Hiburan By: Del14 January 9, 2020 @ 9:00pm

Bapa Faradhiya Meninggal Dunia

Takziah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Farahdhiya yang kehilangan ayahnya yang tercinta, Mohd Amin Zubir petang tadi. 

Memetik laporan BH Online, Mohd Amin menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 11. 55 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada usia 68 tahun. 

Arwah menghidapi masalah Sekatan Pulmonari Kronik (COPD), iaitu penyakit paru-paru yang mempengaruhi pernafasannya kerana tabiah merokok, sejak lima tahun lalu. 

 Menurut Farahdhiya, keadaan bapanya baik-baik sahaja sebelum meninggal dunia. 
 
“Cuma, selepas sarapan, dia mengalami sesak nafas.  Saya terus menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.  Namun, sebaik sahaja tiba di hospital, bapa sudah tiada lagi. 
 
“Sepanjang arwah menghidap penyakit berkenaan, dia sering keluar masuk hospital. 
 
“Saya reda dengan pemergiannya kerana selama ini, saya jarang berenggang dengannya.  Dialah nyawa saya. Setiap pagi, memang dialah orang pertama yang saya cari di bilik tidurnya.  Sayalah juga yang bertanya jika dia hendak makan atau apa sahaja kemahuannya,” kata pelantun lagu Yang Ku Puja itu.
 
Di antara rakan terawal yang berkongsi berita sedih ini itu adalah temannya, Yatie menerusi Instagram miliknya @yatiekitchen. 

 Kami dari team XTRA berdoa semoga Farahdhiya tabah dengan dugaan ini dan mendoakan semoga roh arwah bapanya dicucuri rahmat. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 13 Jul 2021

Arab Saudi Kini Iktiraf Vaksin Sinovac, Penerima Kini Boleh Tunai Haji & Umrah Di Makkah

Negara Arab Saudi telah memberi kebenaran untuk individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China, memasuki negara itu. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli […]

Featured Sat, 19 Mar 2022

Kerajaan Meluluskan Kadar Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Bermula 1 Mei Ini – PM

Alhamdulillah, berita baik buat semua rakyat Malaysia 🤩

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

Biar Orang Kutuk Broken English .. Yang Penting Dapat Jumpa..

Salah ke kalau temuramah dengan Broken English.. Tak kisahlah apa orang cakap yang penting dapat jumpa

Featured Tue, 21 Feb 2023
Hiburan Wed, 27 Dec 2017

韩国女团missA宣布解散

missA组合是韩国JYP Entertainment于2010年推出的女子组合,由两名中国成员孟佳、王霏霏,以及两名韩国成员裴秀智、李玟暎组成;日前JYP娱乐发布官方立场:missA合约到期,正式解散 。

Events Tue, 17 Sep 2019

19位歌手轮翻献唱!齐聚3大种族以音乐献爱心

齐聚3大种族力量,19位歌手轮翻献唱,以音乐为原住民部落发展基金筹款,亦欢庆马来西亚成立56周年日!