Sihat By: tex_admin October 15, 2018 @ 4:00pm

10 Jenis Makanan Ini Tinggi Kandungan Garam. Mungkin Ada Antaranya Yang Selalu Anda Makan!

Kalau anda nak tahu, rakyat Malaysia mengambil kira-kira 7.15 gram garam sehari iaitu bersamaan 1 setengah sudu teh. Kuantiti tersebut hampir 2 kali ganda daripada saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Banyak kan? Penulis percaya, mungkin dalam kalangan kita tak perasan pun kuantiti garam yang kita ambil, sebab kita hanya makan saja! Tak pernah fikir tentang jenis-jenis makanan tersebut memiliki kuantiti garam yang tinggi ataupun tidak.

Sebenarnya, garam adalah pembunuh senyap! Ini kerana, terdapat pelbagai risiko pengambilan garam yang berlebihan antaranya:

  • Hipertensi
  • Kanser
  • Kegagalan buah pinggang
  • Strok
  • Penyakit jantung

Mungkin, anda tak percaya kan? Tapi, inilah faktanya! Jadi, penulis nak kongsikan 10 jenis makanan yang mungkin selalu anda makan dan mengandungi kadar garam yang tinggi. Jom kita semak!

1. Udang kering

Foto: Alibaba.com

2. Keropok lekor

Foto: Kemaman Fat Boy

3. Kicap

Foto: Redtick

4. Ikan Masin

Foto: Keluarga

5. Mi segera

Foto: SirapLimau

6. Cencaluk

7. Sos tiram

Foto: GoHalal.com.my

8. Budu

Foto: Budu Rasa Sayang

9. Sambal belacan

Foto: Malaysian Chinese Kitchen

10. Sos cili / tomato

Foto: Lezzet.com.tr

Sebenarnya, tak salah nak makan semua jenis makanan yang penulis senaraikan itu. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengurangkan pengambilannya dan kurangkan garam dalam masakan anda.

Lagi bagus anda gantikan garam dengan perencah asli seperti lada hitam, limau nipis dan sebagainya dalam masakan harian. 

Jalani juga saringan kesihatan untuk mengetahui tahap risiko kesihatan anda, sama ada sihat ataupun tidak. Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Sun, 12 May 2019

Tua sebelum usia, progeria belum menemukan penawarnya…

Jangka hayat mereka biasanya tidak melebihi usia 13 tahun.

Sihat Sun, 26 Aug 2018
Sihat Thu, 3 May 2018

Boleh Bersalin Normal Ataupun Tidak? Ketahui Apa Itu Kedudukan Bayi Songsang Dalam Kandungan

Jangan panik kalau disahkan kehamilan anda songsang. Sebaliknya, ketahui perkara-perkara ini.

Featured Mon, 16 Jul 2018

Jerawat Belakang Badan Ganggu Emosi Anda? Ikut Saja Tip Mudah Ini

Jerawat belakang badan tumbuh akibat perubahan hormon.

Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.

Featured Thu, 23 May 2019
Sihat Wed, 10 Jul 2019

Enak dimakan, boleh kurus pula tu!

Jom mulakan pagi dengan sarapan enak di dalam balang setiap hari!

Sihat Thu, 25 Apr 2019

6 teknik senaman paling bagus untuk wanita hamil

Jangan bersenam sesuka hati, ya!

Sihat Fri, 27 Apr 2018

Perhatian Buat Peminat Telur Separuh Masak. Hati-Hati Dengan Kuman Ini!

Awas! Bagi anda yang suka makan telur separuh masak!