Sihat By: tex_admin December 17, 2018 @ 10:00am

7 Tanda Tahap Kolesterol Dalam Badan Anda Tinggi

Tahukah anda, salah satu tanda kolesterol dalam badan tinggi adalah adanya bintik-bintik putih kecil di sekitar mata atau benjolan berwarna kuning pada hujung kelopak mata. 

Kolesterol wujud dalam tubuh badan kita adalah disebabkan faktor pemakanan ataupun sejarah keluarga. Sebenarnya, kolesterol adalah adalah sejenis lemak.

Tubuh badan kita memerlukan kolesterol untuk banyak perkara seperti menghasilkan sel baru, tetapi jika kolesterol berlebihan dalam darah akan meningkatkan risiko sakit jantung atau strok. Jadi, sangatlah penting untuk menjaga pemakanan seharian supaya kolesterol dalam badan kita tidak berlebihan!

Penulis senaraikan 6 tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi yang wajib anda ambil peduli. Jom semak!

1. Kaki sering berasa kebas

Ia terjadi kerana darah bergumpal yang akan menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk

Foto: Vemale.com

Peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga akan menutupnya. Ini akan menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang sekaligus membuatkan kita mudah mengantuk.

3. Senak pada bahagian dada sebelah kiri

Ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi.

4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di bahagian belakang leher

Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada bahagian kepala.

5. Kaki membengkak

Perkara ini terjadi kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kalau anda nak tahu, kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

Foto: Tribun Jogja – Tribunnews.com

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak)

Bintik-bintik putih ini hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca daripada kadar trigliserida yang tinggi.

7. Tanda kuning muda

Tanda ini akan timbul pada bahagian tengah atau hujung kelopak mata. Tanda kuning ini timbul kerana adanya mendapan kolesterol. Ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit dan lutut.

Sekiranya , anda mengalami tanda-tanda seperti ini, segeralah mendapatkan rawatan doktor. Awasilah pemakanan anda mulai daripada hari ini ya!

Aumber: Vanilla Kismis

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Aug 2018
Sihat Mon, 22 Oct 2018
Sihat Thu, 27 Jun 2019

Banyaknya kalori terbakar dengan kerja rumah, kagum tak?

Selain rumah bersih, pinggang pun semakin ramping!

Sihat Tue, 15 Jan 2019

Bukan saja kedutan wajah semakin jelas, rupa bentuk vagina juga berubah!

Perubahan vagina adalah sesuatu yang normal berlaku kepada wanita

Featured Mon, 9 Mar 2020

Kira kalori minimum untuk turunkan berat badan

Hasilnya pasti mengujakan, jom buat!

Sihat Thu, 7 Nov 2019

3 langkah mudah kenal pasti strok

Akronim STR boleh selamatkan nyawa pesakit strok

Sihat Sun, 17 Mar 2019

Anak kerap sakit? Ini punca utamanya

Ibu bapa perlu lebih prihatin!

Sihat Wed, 15 Aug 2018
Featured Wed, 25 Sep 2019

Pakai kosrset memudaratkan kesihatan? Ini jawapan Kevin Zahri!

Pakai korset beriya, makan tak dijaga macam nak kurus tu sis?

Sihat Tue, 23 Oct 2018