Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Sihat By: Bibi Ramli June 11, 2019 @ 1:00pm

5 fakta penting mengenai pneumonia yang anda perlu tahu

Dada rasa seolah-olah terhimpit dan kadangkala mengalami kesukaran untuk bernafas. Anda juga terasa mengah dan batuk dengan kuat sehingga badan berasa sakit.

Selain itu, anda mengalami rasa letih yang teruk, demam pula menyerang hingga badan menggigil kesejukan.

Semua ini adalah tanda penyakit pneumonia, sejenis jangkitan paru-paru serius yang telah mengambil nyawa beratus ribu mangsa di seluruh dunia saban tahun.

Pneumonia boleh dielakkan jika anda faham mengenai risikonya dan dapat mengesannya sebelum mencapai tahap memudaratkan.

Berikut adalah perkara penting yang anda perlu tahu mengenai penyakit ini:

Apa itu pneumonia?

Boleh berlaku akibat jangkitan virus, bakteria ataupun kulat. Pneumonia bukan mudah berjangkit, tetapi kuman yang menyebabkannya boleh berjangkit.

Jika berpunca daripada virus, penyakit ini boleh berkembang menjadi pneumonia bakteria dengan mudah dan ia sangat merbahaya.

Pneumonia berlaku apabila kantung angin (atau alveoli) di dalam paru-paru dipenuhi dengan air atau nanah. Alveoli bertanggungjawab untuk menukarkan gas oksigen kepada karbon dioksida dalam badan kita. 

Seseorang itu akan mengalami kesukaran utnuk bernafas dan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Tanpa rawatan, kadar oksigen boleh menurun pada kadar yang membahayakan.

Pneumonia boleh berlaku kepada satu atau kedua-dua paru-paru anda (double pneumonia). Anda juga boleh menghidapi penyakit ini tanpa mengetahuinya (walking pneumonia).

Foto: Health Magazine

Faktor risiko

Kebanyakan orang yang sihat boleh melawan pneumonia dengan mudah, tetapi itu bukan hakikatnya bagi kanak-kanak dan orang tua serta mereka yang mempunyai imunisasi yang lemah.

Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), lebih daripada 2,500 kanak-kanak di seluruh dunia maut akibat pneumonia setiap hari. Kebanyakan mangsa berusia kurang daripada dua tahun, menjadikan pneumonia sebagai faktor kematian tertinggi dalam kalangan bayi.

Selain itu, seseorang yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, masalah buah pinggang, sakit jantung, HIV/AIDS atau penyakit paru-paru juga berisiko tinggi.

Begitu juga mereka yang melakukan rawatan kemoterapi atau mereka yang mengambil ubat yang mengawal atau mengurangkan tindak balas imun.

Merokok atau meminum alkohol juga boleh meningkatkan risiko anda untuk menghidap pneumonia.

Gejala

Kebanyakan gejala pneumonia sebenarnya menyerupai tanda-tanda selesema dan influenza. Jadi bagaimana untuk membezakannya?

Secara umumnya, selesema selalunya datang dengan perlahan, iaitu melalui hidung berhingus atau tekak yang sakit.

Jika anda mengalami gejala berkenaan ditambah pula dengan demam, sakit badan dan kepala yang menyerang dengan cepat, itu bermakna anda mengalami influenza.

Jika pneumonia yang dialami itu disebabkan oleh virus, antara gejala awal akan tampak seperti influenza: batuk kering, demam, sakit kepala, badan kesejukan, keletihan terlampau, tiada selera dan sakit otot.

Tetapi batuk itu akan menjadi lebih teruk dan mengeluarkan kahak. Demam dan pernafasan juga bertambah teruk. Anda mungkin akan rasa sakit dada yang mencucuk dan bibir menjadi kebiruan.

Mereka yang menghidap pneumonia akibat bakteria akan mengalami demam panas (setinggi 40.5°C), kuat berpeluh, bernafas dengan laju dan sukar dan mempunyai kadar nadi yang tinggi.

Kuku penghidap juga tampak biru kerana kekurangan oksigen, Jika anda mengalami simptom begini, sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

Foto: Roswell Park

Rawatan

Untuk memastikan sama ada anda menghidap pneumonia, doktor akan melakukan pemeriksaan sinaran X yang dapat menunjukkan kantung alveoli anda dengan jelas.

Rawatan penyakit ini bergantung kepada puncanya. Bagi pneumonia virus, ubat antivirus akan diberikan, manakala untuk pneumonia akibat kulat atau bakteria, antibiotik akan diberikan.

Langkah pencegahan

Cara terbaik untuk mencegah pneumonia adalah menerusi vaksinasi. Pneumonia selalunya terjadi selepas anda dijangkiti influenza, justeru anda disaran untuk mendapatkan vaksin influenza setiap tahun.

Bagi mereka yang tinggal dalam populasi yang berisiko tinggi, tiga jenis vaksin kini disediakan: PCV13 (pneumococcal conjugate vaccine), PPSV23 (pneumococcal polysaccharide vaccine) dan Hib (Haemophilus influenzae type b vaccine).

Setiap satu mempunyai risiko dan kebaikan tersendiri, jadi semak dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui vaksin yang mana yang selamat untuk anda dan keluarga.

Semak juga gambar rajah mengenai pneumonia yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah ini.

Jangkitan kuman di paru-paru atau Pneumonia boleh berjangkit melalui pernafasan.

Hadkan hubungan anda dengan mereka yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit ini. pic.twitter.com/MRqQbqROkV

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) June 10, 2019

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Aug 2018

5 Langkah Untuk Mengurangkan Pengambilan Gula

Antara sebab penyakit menyerang adalah disebabkan pengambilan gula yang berlebihan.

Featured Mon, 2 Dec 2019
Sihat Sat, 5 May 2018

Tak Perlu Lagi Bersenam, Dengan Menghidu 5 Jenis Makanan Ini Saja Boleh Kurus

Untuk anda yang ingin kurus, terdapat beberapa jenis makanan yang berupaya mengurangkan berat badan secara effortless.

Sihat Tue, 25 Dec 2018

Beribu Orang Kunjungi Bandar Artik Ini Setiap Tahun Untuk Melawat ‘Perkampungan’ Santa Claus!

Pengunjung juga berkesempatan untuk berjumpa dengan lelaki berbaju merah ini!

Featured Fri, 27 Apr 2018

Sakit Kepala? Urut Badan Anda Di 11 Bahagian Ini Untuk Merawatinya

Sakit kepala? Tak payah telan pil, tak payah gosok minyak, tak payah hentak kepala.

Sihat Mon, 3 Dec 2018

Doktor Ini Kongsi 10 Tip Penjagaan Luka Berkhatan

Perlu jaga dengan betul kalau tak nanti bentan!

Sihat Mon, 30 Jul 2018

Ibu Ini Guna 100% Rawatan Tradisional Rawat Anak Hidap Penyakit HFMD. Memang Berkesan!

Guna daun mambu, besak sejuk dan serbuk kunyit untuk rawat ruam penyakit HFMD.

Sihat Tue, 18 Sep 2018
Sihat Wed, 16 Jan 2019
Sihat Mon, 29 Jul 2019

| Live TV