Replicated Draft By: Nabihah April 10, 2023 @ 2:35pm

Individu OKU pekak luah rasa – ‘Jangan takut jumpa orang pekak, kami bukan pelik’

BAGI individu normal, melihat orang kelainan upaya (OKU) melakukan rutin harian biasa seperti bekerja atau berkomunikasi saja pun mungkin sudah nampak sukar.

Namun, bagi golongan itu sendiri, kekurangan pada diri mereka langsung tidak membebankan sebaliknya menjadi titik tolak untuk mereka terus bangkit mencipta kejayaan. 

Tidak lokek berkongsi mengenai kisah hidupnya membesar sebagai OKU pekak, Iskandar Mohamad Sazali, 21, berkata, dia sebenarnya dilahirkan normal seperti bayi biasa. 

Bagaimanapun, ketika berusia sembilan bulan, doktor mengesahkannya pekak. 

Cabaran ketika bersekolah

Ditanya mengenai cabaran sewaktu di bangku persekolahan, Iskandar berkata, ketika darjah satu dia bersekolah di sebuah sekolah integrasi yang mempunyai pelajar bercampur.

“Hanya saya seorang saja pelajar OKU. Segalanya sukar kerana semua pelajar lain boleh bercakap sehingga apabila diminta untuk memperkenalkan diri pun saya tak faham,” katanya.

Keadaan itu menyebabkan Iskandar tidak seronok untuk meneruskan sesi persekolahan.

Guru yang mengajar di kelasnya juga tidak dapat memberi tumpuan penuh kepada pelajar istimewa seperti Iskandar disebabkan faktor kekangan masa. 

“Ayah kemudiannya menghantar saya ke rumah saudara untuk belajar membaca,” katanya.

Perlu kuat, berani

Mengakui ayahnya yang juga Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia sebagai inspirasi, Iskandar berkata, dia mengimpikan untuk menjadi hebat seperti ayah.

“Ayah pernah menghantar saya menyertai program World of The Deaf Youth Section di Australia. Ia adalah program perkhemahan yang mengumpul semua remaja pekak serata dunia,” katanya.

Di situ, Iskandar terkejut melihat semua peserta OKU pekak bersikap lebih terbuka serta mampu menggunakan bahasa isyarat dengan begitu lancar dan yakin. 

“Sekembalinya di Malaysia, saya berkongsi dengan rakan-rakan supaya jangan malu dan tidak boleh pasif sebaliknya perlu aktif, kuat dan berani,” katanya.

Peranan MFD

Kini, Iskandar aktif membabitkan diri bersama Persekutuan Orang Pekak Malaysia/Malaysia Federation of the Deaf (MFD) bagi membantu komuniti pekak di Malaysia.

MFD giat melaksanakan advokasi dalam usaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai tanggungjawab mereka dalam komuniti OKU. 

Ini termasuk mencari penyelesaian untuk mengaplikasikan teknologi bagi kemudahan komuniti pekak serta melaksanakan program Pendidikan Awal Kanak-Kanak bagi membantu kanak-kanak OKU menguasai kemahiran asas dan bahasa isyarat.

“Harapan saya kepada masyarakat di luar sana, belajarlah bahasa isyarat. Jangan takut sekiranya terserempak dengan kami kerana kami bukan orang pelik.

“Kami juga sebahagian daripada masyarakat dan jangan pernah menganggap kami lain daripada yang lain.

“Dengan adanya persefahaman dalam komunikasi, perhubungan kami dengan masyarakat sekeliling tidak lagi terbatas,” katanya. 

Santuni komuniti OKU pekak bersama CSR

Ramadan ini, syarikat Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) menyantuni komuniti OKU pekak menerusi program tanggungjawab sosial korporat OhKasih bersama MFD.

Rakyat Malaysia dijemput untuk menyalurkan sumbangan ikhlas kepada MFD menerusi akaun bank di bawah: 

Nama Bank: United Oversea Bank (Malaysia) Bhd

Nama Akaun: Persekutuan Orang Pekak Malaysia

Nombor Akaun: 1673 02 4047

Swift Code: UOVBMYKL

Lebih menarik, CSR juga akan menggandakan nilai sumbangan jika anda memasukkan kod “CSR” pada bahagian ‘Recipient Reference’ sewaktu melakukan transaksi sumbangan.

