Sihat By: Yanie Baharom November 14, 2019 @ 12:52pm

8 pekerjaan profesional ini berisiko tinggi menyebabkan kemurungan

Demi kelangsungan hidup, setiap daripada kita memerlukan pekerjaan. Sama ada kerjaya yang dipilih itu atas dasar minat atau sebaliknya, pekerjaan adalah jaminan dalam memperoleh kehidupan yang lebih baik, kecuali pekerjaan yang diklasifikasikan sebagai pemerdagangan manusia, pengedaran dadah, pembunuh upahan atau apa sahaja yang membelakangkan undang-undang!

Tetapi bukan itu topik yang ingin dibincangkan, s ebaliknya mahu menyingkap pekerjaan yang berisiko menyebabkan manusia menghadapi tekanan perasaan.

Agak sukar untuk menghadamnya, kerana lapan bidang kerjaya yang bakal dinyatakan ini bukan sahaja disenaraikan dalam 21 kategori pekerjaan utama di Malaysia. Malah hasil kajian yang dijalankan sepasukan pakar psikologi di Amerika Syarikat mendapati pemain di dalam industri ini berisiko tinggi menghadapi kemurungan.

8. Akauntan dan penasihat kewangan

Foto: Billzy

Pekerjaan yang melibatkan nombor, sememangnya satu pekerjaan yang memeningkan kepala. Untuk menguruskan wang simpanan atau akaun pelaburan sendiri pun boleh jadi runsing dibuatnya, apatah lagi menguruskan akaun bernilai ribuan atau jutaan ringgit yang dimiliki orang lain?

Hilang 1 sen pun, boleh didakwa ya! Ternyata, kerjaya sebagai akauntan atau penasihat kewangan satu pekerjaan yang tegar.

Karakteristik kebanyakan akauntan juga dikaitkan dengan sifat ‘kedekut’ atau berkira, kerana terlalu terbawa-bawa dengan method etika pekerjaan mereka. Biasanya mereka jenis panas baran, mungkin kerana amanah menguruskan duit syarikat.

Ibaratnya, apabila menguruskan duit orang, jika didapati hilang, bertanggungjawablah untuk mengganti jumlah yang hilang itu!

7. Pekerja pembinaan dan penyelenggaraan

Tiada siapa yang suka jika mereka hanya dipanggil apabila terjadi sesuatu masalah, namun itulah yang perlu dihadapi oleh pekerja penyelenggaraan hampir setiap hari.

Sudahlah jadual kerja yang tidak tentu masa, bayaran yang diterima pula biasanya tidak setimpal dengan tugas mereka yang ibaratnya membersihkan najis yang dibuang orang lain.

Terbukti daripada laporan Kementerian Sumber Manusia, kerjaya ini juga mempunyai kadar keluar masuk pekerja yang tinggi. Situasi pekerja saling silih berganti ini menyebabkan mereka sering terpinggir. Persekitaran tempat kerja seperti ini boleh membahayakan kesihatan mental seseorang.

6. Pekerja sokongan pentadbiran

Pekerja dalam sektor ini boleh menderita akibat permintaan yang tinggi dan ketiadaan kawalan.

Mereka sering berada di barisan hadapan dan menerima pelbagai arahan dari semua arah serta dari semua peringkat. Walau bagaimanapun, mereka sendiri merupakan pekerja peringkat bawahan yang tidak mempunyai kuasa untuk ‘menepis’ atau ‘mengawal’ arahan-arahan itu.

Sudahlah terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia yang tidak-tidak, kerjaya dalam bidang ini juga kurang diberikan penghargaan atas segala tugas yang disempurnakan (walaupun tugas-tugas itu memudahkan hidup orang lain).

5. Guru

Peranan guru di era teknologi kini bukanlah seperti 20-30 tahun yang lalu. Selain terlibat dalam sesi pembelajaran dan pengajaran ketika waktu sekolah, mereka dibebani lambakan kerja yang perlu disiapkan di rumah termasuk melibatkan diri dalam pelbagai rancangan serta aktiviti yang membabitkan pelajar.

Ditambah dengan ketiadaan bajet daripada pihak atasan untuk menyediakan bahan pengajaran sewajarnya untuk anak-anak murid, mereka pula terpaksa berkorban wang poket sendiri semata-mata ingin melihat pelajar cemerlang dan berjaya.

Golongan akademik ini perlu berhadapan dengan pelbagai tekanan dalam melayani kerenah pelajar seramai 30-40 orang setiap kelas, memenuhi kehendak ibu bapa dan pada masa yang sama perlu mencapai sasaran serta standard yang ditetapkan pihak sekolah. Itu belum lagi cemuhan ramai terhadap guru di sosial media yang sedikit-sebanyak mencemarkan kredibiliti mereka.

Tekanan seperti ini boleh menyebabkan guru-guru sukar melakukan tugas mereka dengan sempurna. 

4. Karyawan (artis, penghibur, penulis)

Terdapat banyak kes membabitkan selebriti popular yang ditemui mati bunuh diri gara-gara mengalami kemurungan. Selain tekanan yang diterima daripada umum, golongan ini tidak dapat menikmati kehidupan seperti orang biasa, tidak boleh meluahkan apa yang bergelodak dalam diri, berjauhan daripada keluarga dan  tidak mempunyai teman yang setia, menjadi penyebab masalah kemurungan mereka.

