Sihat By: Ad Ops July 9, 2019 @ 10:00am

5 cara tangani migrain ketika di tempat kerja

Tidak kiralah sebanyak mana seseorang itu suka akan pekerjaannya, pasti ada kalanya berasa tertekan.

Lagi teruk jika anda sering mengalami migrain. Prestasi kerja dan produktiviti boleh terjejas kerana sakit kepala yang teruk boleh membuat seseorang itu tidak mampu untuk melakukan kerja.

Dr Merle Diamond, pemilik sebuah klinik sakit kepala di Chicago, berkongsi cara-cara untuk mengurus migrain di tempat kerja dan juga mengelaknya daripada timbul.

Bagaimana untuk mencegah migrain di tempat kerja?

Lebih baik anda mencegah daripada mengubati. Jadi untuk kurangkan faktor-faktor yang boleh menyebabkan migrain, anda perlu ubah suai rutin kerja dan persekitaran pejabat sebanyak mungkin.

“Anda patut tetapkan rutin yang kukuh dan ikutinya betul-betul,” kata Merle.

Ia termasuklah bangun dan tidur pada waktu yang tetap setiap hari, pastikan badan cukup terhidrat, tidur siang (nap) pendek-pendek sahaja dan jangan tertinggal makan.

Sesetengah orang yang alami migrain mungkin patut elak daripada menggunakan lampu kalimantang, kerana lampu yang terang boleh mengakibatkan sakit kepala.

Sama juga dengan bau yang kuat seperti minyak wangi rakan sekerja anda.

Anda mungkin tidak boleh mengubah semua aspek persekitaran pejabat anda, tetapi anda cuma perlu menyesuaikan apa yang anda boleh kawal supaya migrain tidak menyerang selalu.

Foto: Time Magazine

Apa nak buat jika anda dapat migrain di tempat kerja?

Tidak semua usaha pencegahan efektif setiap masa. Jika anda kerap mengalami migrain, Merle mencadangkan anda berehat selama 20 ke 30 minit di lokasi yang senyap dan jauh daripada meja kerja anda. Makan juga sebarang ubat migrain yang doktor berikan, jika ada.

Sesetengah orang menggunakan kafein untuk melawan simptom migrain. Merle berpendapat ia hanya berkesan jika anda tidak menggunakannya secara berlebihan.

“Jika anda minum empat cawan latte setiap hari, anda mungkin akan rasa sakit kepala disebabkan oleh pengambilan kafein anda yang berlebihan,” katanya.

Sebaliknya, Merle juga mengesyorkan anda ambil kafein kurang daripada 80mg ke 100mg sehari, iaitu sama dengan secawan kopi.

Bila patut saya pulang ke rumah?

Migrain bukan selalu hilang dengan cepat. Kadangkala anda perlu tahu bila anda patut berhenti membuat kerja jika rasa sakit itu tidak baik-baik.

Sesetengah orang tahu migrain mereka tidak akan hilang berdasarkan kadar kesakitan yang dirasai ataupun faktor lain seperti rasa loya.

Dalam kes ini, amat penting bagi anda untuk pulang dan tidur serta berehat bagi menyiapkan diri untuk hari kerja seterusnya. Lebih baik anda pulang daripada terus menderita.

Maklumkan kepada majikan awal-awal supaya dia tahu yang kadangkala anda perlu pulang tanpa dijangka. Hati-hati juga apabila pulang ke rumah, ya!

Apabila anda ke pejabat semula, Merle tekankan yang anda tidak patut tenggelamkan diri dengan kerja.

“Seseorang itu akan rasa ketinggalan kerana mengambil cuti sakit. Jadi mereka akan rasa risau jika mereka tidak mampu untuk siapkan kerja dalam waktu yang ditetapkan.”

Sebaliknya, relaks sahaja apabila anda sambung membuat kerja. Stres yang berlebihan boleh menyebabkan migrain!

Foto: National Headache Foundation

Bagaimana patut anda beritahu majikan mengenai migrain anda?

Perbualan dengan majikan atau rakan sekerja mengenai migrain anda berpotensi untuk menjadi rumit, lebih-lebih lagi jika mereka beranggapan anda sedang cuba mendapatkan layanan istimewa.

Merle mengesyorkan anda memaklumkan terlebih dahulu mengenai serangan migrain anda. Pada masa yang sama, pastikan mereka sedar yang anda betul-betul komited dalam melaksanakan sebarang tugasan.

Bilakah anda patut pertimbang untuk dapatkan rawatan?

Berjuta-juta orang di Malaysia mengalami migrain tetapi tidak ramai yang membincangkan simptom mereka dengan doktor.

Ubat di atas kaunter memang berkesan bagi sesetengah pihak, tetapi bagi mereka yang mengalami migrain kronik, mereka memang patut merujuk nasihat pakar.

Migrain kronik yang dimaksudkan melibatkan rasa sakit kepala di dalam 15 hari atau lebih pada setiap sebulan untuk lebih daripada tiga bulan. Pada sekurang-kurangnya lapan hari setiap bulan, individu ini akan rasai simptom-simptom migrain.

Jangan tunggu-tunggu, dapatkan rawatan segera!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Aug 2018

Malas Bersenam? Hidu Jenis Makanan Ini Sekerap Mungkin Untuk Dapatkan Tubuh Idaman Anda

Menghidu epal hijau dan pisang dipercayai mampu membantu anda mengurangkan selera makan.

Sihat Fri, 29 Mar 2019

Tanda-tanda leukemia dalam kalangan kanak-kanak

Gajalanya lebih kurang sama dengan penyakit biasa, jadi hati-hati ya!

Sihat Mon, 20 Aug 2018

Solekan Mineral Lindungi Kulit Daripada Sinar Matahari Serta Elak Kanser Kulit

Sinaran matahari boleh mengakibatkan kulit keradangan atau melepuh.

Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.

Sihat Wed, 11 Jul 2018

Alat Permainan Kanak-Kanak Sebar Kuman Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Sila bersihkan alat permainan anak dengan kerap!

Sihat Thu, 6 Dec 2018
Featured Sun, 29 Mar 2020
Sihat Thu, 5 Jul 2018

Nak Rambut Cepat Panjang? Guna Sahaja Bahan Semulajadi Ini

Rambut anda akan cepat panjang, cantik dan sihat bila amalkan tip ini

Sihat Tue, 20 Nov 2018

Menghindari Diabetes, Satu Daripada 6 Manfaat Berjalan Kaki 15 Minit Selepas Makan!

Berjalan selepas makan cukup hanya 15 minit, akan membuat paras gula darah menurun sebanyak 12 hingga 22 peratus.

Sihat Thu, 13 Dec 2018