Sihat By: tex_admin April 30, 2019 @ 5:49pm

5 jangkitan selepas bersalin yang anda perlu ambil tahu

Oleh: Syarifah Fatin Anisa

Bersalin adalah proses yang kadangkala mengambil masa yang lama dan menyakitkan.

Banyak risiko yang harus dihadapi semasa proses melahirkan anak, namun ramai  yang mengambil mudah mengenai penjagaan khusus selepas bersalin dan berpantang.

Ini kerana, selepas melalui proses yang menyakitkan ini sama ada secara semula jadi atau pembedahan, terdapat beberapa tanda jangkitan yang anda perlu ambil tahu.

Pendarahan selepas bersalin

Pendarahan yang berlaku selepas melahirkan adalah normal tapi jika ia berlaku secara berterusan selepas hari pertama, anda mungkin sedang mengalami tumpah darah.

Ia kebiasaannya berlaku disebabkan oleh proses bersalin yang sangat lama, melahirkan kembar atau mengalami jangkitan.

Jangkitan mungkin berlaku disebabkan oleh luka pada bahagian rahim, serviks dan vagina.

Foto: Discover Magazine

Jangkitan pada Rahim

Selepas melahirkan anak, uri akan ditolak daripada faraj 20 minit kemudian, namun jangkitan kebiasaannya akan berlaku apabila terdapat sebahagian uri yang masih melekap dalam rahim.

Tanda utama jangkitan adalah bau busuk, rahim membengkak, demam panas atau kiraan sel darah putih yang tinggi.

Doktor akan memberikan antibiotik intravena untuk mencegah jangkitan daripada menjadi lebih teruk.

Foto: Dailyhunt

Jangkitan pada luka pembedahan Caesarean

Bayangkan perut anda dibelah bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan?

Sudahlah prosedur itu sendiri sangat mengerikan, ditambah pula dengan jangkitan pada luka tersebut! Bertambah kengeriannya!

Perkara utama yang haruslah diingati adalah elakkan menggaru luka dan mengikut arahan yang diberikan oleh doktor mengenai cara penjagaannya.

Sakit di bahagian perineum

Jika anda melahirkan secara semula jadi, kesakitan di kawasan antara faraj dan rektum atau lebih dikenali sebagai perineum adalah normal.

Tisu di kawasan mungkin telah koyak atau tegang sewaktu proses bersalin.

Antara cara yang anda boleh lakukan untuk memastikan tiada jangkitan akan berlaku adalah membersihkan diri dari bahagian hadapan ke belakang.

Foto: Being The Parent

Cecair yang banyak dari bahagian intim

Beberapa minggu selepas bersalin, bahagian intim wanita akan mengeluarkan banyak cecair yang dikenali sebagai darah nifas, darah beku (darah bantal) dan sisa uri yang tertinggal.

Pada mulanya, ia akan menjadi merah berserta dengan gumpalan darah. Setelah itu, ia akan beransur-ansur menjadi merah jambu dan seterusnya kekuning-kuningan sehinggalah berhenti sama sekali.

Ia sepatutnya berhenti atau menjadi kurang sekitar dua minggu selepas bersalin.

Foto: siakapkeli.my

Jika ia masih berwarna gelap walaupun beberapa minggu berlalu, berjumpalah dengan doktor sakit puan dengan serta-merta.

Jaga kebersihatan Miss V anda terutamanya selepas bersalin!

Sumber: TheAsianParent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Dec 2018

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Pengambilan vitamin secara berlebihan memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Sihat Tue, 10 Dec 2019
Sihat Wed, 16 May 2018

5 Elemen Alam Dan Makanan Multiwarna Yang Bermanfaat Untuk Organ Dalaman

Makanan berasaskan lima warna ini iaitu merah, kuning, hijau, putih dan hitam dikatakan mempunyai kaitan dengan 5 elemen alam dan ia sangat bermanfaat untuk organ dalaman seseorang. 

Featured Mon, 30 Mar 2020
Featured Fri, 20 Mar 2020
Sihat Fri, 4 Oct 2019

Payudara bernanah mungkin abses payudara

Jangan ambil mudah bengkak susu

Sihat Thu, 17 Oct 2019

Bahagian intim berbau? Awasi ‘tombong’ musuh wanita!

Jangan dibiar, anda mungkin kehilangan rahim.

Featured Thu, 2 Apr 2020

Kes import punca jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat

Penguatkuasaan fasa kedua PKP diperketat

Sihat Mon, 16 Jul 2018