Sihat By: Ad Ops June 29, 2018 @ 5:00pm

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Kanser boleh terjadi di mana-mana bahagian badan, serta menyebabkan hampir semua jenis symptom atau petanda.

Kadangkala, tanda-tanda ini langsung tak kita ignore, tapi ada juga masa yang petanda ini tak berapa jelas dan ketara sampai kita langsung tak hiraukannya.

Namun begitu, mengenalpasti tanda-tanda kanser adalah penting kerana penyakit merbahaya ini lebih elok disembuhkan ketika ia masih di dalam peringkat awalnya.

Supaya anda sentiasa bersedia, anda juga perlu tahu tanda-tanda kanser yang mungkin anda takkan perasan pada mulanya.

1. Keletihan

Rasa letih memang biasa, tapi anda perlu hati-hati dengan fatigue (rasa letih yang tak hilang-hilang walaupun setelah berehat) kerana ia merupakan satu petanda yang senang untuk kita tak perasan.

Jika anda mengalami fatigue, analisa dahulu. Anda mungkin tidak mendapat tidur yang mencukupi atau memakan ubat yang menyebabkan anda rasa tak bermaya.

Kalau itu bukan puncanya, silalah berjumpa dengan doktor.

2. Bintik timbul di permukaan kulit

Satu perkara yang sering kita terlepas pandang ada kanser kulit dan luka. Kanser kulit tak semestinya nampak buruk dan menakutkan. Ia boleh juga menyerupai bengkak yang berwarna merah jambu.

Melanoma, jenis kanser kulit yang paling merbahaya, tak semestinya berwarna langsung dan boleh terjadi di bahagian badan yang pelik, seperti di bawah kuku tangan atau kaki.

Untuk mengetahui jika kita ada kanser kulit atau tak, kita kena alert jika ada apa-apa perubahan yang berlaku.

Luka yang tak baik-baik adalah satu lagi tanda kanser kulit. Contohnya, jerawat yang berdarah tapi tak pulih untuk masa yang lama.

3. Penurunan berat badan yang tak dapat dijelaskan

Jika anda hilang 5kg tanpa sebarang effort, pergi jumpa doktor cepat. Penurunan berat badan yang tak tahu apa sebabnya adalah tanda untuk kanser pankreas, perut, esofagus dan paru-paru.

4. Ruam di payudara

Tanda paling terkenal untuk kanser payudara adalah breast lump, tapi ada tanda-tanda lain yang anda perlu tahu juga.

Perubahan pada kulit payudara anda, seperti ruam, keradangan atau kekeringan, juga boleh menunjukkan kanser.

Ingat, payudara adalah satu bahagian badan yang jarang sekali ada ruam. Jika anda ada, anda perlu rujuk doktor.

5. Cepat rasa kenyang

Kanser ovari memang susah untuk kita detect di tahap awalnya. Satu petanda yang possible adalah kekenyangan yang cepat. Makan sikit saja dah kenyang.

6. Perut kembung

Foto: Alamy

Jika seorang wanita itu melaporkan rasa sakit di abdomen atau tulang pelvis, peningkatan saiz abdomen atau kekembungan perut, dan ia berlaku lebih 12 kali setiap bulan, dia di dalam bahaya!

7. Tiada selera

Pada masa yang sama, selera yang kurang boleh juga menjadi petanda. Menurut US National Institutes of Health, ia menunjukkan kanser kolon, ovari, perut atau pankreas.

8. Demam

Jangan main-main, demam pun boleh jadi petanda kanser darah seperti leukemia atau lymphoma! Selalunya, ia bermakna kanser tersebut telah merebak ke bahagian badan yang lain.

9. Rasa sakit

Mana-mana rasa sakit yang tak mungkin berpunca daripada aktiviti harian anda berpontensi untuk menjadi petanda kanser. Contohnya, kalau anda bekerja keras di gym, memang ada sebablah untuk badan anda rasa sakit. Tapi jika anda tiba-tiba rasa sakit kaki dan ia tak juga hilang 3 hari kemudian, ada masalah di situ.

