Categories: Program TVTV3

Tonton Apa Hari Ni: ‘Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul III’

Bulan Ramadan tiba lagi. Seperti tahun-tahun sebelum ini, terdapat beberapa rancangan yang muncul kembali untuk menyerikan lagi kedatangan bulan mulia ini. Salah satu daripadanya adalah tayangan siri ‘Jejak Rasul.’

Tahun ini, kandungan yang diketengahkan dalam ‘Jejak Rasul’ merupakan kesinambungan siri Ulama Pewaris Rasul, sebuah siri dokumentari sejarah Islam Alam Melayu.

Terokai sejarah alim ulama yang bertapak di Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan bersama hos terkenal, Fedtri Yahya.

Institusi pondok yang berfungsi sebagai pusat pengajian Islam nusantara di negeri-negeri tersebut sejak empat kurun silam merupakan petunjuk kukuh tentang tradisi keilmuan sepanjang kurun ke-18 dan 19.

Di utara Semenanjung, fokus diberi terhadap impak kebangkitan Pulau Pinang sebagai pusat ekonomi British terhadap penyebaran dakwah Islam.

Selain itu, intipati utama siri kali ini adalah tentang kisah perjuangan Alim Ulama dan Pahlawan Melayu yang melawan penjajah Inggeris. Hal ini merangkumi kisah perjuangan Tok Gajah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau di Pahang dan Haji Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Terengganu dan Kelantan.

Antara persoalan yang bakal dirungkai menerusi siri kali ini adalah mengenai Kelantan sebagai negeri Islam pertama, Haji Abdul Rahman Limbong pemberontak atau pembela agama, gerakan Pahang menentang Inggeris dan keberertian Port Swettenham bagi agama Islam.

Hayati sejarah yang mengukuhkan penyebaran Islam di negara kita ini.

Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram (@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

Cerita Apa? ‘Jejak Rasul: Ulama Pewaris Rasul III’
Hari Apa? Sabtu & Ahad
Jam Berapa? 6.30 petang
Di Mana? TV3

Afiqah Azizan