Sihat By: Yanie Baharom November 2, 2018 @ 1:00pm

5 Jenis Makanan Ini Berupaya Mengatasi Masalah Selesema Anak Tanpa Perlu Makan Ubat

Kanak-kanak apabila mengalami selesema dan badan kurang sihat, mereka akan menangis dan merengek hingga membuatkan ibu susah hati!

Tanda-tanda biasa dialami kanak-kanak yang jatuh sakit, salah satunya hilang selera makan. Lebih-lebih lagi ketika selesema, tekak menjadi tawar. Bukan setakat kanak-kanak, senario ini juga dialami orang dewasa.

Katakanlah, anak anda menghidap selesema tetapi sejenis yang susah makan ubat atau kehabisan ubat di tengah malam, cuba berikan mereka lima jenis makanan ini, nescaya masalah selesemanya akan berkurangan.

Selain berkhasiat dan boleh bantu anak pulih dengan lebih cepat!

5 jenis makanan yang berupaya menghilangkan selesema anak

1. Madu

Foto: britannica

Madu merupakan antibiotik yang kuat dan ia lebih baik daripada ubat batuk yang dibeli dari farmasi. Ia dapat mengurangkan batuk, selesema dan sakit tekak.

Caranya, berikan setengah sudu besar cairan madu dan minum dengan segelas air sebelum tidur. Namun, madu tidak sesuai diberikan pada bayi bawah umur setahun.

2. Sup ayam

Foto: Chicken.ca

Kajian menunjukkan, makan sup ketika selesema dapat mengurangkan keradangan dan membantu melawan panas dengan pelbagai cara seperti:

Rembesan mukus lebih cair dan meringankan hidung, dada dan tekak. Menyediakan nutrisi baik setelah meletakkan bahan-bahan tertentu seperti sayur-sayuran ke dalam sup tersebut.

Karbohidrat dari mi dapat meningkatkan tenaga yang diperlukan. Selain sup ayam, anda juga boleh buat sup sayur, sup bebola ikan, sup ikan merah dan sebagainya. Asalkan anak suka dan seleranya bertambah.

 3. Vitamin C

Foto: health.com

Pengambilan vitamin C dapat membantu mengurangkan gejala selsema.

Vitamin C yang dimaksudkan ini bukanlah ubat yang dibeli dari farmasi, tapi makanan segar yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayur-sayuran.

Untuk itu, pastikan anda beri pada anak setiap hari supaya dapat meningkatkan daya tahan tubuh mereka.

Di sini terdapat sumber Vitamin C semula jadi iaitu:

Strawberi, brokoli, oren, tomato, kiwi, betik, labu, potato manis. Jika anak enggan makan buah-buahan ini ketika selesema, anda boleh sediakan dalam bentuk smoothie atau jus.

4. Daging tanpa lemak

Foto: makanananda.blogspot

Manfaat daging tanpa lemak adalah ia mengandungi dua mineral penting bagi meningkatkan daya imun tubuh anak.

Makan daging tanpa lemak ini adalah jalan pantas bagi meningkatkan zat besi ke dalam tubuh.

5. Bawang putih 

Mempunyai antioksidan yang kuat bagi melawan virus. Maksudnya dapat mencegah selesema dan sembuh dengan lebih cepat. Bau bawang putih yang unik dapat membantu memerangi selesema anak.

Bayi dan kanak-kanak yang mengalami gatal dan bengkak di bahagian kerongkong akan menolak untuk makan atau menelan sesuatu yang menyakitkan.

Jadi, adalah lebih baik anda berikan makanan yang halus dan lancar seperti;

  • Makanan pejal yang ringan seperti puding, yogurt atau buahan-buahan yang mengandungi tinggi vitamin C.
  • Sup dengan hirisan bawang putih.
  • Kisarkan beberapa pilihan buah-buahan dan jadikan ia smoothie atau jus.
  • Tetap beri susu ibu atau susu formula untuk bayi bawah 6 bulan. Sementara itu, bagi ibu yang menyusu badan, anda disarankan amalkan pemakanan di atas supaya khasiatnya dapat kepada anak melalui susu badan.

Sumber: The Asian Parent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Dec 2019

SUU Balm, produk pelembap kulit bebas SLS dan SLES

Ramai melihat perubahan selepas menggunakannya.

Sihat Wed, 24 Jul 2019

Darah nifas tidak normal, apakah simptomnya?

Jika kritikal, wanita mungkin terpaksa membuang rahim!

Sihat Sun, 23 Dec 2018

Telinga Berdesing? Mungkin Anda Mengalami Salah Satu Daripada Masalah Ini

Kalau sakit telinga tu, jangan dibiar-biar, segera bertemu doktor ya!

Sihat Sun, 17 Mar 2019

Anak kerap sakit? Ini punca utamanya

Ibu bapa perlu lebih prihatin!

Featured Wed, 1 Apr 2020

4 panduan mudah elak bibir menggelupas, merekah

Ambil tindakan segera agar tidak merebak.

Featured Thu, 7 Jun 2018

5 Manfaat Buah Nangka Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Anda

Selain isinya yang manis, buah nangka juga mempunyai khasiat yang berguna untuk anda.

Sihat Tue, 26 Nov 2019

Cabut sehelai uban, lebih banyak akan tumbuh – Fakta atau mitos? 

Ketahui kebenaran di sebalik kepercayaan ini.

Sihat Tue, 10 Jul 2018

Garu Kepala & Gelak Mampu Buat Anda Kurus? Biar Betul?

Lagi tinggi metabolisme, lagi bagus. Tak perlu bersenam pun!

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Featured Mon, 13 Apr 2020

Cara rawat demam anak tanpa perlu ke klinik. Nombor 3 terbukti berkesan!

Kaedah alternatif diamalkan sejak zaman-berzaman