Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Sihat By: Bibi Ramli September 14, 2018 @ 1:00pm

8 Cara Untuk Elakkan Kekejangan Ketika Berlari Atau Berjogging

Tak kiralah jika anda sedang bertanding dalam maraton atau berjogging biasa selepas kerja, kekejangan memanglah sesuatu yang pelari harap takkan berlaku kepada mereka.

Dari kekejangan otot di abdomen atau cramp di betis, kejadian ini boleh spoil terus aktiviti atau pengalaman anda.

Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, ada beberapa langkah yang anda patut ambil sebelum anda mula berlari atau berjogging.

1. Kekalkan hydration

Walaupun kajian terdahulu tidak membuktikan yang kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan cramp, pakar aktiviti berlari percaya yang dengen meminum air yang cukup, ia boleh mengurangkan kadar kesakitan yang seseorang itu rasa apabila dia terkena kekejangan.

2. Pastikan elektrolit banyak dalam badan

Elektrolit merupakan bahan kimia dalam badan yang boleh mengkonduksikan elektrik. Ia penting untuk pelbagai fungsi badan termasuklah prestasi sukan. Tanpanya, badan anda akan jadi lemah dan otot mudah kejang.

Jadi jika anda bercadang untuk menyertai sebarang jenis aktiviti sukan, anda kena pastikan yang diet anda mengandungi elektrolit.

Jenis mineral elektrolit yang biasa termasuklah potasium, sodium, klorida, kalsium dan magnesium. Makan makanan yang mengandunginya seperti pisang, jeruk dan yogurt.

3. Regangkan otot sebelum lari

Stretching sebelum anda mula berlari boleh panaskan badan dan mengurangkan potensi untuk mendapat kekejangan, ketegangan otot dan sebarang kesakitan.

Jika sesuatu otot itu mula kejang, regangkan otot secara ringkas untuk mengurangkan rasa sakit dan ketidakselesaan. Tak perlu tunggu betul-betul cramp, lepas itu baru nak stretch.

Foto: vhpicstock/Shutterstock

4. Elakkan makan beberapa minit sebelum berlari

Kalau anda makan selepas itu duduk di sofa depan TV, tak ada masalah. Tapi jangan sesekali buat perkara yang sama sebelum anda mula berlari.

Para pakar mencadangkan anda minum air yang banyak atau makan 2 jam sebelum. Sebuah kajian menunjukkan, orang yang makan banyak dalam sejam atau dua sebelum perlumbaan mereka lebih berpotensi untuk mengalami kesakitan otot.

5. Keep track apa yang anda makan

Jika anda sentiasa prihatin terhadap apa yang anda makan, anda boleh tahu bahan makanan yang mana yang buat perut anda kembung, kenapa anda lebih letih pada sesuatu hari itu dan apa yang menyebabkan anda kejang ketika berlari.

Dengan adanya log book untuk sajian anda setiap hari, anda boleh tahu juga tabiat apa yang sesuai untuk aktiviti sukan anda.

6. Tetapkan kelajuan

Jika anda pernah menyertai perlumbaan, anda mesti tahu yang anda tak patut mula berlari terlalu cepat. Kalau ya, nanti lebih mudah untuk anda alami kekejangan.

Jadi mula perlahan-lahan; kemudian baru lari laju sikit seperti mana yang anda rasa selesa dan maintain kelajuan tersebut.

7. Perhatikan tahap pernafasan anda

Jika anda mengalami kekejangan abdomen ketika berlari, besar kemungkinan ia disebabkan oleh pernafasan anda.

Untuk hilangkannya, bernafas dalam-dalam dengan diafragma supaya paru-paru anda penuh dengan oksigen.

Jika anda tak gunakan diafragma anda, anda akan mengehadkan simpanan oksigen anda. Inilah punca kekejangan dan situasi di mana kaki anda terasa berat.

8. Berlatih melompat

Lagi kerap anda berlari, lagi bagus larian anda. Sama juga jika anda menambah latihan melompat dan skipping (dikenali sebagai plyometrics) ke dalam senarai senaman anda.

Latihan ini telah dibuktikan boleh memperbaiki prestasi sukan dan melambatkan keletihan otot.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 11 Jun 2019

5 fakta penting mengenai pneumonia yang anda perlu tahu

Pneumonia ialah radang paru-paru yang mengambil nyawa jutaan orang di seluruh dunia.

Featured Fri, 19 Oct 2018

Kenali Apa Itu Omega 3 Yang Sangat Diperlukan Oleh Tubuh

Omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung!

Sihat Wed, 15 Aug 2018

Cuaca Panas Lit Lit Melanda Negara, Anda Berkemungkinan Terdedah 6 Gejala Penyakit Ini

Kesihatan tubuh badan seseorang bukan saja diukur dari segi pengambilan makanan, tetapi juga pengaruh cuaca harian.

Featured Sun, 19 Apr 2020
Featured Tue, 9 Jul 2019
Sihat Fri, 1 Jun 2018

Anda Komited Berpuasa Tapi Berat Badan Naik Juga, Di Mana Silapnya?

Patutnya makin berpuasa, makin kurus. Ini tidak, makin naik badan dibuatnya.

Sihat Tue, 17 Sep 2019

Bagaimana nafas kita boleh berbau? Ini puncanya

Jangan memandang remeh hanya kerana mulut berbau!

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Mon, 23 Mar 2020

| Live TV