Categories: Sihat

5 Sebab Kenapa Anak Kerap Demam, Batuk & Selesema

Adakah anak anda kerap demam, batuk dan selesema? Jika ya, pastinya anda berasa hairan kan? Walaupun sudah menjaganya dengan penuh perhatian, namun anak tetap kerap sakit.

Penulis sendiri turut mengalami situasi ini, di mana anak penulis kerap demam, batuk dan selesema. Doktor kata, mungkin disebabkan anak terdedah dengan virus oleh kanak-kanak lain ketika dia berada di taska. Itulah risikonya apabila ibu berkerja!

Tapi, bagaimana pula dengan anak-anak yang dijaga sepenuhnya oleh ibu yang tidak bekerja dan hanya suri rumah? Agaknya kenapa anak kerap sakit-sakit? Penulis senaraikan 5 sebabnya.

Foto: Klikdokter

1. Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak anda terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.

2. Pengudaraan di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap rumah anda dibuka, ruang tamu tidak terlalu tertutup dan perlu ada ruang untuk udara keluar masuk.

3. Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Keadaan ini akan meningkatkan risiko anak anda turut mendapat jangkitan. Cuba untuk jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.

4. Kebersihan diri anda dan anak yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas, pastikan anda mencuci tangan dengan bersih menggunakan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti melalui meja makan, alat permainan, tombol pintu, stroller dan sebagainya.

5. Lewat bawa anak berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak tidak sembuh walaupun sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi! Segeralah membawanya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Ingat, rawatan awal amatlah membantu!

Jadi, take note ya para ibu mahupun bapa! 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr. Ezziry M. Salih

tex_admin