Sihat By: Ad Ops December 1, 2019 @ 11:38pm

6 jenis ramuan kosmetik yang boleh menyebabkan alahan pada kulit

Alahan terhadap makanan, antara perkara biasa, namun alahan terhadap alat solek? Memang membimbangkan! 

Hakikatnya, sesetengah produk yang sepatutnya mencantikkan rupa, sebenarnya boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit, sekali gus merosakkannya.

Alahan ini memang sukar untuk difahami kerana produk kosmetik mengandungi pelbagai jenis ramuan, justeru menyebabkan sukar untuk mengenal pasti punca alahan. 

Alahan terhadap kosmetik adalah sebarang reaksi yang dialami selepas memakai sesuatu produk kosmetik sama ada produk penjagaan rambut, kosmetik, minyak wangi mahupun dan produk penjagaan kulit.

Kesannya berbeza bagi setiap kes, ada mangsa yang mengalami kerengsaan seperti masalah kulit ringan, ada juga simptom yang lebih berat dan memerlukan rawatan doktor. Kadangkala kesannya muncul serta-merta dan ada juga mengalami reaksi selepas beberapa tahun.

Menurut Stylecraze, antara langkah mudah untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu alah ataupun tidak adalah dengan memakai produk itu berulang kali.

Simptom yang biasa:

  • Ruam
  • Gatal-gatal
  • Kulit kasar dan mengelupas
  • Bintik merah seperti jerawat
  • Rasa pedih
  • Mata merah, gatal dan bengkak
  • Bibir dan lidah bengkak
  • Mata berair

Ruam adalah antara simptom yang paling biasa. Gambar hiasan/Sumber: Saubhaya Makeup

Bahan ramuan yang biasa menyebabkan alahan:

1. Wangian

Krim penjagaan kulit, serum, syampu dan produk kosmetik lain turut mengandungi pewangi. Jika tidak percaya, periksa senarai ramuan produk anda.

Wangian dalam kosmetik juga dikira sebagai bahan kimia. Seseorang yang alah terhadap wangian akan mengalami ruam, bersin, semput dan sakit kepala.

Walaupun sesuatu produk itu dilabel sebagai tiada bahan wangian (unscented), ia tetap mengandungi wangian. Jika anda alah, tukar kepada produk yang betul-betul bebas daripada wangian (fragrance-free).

2. Logam

Bahan logam seperti zink, kobalt, besi, plumbum, merkuri dan aluminium sering digunakan dalam penghasilan kosmetik dan barangan penjagaan diri seperti penggaris mata, gincu dan juga ubat gigi.

Untuk mengelakkannya, tukar pada alat solek mineral dan deodoran semula jadi. Elak daripada menggunakan kosmetik yang mengandungi pigmen metalik.

Selain itu, sebelum memakai produk baharu, sapu sikit pada sebahagian kulit untuk melihat reaksinya.

3. Sulfat

Elak daripada menggunakan produk yang mengandungi ‘SLS’. Sumber: Pinterest

Pasti anda pernah lihat ramuan sodium laureth sulfate and sodium lauryl sulfate yang tertulis pada botol syampu anda. Ini adalah bahan yang digunakan dalam hampir semua produk pencuci, seperti sabun mandi, syampu serta sabun bayi.

Bahan ini boleh menyebabkan keradangan, kekeringan dan ruam pada kulit. Sebaik-baiknya, cuba guna produk organik.

4. Emolien

Bahan ini sebenarnya bagus untuk kulit, tetapi bukan untuk semua jenis kulit.

Emolien paling biasa digunakan dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik termasuklah cocoa butter, lanolin, isopropyl palmitate, isosterate, coconut butter dan myristyl lactate.

Ramuan berkenaan boleh menyebabkan jerawat timbul, terutama jika seseorang itu mudah mendapat jerawat.

Jika anda mempunyai kulit sebegini ataupun kulit selalu berminyak, gunakan krim berasaskan air kerana krim ini mampu melembapkan kulit tanpa menimbulkan jerawat.

5. Minyak pati 

Ada juga yang boleh alah pada ramuan semula jadi, seperti minyak pati (essential oil). Minyak ini boleh ditemui di dalam krim, serum, sabun muka dan badan, lulur dan hampir semua produk penjagaan kulit.

Minyak pati hanya bagus untuk pengguna yang sudah biasa dengan produk berkenaan. Minyak ini menyebabkan alahan seperti ruam, kulit kering, jerawat, kulit merah dan reaksi alahan lain.

