Parenting By: Ad Ops January 18, 2018 @ 5:41am

Perlu Atau Tidak Pendidikan Seks Untuk Kanak-Kanak?

Golongan remaja dan kanak-kanak kini terdedah kepada gejala tidak bermoral. Terkini di kalangan remaja ialah melayari laman-laman sesawang pornografi di mana mereka berkongsi gambar-gambar ‘terlampau’ untuk ditonton oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Malah ada yang lebih berani berkongsi video ketika mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan yang dipilih secara rambang.

Realitinya, remaja ini sanggup melakukan perkara-perkara tidak bermoral itu hanya dengan dijanjikan duit untuk perbelanjaan sekolah, tiket wayang atau barangan yang mereka kehendaki. Jadi di mana silapnya sehingga perkara ini terjadi? Adakah pendidikan seks perlu di kalangan kanak-kanak bagi membanteras gejala sosial yang cukup menakutkan ini?

Program Wanita Hari Ini Oktober lalu ada membincangkan topik ini dan menurut Pakar Perunding Obstetriks Dan Ginekologi (O&G), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr. Harlina Halizah Haji Siraj, pendidikan seks adalah pendidikan seumur hidup. Jadi setiap peringkat umur perlu didedahkan dengan perkara ini kerana info yang seks yang diperlukan  bukan mengikut umur seseorang.

“Pendidikan seks bukan sahaja dilihat pada segi biologi atau fizikal sahaja tetapi sebenarnya ada lima dimensi.  Dimensi pertama adalah biologi dan fizikal, kedua dimensi kognitif iaitu akal dan fikiran, dimensi ketiga adalah perasaan, keempat pula dimensi sosial dan yang akhir sekali dimensi spiritual dan kerohanian. Tetapi masyarakat kita sering melihat kepada biologi dan fizikal sahaja. Ibu bapa sepatutnya mendedahkan pendidikan seks kepada anak-anak apabila mereka mula bertanya, ” ulas Dr. Halina.

Dalam masa yang sama, Dr. Halina juga mencadangkan agar kanak-kanak dan remaja perlu diajar dirumah terlebih dahulu sebelum dipertanggunjawab kepada cikgu-cikgu di sekolah. Ibu bapa perlu bijak mencari maklumat dan menyalurkan maklumat tentang pendidikan seks kepada anak-anak. Sebabnya jika persoalan mereka tidak terjawab, mereka akan cenderung untuk mencari maklumat di internet.

Selain itu jangan membezakan antara anak perempuan dan anak lelaki. Sama ada anak lelaki atau perempuan, ibu bapa perlu bagi pendedahan yang sepatutnya untuk mereka. Pendidikan seks harus jadi tanggungjawab semua dan ia bukan satu topik yang pantang untuk diperkatakan.

Sementara itu, Perunding Psikologi Klinikal,  Azlina Rozi Ghafar menegaskan ibu bapa perlu mengawal penggunaan gajet di kalangan anak-anak. Ini kerana anak-anak yang terlalu awak didedahkan dengan penggunaan gajet dan internet akan membuatkan mereka terlalu bergantung kepada internet sehingga tidak ada lagi komunikasi dalam keluarga. 

“Kalau 20 atau 30 tahun dahulu, mungkin pendidikan seks ini tidak perlu didedahkan pada anak-anak, tapi dalam era internet ini kita terpaksa berbicara tentang perkara ini dengan anak-anak. Sebabnya, anak-anak sekarang ini mudah dapat akses kepada internet. Ibu bapa sendiri yang belikan gajet untuk anak-anak.

Umur 2 tahun ibu bapa dah mula bagi gajet kepada anak-anak dengan alasan untuk mereka belajar membaca atau sebagainya. Tetapi mereka tidak sedar tindakan ini secara tidak langsung membuatkan anak-anak terlalu bergantung kepada gajet sehingga membuatkan mereka lebih percaya kepada internet berbanding ibu bapa. Jadi,  ibu bapa perlu berhati-hati apabila mahu memberikan gajet kepada anak-anak,” ujar Azlina.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Mon, 16 Apr 2018

Perhatian Untuk Si Ibu, Jangan Biarkan Anak Kecil Bermain Alat Solek Kepunyaan Anda

Bermain alat solek tidak salah tetapi hindarkan anak anda daripada menggunakan alat solek orang dewasa dan sebaiknya membeli set makeup khas untuk kanak-kanak. Ini kerana golongan itu mudah dijangkiti penyakit kulit kerana keadaan kulit mereka yang lebih lembut dan sensitif menyebabkan kulit mereka lebih mudah dijangkiti pelbagai kuman.

Featured Tue, 10 Jul 2018

Makanan Yang Perlu Dielakkan Selepas Bersalin Caesarean

Kalau nak luka caesarean cepat sembuh, elakkan jenis makanan ini!

Parenting Thu, 24 Jan 2019

Bentuk sikap berdikari dalam diri anak-anak melalui aktiviti praktikal

Semoga anak-anak kita semua lebih berdikari!

Parenting Fri, 1 Jun 2018

3 Perkara Yang Anda Perlu Elak Ketika Mengajar Anak Berpuasa

Kalau boleh, ajar dia untuk berpuasa secara ikhlas dan bukan kerana dipaksa.

Parenting Wed, 28 Mar 2018

Jangan Beli Mainan Crystal Slime Clay Untuk Anak Anda. Boleh Bawa Maut!

Jika kita lihat, terdapat pelbagai lambakan barang mainan yang dijual pada hari ini. Kebanyakkan barang mainan tersebut diimport daripada negara China yang kita sendiri tidak ketahui tahap keselamatan dan kandungannya.

Parenting Wed, 18 Apr 2018

Tak Nak Anak Lemas Ketika Tidur? Ikuti Tip Posisi Tidur Yang Betul Oleh Doktor Ini

Jangan ambil mudah tentang posisi tidur anak anda. Ikuti tips ini.

Parenting Mon, 4 Jun 2018

6 Cara Penting Untuk Mengajar Anak Anda Menabung Dari Kecil

Bila dia faham tentang kepentingan wang ketika dia masih kecil, senanglah nanti bila dia dah besar.

Parenting Thu, 19 Apr 2018

Ajar Anak Anda Mengira Dengan Alat Ini, Buat Sendiri Dengan Cawan Polisterin Saja!

Belajar mengira di atas kertas lama-lama boleh membosankan, jadi anda perlu cari idea lain supaya anak terus minat belajar.

Parenting Thu, 17 May 2018
Parenting Wed, 6 Feb 2019