Parenting By: Nani Ramlee January 25, 2018 @ 5:44pm

Tip Ajar Anak Makan Sayur

Satu dilema di kalangan ibu bapa ialah, susah hendak memujuk anak-anak supaya makan sayur-sayuran. Setiap kali ada sahaja alasan mengelak yang diberikan oleh anak-anak apabila disuruh makan sayur. Tak sedap, rasa nak muntah, pahit dan macam-mcam lagi alasan klise.

Jadi, bagaimana cara untuk memujuk anak-anak  supaya menikmati makanan berkhasiat ini?

1) Jangan paksa!

Setiap kali waktu makan, jangan paksa anak untuk menikmati hidangan sayuran yang tersedia. Tetapi cuba tunjukkan kepada dia yang anda dan suami sangat menggemari sayur-sayuran dengan meletakkan hidangan ini ke dalam pinggan terlebih dahulu. Letak dalam kuantiti yang banyak dan cipta perbualan dengan suami tentang kebaikan sayuran. Contoh, “sedapnya carrot ini, makan banyak-banyak pun tak apa nanti takdelah mata kita rabun.”

2)  Jangan hukum!

Trik ini sangat salah untuk dipraktikkan. Sebabnya, ia hanya mengundang trauma kepada kanak-kanak. Apa tidaknya, setiap kali dia menolak untuk makan, anda akan hukum dan ini akan menjadikan dia semakin tidak suka dengan sayuran. Lebih baik lakukan secara perlahan-lahan.

3) Pilih sayuran yang berwarna-warni

Cara ini mungkin agak ketinggalan, tetapi kanak-kanak memang mudah tertarik dengan makanan yang berwarna-warni. Tambah menarik, jika anda berimaginasi dengan membuat potongan sayuran-sayuran mengikut bentuk yang digemari kanak-kanak. Contoh, kepingan lobak merah dipotong bintang.

4) Buat set bento

Buat set bento yang comel untuk anak-anak. Sama ada untuk di makan di rumah atau bekal ke sekolah. Gunakan sayur-sayuran sebagai bahan utama. Jika anak suka dengan karektor Mickey Mouse, cubalah tingkatkan kreativiti anda dengan membentuk set bento dalam karektor ini. Pasti teruja anak-anak hendak menikmatinya.

5) Masak bersama

Untuk mencipta minat, ajak anak sama-sama menyediakan hidangan sayur yang ingin dimasak. Ajar mereka cara memotong sayuran mengikut bentuk yang digemari. Sambil memotong, bolehlah selitkan cerita tentang khasiat atau kelebihan sayuran tersebut kepada tubuh badan. Tapi, janganlah ilmiah sangat, bagi contoh yang mudah.

6) Pelbagaikan hidangan

Janganlah asyik merebus atau menggoreng sayuran yang hendak dimakan. Sebaliknya pelbagaikan menu. Boleh dijadikan sup atau mencampurkan ke dalam menu lain seperti mencampurkan brokoli dalam sup ayam, masukkan jagung dalam nasi goreng dan taburkan taugeh dalam mi goreng.

 

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Parenting Thu, 24 May 2018

Kalau Tak Nak 5 Risiko Ini Berlaku, Fikir Dahulu Sebelum Beri Anak Anda Puting Tiruan

Ketahuilah memberi bayi puting tiruan akan mengundang risiko pada mereka!

Parenting Wed, 11 Apr 2018

Tak Tahu Bagaimana Nak Hentikan Bayi Menangis? Jom Belajar Dari Video Ini

Cara ini memang efektif! Dalam 5 saat saja, bayi itu dah berhenti menangis.

Parenting Tue, 5 Jun 2018

Anak Kecil Anda Buat Hal Di Pusat Membeli-Belah? Hindarinya Dengan 7 Tip Ini

Membeli-belah dengan anak kecil sedikit menduga iman lebih-lebih lagi ketika mereka meragam.

Featured Thu, 24 Jan 2019

‘Tolonglah periksa beg sekolah anak-anak’ – saran seorang guru

6 perkara wajib diajukan kepada anak-anak turut dikongsikan guru ini. 

Parenting Thu, 28 Jun 2018
Parenting Fri, 16 Mar 2018

Harga Lampin Pakai Buang Mahal. Ini Cara Mudah & Cepat Ajar Anak Untuk Bebas Lampin.

Diapers antara barangan keperluan bayi yang sangat penting dan perlu ada bagi memudahkan urusan bayi ke bilik air.

Featured Fri, 6 Dec 2019
Parenting Mon, 2 Apr 2018

Nak Bawa Baby Pergi Swimming? Ini Perkara Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Berenang antara aktiviti yang menjadi pilihan para ibu bapa untuk diperkenalkan kepada bayi mereka.

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Featured Thu, 10 May 2018

Serangga Masuk Ke Dalam Telinga Anak Anda? Ini Apa Yang Anda Perlu Buat

Ini boleh menyebabkan anak anda berasa takut, tak selesa atau sakit jika dibiarkan.

| Live TV