Tonton perkongsian Iskandar menerusi video OhKasih. Sesi temubual dalam video ini dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa isyarat. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 29 Mar 2023

6 Produk Corvan Ni Korang Wajib Ada Untuk Raya Lebih Bergaya!

Photo credits: @_sarahmohdshah (Corvan Spot Cleaner S6) & @its.shareenaz (Corvan K18 Pro) Selesai berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri pula yang disambut. Banyak persiapan perlu dibuat. Kena beli baju raya, pasang langsir baru, sediakan […]

Replicated Draft Mon, 24 Apr 2023

Dibawakan Khas Oleh foodpanda, Team SEISMIK TV Kembali Lagi Dalam Raya Hari Ini 2.0

Pejam celik pejam celik dah pun tibanya hari lebaran yang kita nantikan bersama-sama selepas sebulannya berpuasa di bulan Ramadan Team SEISMIK TV juga tidak ketinggalan dalam meraikan Hari Raya Aidlifitri ini bersama dengan menerbitkan sebuah […]

Replicated Draft Fri, 7 Apr 2023

Kekal Mulus, Berseri Di Pagi Raya Dengan Kiehl’s

Apabila tiba musim perayaan, pasti ramai sudah mula sibuk mempersiapkan pakaian, kuih-muih dan duit raya. Namun, bagaimana pula dengan penampilan wajah? Wajah yang kelihatan lesu dan kusam akan menjejaskan penampilan anda di pagi raya sekali gus […]

Replicated Draft Tue, 9 Apr 2024

IJM Land Bawa Kelainan Dengan Filem Pendek Raya “Rindu-rinduan Anak Bulan”.

Saban tahun menjelang Hari Raya, kita selalu menantikan video atau filem pendek Raya yang membawa pelbagai mesej dan makna yang tersirat. Yang pasti, semuanya menyampaikan input yang bermakna dan meninggalkan kesan di hati penonton. Sempena […]

Replicated Draft Thu, 13 Apr 2023

Offline Bersama Pepsi, Hulurkan Tangan Buat Komuniti Memerlukan

Waktu makan ketika musim perayaan biasanya adalah masa untuk kita berhubung semula dengan yang tersayang. Namun, telefon pintar dan teknologi semakin menggangu dalam meluangkan masa menjalinkan hubungan erat dengan insan tersayang ketika waktu makan.

Replicated Draft Wed, 30 Aug 2023

Terbukti Efektif Untuk Detoks Kulit, #CTheDifference Rasakan Perbezaan Apabila Korang Menggunakan Pembersih Wajah Ini!

Masih tercari-cari pencuci muka yang mampu membersihkan wajah secara mendalam tetapi lembut pada kulit? Jangan bimbang… kini, korang tak perlu rasa ragu-ragu lagi apabila membersihkan wajah menggunakan pencuci muka Extra Bright C&HYA Vitamin Whip Foam daripada […]

Replicated Draft Wed, 26 Apr 2023

Wah, Raya Ini Lebih Meriah Dengan Peranti Baharu Samsung

Baju, kuih dan duit raya antara keperluan rakyat Malaysia setiap kali menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pastinya, semua itu sudah disiapkan sebelum atau di awal bulan Ramadan bagi mengelakkan kesibukan menjelang Aidilfitri ditambah perjalanan pulang […]

Replicated Draft Wed, 27 Dec 2023

Kentang & Lemon Mampu Hilangkan Bintik Hitam Hanya Mitos Je? Jom Kami Spill Satu Bahan Ajaib Ni!

Memiliki kulit wajah yang sihat, glowing sememangnya merupakan satu anugerah tau. Zaman sekarang ni bukan sahaja wanita, lelaki pun dah mula menitik beratkan tentang penjagaan kulit. Bukan nak cakap apa lah, kita ni memang pantang […]

Replicated Draft Sat, 30 Sep 2023

Semua Luka Boleh Sembuh? Ini Kesilapan Yang Korang Sering Lakukan Ketika Merawat Luka!

Seperti yang sedia maklum, luka boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai sebab dan alasan. Min percaya, kita semua pernah mengalami luka pada tubuh betul tak? Kadang-kadang tu tengah syok baca buku pun jari boleh terluka disebabkan […]

Replicated Draft Fri, 24 Mar 2023

Dapatkan Pakej Bufet Ramadan Dengan Potongan Harga Menarik Bersama Klook

Berkumpul dan berbuka puasa bersama ahli keluarga sememangnya menjadi aktiviti yang wajib dilakukan setiap kali menjelangnya Ramadan. Selain dari membeli makanan di bazar, pakej bufet Ramadan yang ditawarkan di pelbagai hotel dan restoran turut menjadi […]