Categories: Program TVTV3

‘Dimensi AJL 37’ Papar Kisah Di Sebalik Tabir Anugerah Berprestij Ini

1986 merupakan tahun pertama berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL). Kini, setelah berdekad-dekad lamanya, AJL masih terus dikenali ramai sebagai anugerah yang berprestij tinggi dalam bidang muzik tanah air.

Setiap tahun, pertandingan muzik ini menerima penyertaan daripada barisan artis berbakat. Kehangatan pasti terasa, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mara ke pentas akhir.

‘Dimensi AJL 37’ memberi peluang bagi peminat seni untuk menyelami apa yang berlaku di sebalik tabir.

Rancangan ini menyoroti perjalanan 12 finalis AJL 37 yang terdiri daripada Alif Satar & The Locos, Dayang Nurfaizah & Amir Masdi, Ernie Zakri, Liza Hanim & Shila Amzah, Joe Flizzow & Sonaone, Marsha Milan, Aina Abdul, Iman Troye, Khai Bahar, Shiha Zikir, Noki & MK dan Naim Daniel.

Mereka sendiri bakal mengisahkan situasi yang dialami. Ini merangkumi rakaman studio, latihan vokal, persembahan langsung dan banyak lagi.

Salah satu fokus paparan ‘Dimensi AJL 37’ adalah persiapan untuk muncul sebagai pemenang Vokal Terbaik. Saksikan strategi Ernie Zakri untuk kembali mengungguli anugerah vokal terbaik setelah memenanginya pada AJL 35. Aina Abdul juga mengatur langkah untuk mempertahankan takhtanya setelah memenangi Vokal Terbaik pada AJL 36. Marsha juga merupakan pesaing kuat bagi anugerah ini. Memang sengit!

Selain itu, perkongsian Shiha Zikir dan Iman Troye yang membuat persembahan sulung di pentas akhir AJL juga bakal disiarkan.

Pembikinan piala AJL juga diperlihatkan menerusi rancangan yang berdurasi 60 minit ini. Perspektif oleh kumpulan produksi, pengarah muzik, kumpulan teknikal dan individu-individu yang terlibat dengan AJL 37 juga akan diketengahkan.

Jangan lupa untuk menyaksikan artis kegemaran anda menerusi ‘Dimensi AJL 37.’

Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram (@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

Cerita Apa? ‘Dimensi AJL 37’
Hari Apa? Sabtu, 29 April 2023
Jam Berapa? 12 tengah hari
Di Mana? TV3

Afiqah Azizan