Karyawan merangkumi artis, penghibur dan penulis juga dilihat sebagai kerjaya dengan pendapatan yang tidak tetap. Malah Golongan kreatif seumpama ini juga mempunyai kadar gangguan mood yang tinggi iaitu sekitar 9 peratus kes kemurungan yang dilaporkan.

Selama tempoh 25 tahun merawat pesakit dengan masalah kesihatan mental, Dr. Deborah Legge, seorang kaunselor kesihatan mental dari Buffalo, Amerika Syarikat mendapati satu lagi penyakit yang sering terjadi pada penghibur dan artis adalah kecelaruan bipolar.

3. Pekerja bidang kesihatan

Kategori ini termasuklah doktor, jururawat, ahli terapi dan pelbagai profesion lain yang melibatkan golongan ‘yang sentiasa memberi khidmat’ sehingga diri sendiri terabai. Pekerja dalam sektor ini sering mempunyai waktu bertugas yang panjang dan tidak menentu.

Bayangkan, sesudah berhempas pulas pesakit gagal diselamatkan dan terpaksa menerima hakikat kematian berlaku di tangan anda semasa proses pembedahan, pastinya ini menjadi momen paling menyayat hati bagi seorang doktor mahupun jururawat yang bertugas.

Kesimpulannya, tahap tekanan pekerja bidang penjagaan kesihatan adalah sangat tinggi. Mereka perlu berhadapan dengan pelbagai jenis sakit dan trauma.

Kesemua faktor ini boleh menyumbang kepada kemurungan kerana ia boleh membuatkan minda mereka tertumpu kepada ruang lingkup pemikiran yang kecil bahawa dunia ini adalah suatu tempat yang sangat menyedihkan.

2. Pekerja khidmat makanan

Gambar hiasan. Foto:  STR/SAMADI AHMAD

Pelayan di restoran atau kedai makan kebiasaannya menerima gaji yang tidak begitu tinggi dan perlu bekerja dengan teruk sambil terpaksa melayani pelbagai kerenah pelanggan tanpa henti-henti. Dilaporkan sekitar 10 peratus pekerja dalam sektor ini menghadapi kemurungan kronik.

Menurut Dr Legge, kerjaya ini jarang menerima ucapan terima kasih. Hal ini mungkin disebabkan pelanggan sendiri mengharapkan pelayan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Tidak dilupakan ada juga pelanggan yang selalu bersikap kasar dan biadap terhadap pelayan. Apabila anda menggunakan banyak tenaga semasa bekerja ditambah dengan tekanan emosi sedemikian, agak sukar untuk mempunyai tenaga positif dan motivasi dalam diri.

1. Pekerja pusat penjagaan (warga emas/kanak-kanak)

Foto: care.com

Pekerja di rumah atau pusat penjagaan mengungguli carta di mana hampir 11 peratus daripada mereka yang berkecimpung dalam bidang ini dilaporkan menghadapi kemurungan yang kronik.

Dr Christopher Willard, pakar psikologi klinikal dari Tufts University memberitahu, tugas harian mereka di tempat kerja termasuklah memberi makan, memandikan dan menjaga orang lain yang ‘tidak mampu mengucapkan rasa berterima kasih atau memberikan penghargaan disebabkan mereka terlalu tua atau terlalu muda.’ Keadaan ini membuatkan seseorang sangat tertekan kerana tidak banyak peneguhan positif diterima dari persekitaran.

Namun begitu, dalam apa juga pekerjaan kita haruslah bijak menangani emosi dan tekanan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 12 Sep 2019

Bukan fizikal sahaja perlukan keregangan, mata juga perlu bersenam!

Teknik senaman ini boleh meningkatkan tahap kecergasan mata

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

Featured Wed, 1 Apr 2020

4 panduan mudah elak bibir menggelupas, merekah

Ambil tindakan segera agar tidak merebak.

Sihat Fri, 21 Sep 2018

Rasa Lenguh Setelah Duduk Di Meja Pejabat Berjam-Jam? Amalkan 11 Senaman Regangan Ini

Tak perlu bangun, ketika duduk pun anda boleh bersenam.

Sihat Fri, 24 May 2019

Tak rasa lapar walaupun saat berbuka, ini rahsia Yasmin Hani kekal bertenaga dan aktif

Panduan Yasmin Hani ini amatlah sesuai bagi mereka yang hendak berdiet!

Sihat Fri, 17 Aug 2018

Teh O Ais Punca Kegagalan Buah Pinggang?

Komponen utama teh mengandungi banyak kandungan garam asid atau oksalat boleh menyebabkan masalah buah pinggang.

Sihat Tue, 10 Dec 2019
Featured Fri, 10 May 2019
Featured Wed, 8 Apr 2020

88 peratus pesakit positif COVID-19 tidak tunjuk gejala

Pesakit tidak bergejala umpama bom jangka

Semarak Mon, 4 Jun 2018

Ini Makanan Yang Perlu Anda Elakkan Ketika Berbuka Puasa

Anda kena tahu makanan apa yang anda tak patut makan supaya kesihatan anda terjaga.