendiri. Mereka akan mudah terjatuh dan akan menyebabkan kecederaan.

4. Bahan beracun

Foto: Decoist.com

Sabun, minyak angin, penyembur serangga, pembasmi kuman, racun tikus dan lain-lain antara bahan beracun yang biasa anda gunakan di rumah. Simpan kesemua bahan merbahaya ini di tempat yang tinggi atau tersorok seperti di dalam laci dan labelkan. Ingat ya, bahan-bahan ini jika terminum boleh menyebabkan kematian.

5. Pintu dan laci

Foto: Raising Arizona Kids

Mungkin perkara ini anda rasa tidak penting dan bahaya, tetapi anak-anak kecil masih belum pandai membuka dan menutup pintu dengan sendiri. Apa yang perlu anda lakukan adalah perlu memastikan tombol setiap pintu tidak terkunci daripada dalam.

Gunakan juga penyendal bawah pintu untuk mengelakkan pintu tertutup dengan sendirinya dan membahayakan anak-anak. Anda juga boleh menggunakan penahan pintu (door stopper) sebab pintu boleh menyebabkan jari atau tangan anak-anak tersepit.

Kesimpulannya, anda perlu menitik beratkan tentang semua perkara yang boleh membahayakan keselamatan anak-anak di rumah. Maklumkan juga kepada pengasuh yang menjaga anak anda tentang perkara ini. Ingat, nyawa tidak boleh ditukar ganti, cegah awal sebelum terlambat!

Sumber: SirapLimau

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 22 Mar 2022

Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Ada segelintir netizen yang terkesan sehingga berkata Dr. Sheikh Muszaphar tidak pernah rasa sakit bersalin.. Apa kes ni?

Cahaya Mata Sat, 27 Aug 2022

Kagum Lihat Perkembangan Fatima! Fazura Akui Cerewet Pilih Pemakanan Anak & Hadkan Gajet

Setiap ibu mesti nak kan yang terbaik untuk anak-anak, macam tu jugak dengan Fazura 😊

Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Fri, 6 Dec 2019
Parenting Sat, 7 Apr 2018

9 Foto Anak-Anak Putera William Dan Kate Middleton, Comel Sangat Sampai Nak Gigit!

Sebelum George dan Charlotte dapat adik baru, jom kita tengok dulu gambar-gambar mereka yang kiut-miut itu.

Parenting Tue, 27 Feb 2018

Kuku Bukan Kudap-Kudap, Bagaimana Cara Mengatasi Tabiat Gigit Kuku?

Tabiat ini bukan saja boleh menyebabkan kulit jari terkelupas dan berdarah, malah boleh memberi implikasi kepada kesihatan.

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Featured Thu, 13 Feb 2020
Featured Sat, 28 Sep 2019

Empat penyakit mata yang boleh menggelapkan masa depan anak anda!

Ambil tahu dan bantu anak atasi masalah mata mereka