Sihat By: Ad Ops January 2, 2019 @ 1:00pm

9 Azam Tahun Baru Tentang Kesihatan Yang Para Doktor Ingin Anda Buat

Setiap kali kita menyambut tahun baru, mesti ramai dalam kalangan kita yang mempunyai niat untuk menjadi lebih sihat, menguruskan hidup atau mengumpul wang.

Jika anda merupakan salah seorang yang ingin meningkatkan tahap kesihatan, ada beberapa resolusi terperinci yang boleh memberikan impak positif jangka panjang kepada hidup anda.

Teruskan baca untuk ketahui apa yang anda perlu buat.

1. Ketahui risiko anda untuk menghidap penyakit kencing manis jenis 2

Diabetes merupakan salah sebuah masalah kesihatan kronik yang paling biasa dihidapi. Tapi sejumlah besar daripada pesakit kencing manis jenis 2 tak tahu pun yang mereka menghidapinya.

Anda disarankan menjalani ujian untuk ketahui jika anda berisiko.

2. Jadi lebih aktif

Orang dewasa sepatutnya menjalani aktiviti aerobik (selama 150 minit untuk kadar sederhana atau 75 minit untuk kadar yang bersungguh-sungguh) setiap minggu, termasuklah sesi kuatkan otot sebanyak dua kali seminggu.

Senang saja nak capai misi ini. Aktiviti harian seperti berjalan, mencuci, menari dan menaiki tangga, semuanya menyumbang kepada jumlah senaman anda. Jadi anda tak perlu susah-susah ke gimnasium jika anda tak nak.

3. Ketahui kadar tekanan darah anda

Foto: Verywell Health

Tekanan darah tinggi adalah berkaitan dengan peningkatan risiko strok dan penyakit jantung, jadi memang penting untuk anda tahu bacaan tekanan darah anda.

Anda boleh rujuk kepada pakar untuk pelajari cara-cara mengurus tekanan darah anda menerusi strategi termasuk diet, senaman dan pemulihan stres.

4. Kurangkan makan makanan yang diproses

Jenis makanan ini selalunya penuh dengan gula, garam, lemak dan bahan kimia. Memakannya dengan jumlah yang banyak adalah berkaitan dengan masalah kesihatan seperti peningkatan berat badan, diabetes jenis 2 dan kanser.

Sebagai permulaan, tukarkan air soda dan bergula kepada air masak. Selain itu, anda juga boleh masak di rumah dan menggunakan lebih banyak ramuan semula jadi khususnya protein berasaskan tumbuhan.

5. Ambil antibiotik seperti yang ditetapkan oleh doktor

Memakan antibiotik secara tak wajar atau berhenti makan sebelum perskripsi anda habis boleh menyebabkan badan anda membina toleransi terhadap ubat tersebut.

Ini adalah masalah besar memandangkan hal ini mengakibatkan isu-isu kesihatan seperti jangkitan dan penyakit yang tak terkesan dengan ubat atau rawatan.

Ikuti nasihat doktor dan ingat bahawa antibiotik tidak boleh melawan virus.

6. Berhenti menggunakan nikotin dan tembakau

Foto: verywellmind.com

Merokok bukan saja memberi risiko kanser paru-paru tapi ia juga dikaitkan dengan penyakit jantung dan jenis kanser lain.

Nak mematikan tabiat ini memang susah, tapi ada alternatif seperti nicotine patch yang boleh membantu.

7. Jangan kongsi ubat dengan orang lain

Berkongsi ubat perskripsi atau tidak membuangnya dengan betul boleh membahayakan orang yang mempunyai masalah pergantungan terhadap opioid. Jika anda diberi painkiller, makan seperti yang disuruh oleh doktor dan jika anda ekstra, pulangkannya ke klinik.

8. Pastikan keluarga anda telah mengambil vaksin yang terkini

Vaksin adalah salah satu cara terbaik untuk mengelak daripada penyakit. Dengan mengurangkan risiko anda menjangkiti penyakit, anda juga akan mengurangkan kemungkinan untuk penyakit tersebut berjangkit kepada orang lain. Akhirnya kumpulan manusia di sekeliling anda adalah sihat.

Periksa pusat kesihatan berdekatan dengan anda untuk memastikan jika anda telah mengambil vaksin yang terkini.

9. Kawal stres

Foto: NEA Healthy Futures

Dalam kadar rendah, stres sebenarnya adalah baik untuk anda. Tapi stres yang kronik boleh membahayakan kesihatan mental, fizikal dan kognitif anda. Jadi anda memang perlu cari teknik mengurangkan stres yang efektif untuk anda.

Semua orang tak sama reaksinya tapi kajian menunjukkan aktiviti yang melegakan, seperti yoga, meditasi serta sembahyang boleh memberikan kelainan yang besar. Senaman juga boleh menghilangkan stres.

Semoga info di atas bermanfaat untuk anda!

Sumber: Time

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 16 Mar 2020

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Jangan abaikan keperluan tubuh badan.

Featured Sun, 16 Sep 2018

Penggemar Sukan Berbasikal, Ini Tip Pemakanan Sihat Untuk Anda

Amalkan pemakanan ini untuk pecutan yang luar biasa!

Semarak Sat, 26 May 2018

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Tip berguna ini untuk kekalkan tenaga yang berterusan untuk ibu hamil yang berpuasa.

Sihat Sun, 10 Feb 2019

Selesema berpanjangan mungkin tanda anak anda dijangkiti influenza

Influenza boleh memudaratkan kanak-kanak kecil

Featured Wed, 25 Sep 2019
Featured Thu, 7 May 2020
Featured Wed, 29 Apr 2020
Featured Thu, 5 Mar 2020
Featured Wed, 2 Oct 2019

Senaman untuk wanita pertengahan usia

Jangan biarkan usia menjadi penghalang untuk tubuh badan yang sihat