Periksa senarai ramuan produk yang menyakitkan kulit anda untuk melihat sekiranya ia mengandungi minyak pati.

Hentikan guna produk sebaik saja simptom timbul. Gambar hiasan/Sumber: Reddit

6. Asid muka

Reaksi alahan terhadap asid ini selalunya tidak sama dengan reaksi alahan biasa. Ia boleh menyebabkan jerawat dan kulit kering. Asid muka seperti asid salisilik dan retinol menggalakkan sintesis kolagen yang mungkin pada mulanya akan merosakkan kulit.

Jika kulit menjadi rengsa selepas memakai sebarang produk kecantikan, disarankan merujuk nasihat pakar kulit terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang produk berasaskan asid muka.

Cara mengelak daripada alahan kosmetik

1. Jalani ujian alahan untuk mengetahui ramuan apa yang tidak sesuai untuk kulit anda.

2. Beli produk yang mempunyai jumlah ramuan yang paling kurang.

3. Lakukan ujian tampalan (patch). Sapu sedikit formula pada lengan dan biarkan selama beberapa jam (jika boleh, biarkan selama dua ke tiga hari). Jika tiada reaksi alahan yang timbul, produk itu selamat untuk digunakan.

4. Elak daripada memakai wangian terus pada kulit. Sebaliknya, sapu pada pakaian. Tindakan ini dapat mengelak bahan kimia dalam wangian berkenaan daripada berinteraksi dengan ramuan produk kulit yang anda mungkin sudah pakai sebelum itu.

5. Jangan terpedaya dengan produk yang kononnya diuji secara dermatologi atau berunsur hipoalergenik. Pastikan anda cuba sedikit produk dahulu sebelum menggunakannya.

Cara merawat alahan kosmetik

Cara paling asas adalah untuk berhenti menyalahkan produk kecantikan. Reaksi alahan yang ringan selalunya akan reda dalam masa beberapa jam. Kadangkala ia tidak memerlukan sebarang rawatan.

Jika alahan semakin teruk, rujuk dengan pakar kulit serta-merta. Dia mungkin akan memberikan ubat sapu, menyarankan anda melakukan ujian tampalan ataupun menyuruh anda berhenti menggunakan semua produk. Anda mungkin juga diminta untuk mencuba satu demi satu produk untuk mengetahui produk paling sesuai dengan kulit anda.

Ujian patch dapat menentukan ramuan mana yang merbahaya. Sumber: Shutterstock

Jadi fikir-fikirkanlah. Dalam usaha untuk mencantikkan diri, berwaspadalah terhadap ramuan yang boleh membahayakan kulit. Pastikan anda sentiasa peka terhadap kesihatan kulit sendiri.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 19 Oct 2018

Okinawa Diet: Rahsia Hidup Lama Orang Jepun

Okinawa merupakan kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia.

Sihat Thu, 16 May 2019

Suntikan O-shot atau vampire, mampu buat wanita cepat klimaks!

Tidak mencapai klimaks, topik terpencil dan jarang dibincangkan wanita.

Featured Thu, 19 Dec 2019

Ambil madu setiap pagi bantu turunkan berat badan? Ini caranya

Kajian UMT bukti madu penawar segala penyakit

Sihat Tue, 26 Nov 2019

Masalah kesihatan gigi kanak-kanak Malaysia membimbangkan

Ketahui bahan penting dalam amalan penjagaan gigi

Sihat Thu, 11 Apr 2019

Kenali komplikasi dialami si manja melalui warna najis ini!

Nombor 8, petanda bayi anda mengalami masalah pundi hempedu atau hati.

Featured Fri, 24 Aug 2018

Malas Bersenam? Hidu Jenis Makanan Ini Sekerap Mungkin Untuk Dapatkan Tubuh Idaman Anda

Menghidu epal hijau dan pisang dipercayai mampu membantu anda mengurangkan selera makan.

Sihat Tue, 30 Apr 2019

5 jangkitan selepas bersalin yang anda perlu ambil tahu

Jangan ambil mudah dengan tanda jangkitan

Featured Mon, 23 Mar 2020
Sihat Sat, 10 Nov 2018

Kenali Sentuhan Baik Dan Tidak Baik Bagi Memastikan Kesihatan Mental Bebas Trauma!

Sentuhan tidak baik boleh memberi kesan kemurungan dan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.

Sihat Wed, 4 Jul 2018

Hidung Berdarah Secara Tiba-Tiba. Ketahui Puncanya

Udara terlampau sejuk atau kering, boleh menyebabkan saluran kapilari pecah lalu menyebabkan pendarahan hidung.