10. Anemia

Seseorang itu mengalami penyakit anemia apabila dia tidak cukup sel darah merah yang sihat dan normal dalam badan. Anemia akibat kekurangan zat besi boleh terjadi akibat kehilangan darah.

Anemia jenis ini adalah jenis yang paling common dan boleh terjadi kepada wanita yang haidnya turun dengan banyak. Tapi jika punca anemianya tak boleh dijelaskan, itu mungkin sebab dia menghidapi kanser kolon atau rektum.

Sesetengah kanser seperti ini akan menyebabkan pendarahan ke dalam usus. Dalam jangka masa lama, kehilangan darah tersebut pula akan menyebabkan anemia. Masalahnya, darah tersebut tak semestinya dapat dilihat dengan jelas melalui najis kita.

Ingat ya, ujian darah yang menunjukkan kekurangan sel darah merah adalah satu tanda awal untuk kanser usus.

11. Ada perubahan dalam proses buang air

Foto; Thinkstock

Perubahan dari segi pergerakan usus atau air kencing boleh menunjukkan tanda-tanda untuk jenis kanser yang berbeza.

Darah di dalam najis mungkin bermakna anda menghidap kanser perut atau usus. Sakit-sakit lain seperti cirit-birit atau sembelit yang tak elok-elok selama beberapa hari, juga adalah tanda-tanda kanser usus.

Untuk kaum lelaki, kesan darah di dalam air kencing, keperluan untuk kencing selalu pada waktu malam, keperluan untuk kencing yang datang secara tiba-tiba, atau pengeluaran air kencing yang tak deras, boleh menunjukkan kanser prostat.

Untuk wanita pula, rasa nak kencing yang timbul dengan selalu atau urgent adalah tanda-tanda kanser ovari.

Walau bagaimanapun, sesetengah perubahan tabiat kencing boleh indicate kanser buah pinggang dan pundi kencing. Jadi anda perlu sentiasa alert!

Jangan panik!

Simptom penyakit kanser berbeza-beza dari segi jenis, saiz dan lokasi di badan pesakitnya.

Namun begitu, tak semua tanda-tanda yang disebut di atas menunjukkan anda sebenarnya menghidap kanser. Dan tak semuanya memerlukan pemeriksaan doktor.

Pemeriksaan yang tak perlu pun boleh mendatangkan kesan buruk terhadap individu tersebut, bukan saja dari segi kewangan, tapi juga psikologi.

Jika anda rasa anda mengalami petanda-petanda di atas, jangan panik. Berikan ia masa dan lihat jika ia hilang atau sembuh. Kalau tak, barulah anda pergi berjumpa dengan doktor, okay?

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Apr 2020

Kaji Selidik Solidariti fokus empat regimen rawatan COVID-19

Pesakit turut dikenal pasti sertai kajian

Sihat Fri, 18 Jan 2019
Sihat Wed, 1 Aug 2018

Jangan Terlalu Asyik Menghayati Suasana Rimba Sampai Terbawa Pulang 3 Penyakit Ini

Antara penyakit yang mungkin dijangkiti semasa beriadah di dalam hutan adalah Leptospirosis, Malaria dan Melioidosis.

Sihat Tue, 14 Aug 2018

Internet Untuk Remaja Malaysia Akan Dihadkan Dari Pukul 12 Ke 6 Pagi Setiap Hari?

Ini adalah untuk mencegah ketagihan terhadap kemudahan teknologi ini.

Featured Wed, 18 Mar 2020
Sihat Tue, 17 Sep 2019
Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Sun, 22 Mar 2020

Malaysia catat 4 kematian baharu akibat COVID-19

Dua daripadanya berkaitan jemaah tabligh

Featured Thu, 2 Aug 2018

Jangan Tahan Bersin Jika Tidak Mahu Saluran Dalam Otak Pecah

Menahan bersin berkemungkinan menyebabkan tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah.

Featured Fri, 19 Oct 2018

Kenali Apa Itu Omega 3 Yang Sangat Diperlukan Oleh Tubuh

Omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung!