Sihat By: Bibi Ramli August 30, 2018 @ 6:00pm

Adakah Ibu Bapa Anda Menunjukkan Kesukaran Untuk Menahan Kencing? Inilah Apa Yang Anda Perlu Tahu

Anda pernah tak masuk ke dalam rumah orang tua-tua ataupun bilik mereka? Mesti anda perasan ada bau semacam, kan?

Kalau anda tak tahu, itulah bau air kencing.

Ramai yang beranggapan, semakin meningkat usia seseorang itu, semakin tinggi kemungkinannya untuk mengalami kesukaran dalam menahan kencing.

Untuk anda yang tak tahu, masalah ini dipanggil incontinence. Ia bukannya sebuah penyakit yang mengancam nyawa, tapi ada macam-macam tanggapan yang tak betul tentangnya.

Statistik menunjukkan…

Tanggapan paling lazim adalah ramai yang ingat masalah ini hanya dihadapi oleh orang tua-tua saja. Tidak!

Dianggarkan seramai 1.4 juta rakyat Malaysia dibelenggu masalah ini. Ini termasuklah 1 daripada 3 wanita yang berusia 40 tahun ke atas, serta 1 daripada 10 lelaki berumur 60 tahun ke atas. Fuyo, muda-muda pun boleh terkena!

Walau bagaimanapun, hanya 31% daripada mereka (termasuklah yang tua-tua) telah tampil untuk mendapatkan rawatan pakar. Yang lain-lain itu lebih sanggup untuk hadapi situasi ini berseorangan.

Ini mungkin kerana mereka mungkin segan untuk beritahu orang lain yang mereka sedang mengalami masalah ini.

Hmm… faham. Jika anda berada di tempat mereka, memang memalukan jika anda tiba-tiba tak boleh nak tahan kencing. Kalau tak bernasib baik, seluar atau kain anda pun akan basah. Malunya kalau orang lain tengok!

Meningkatkan kesedaran

(kiri) Pengarah Pemasaran Kumpulan Vinda Asia Tenggara, Evelyn Chan; Pakar Urologi Peter Ng

Memandangkan ramai yang rasa keberatan untuk bersuara tentang masalah incontinence mereka, pengeluar lampin dewasa TENA telah melancarkan kempen “Apa Khabar Mak Abah?” dengan kerjasama Yayasan Kontinens Malaysia.

Ia bertujuan untuk menggalakkan anak-anak warga tua supaya lebih prihatin dan mengambil berat tentang kesihatan ibu bapa mereka yang semakin berusia.

TENA boleh hulurkan pertolongan iaitu dengan menyediakan tip-tip serta sokongan supaya mereka tahu cara-cara untuk mengenal pasti tanda-tanda incontinence dalam hidup ibu bapa mereka.

Fakta daripada pakar

Menurut pakar urologi dan presiden Yayasan Kontinens Malaysia Dr Peter Ng, ramai orang ingat, biasalah, bila meningkat usia, mestilah ada masalah ini. Dan ia bukannya isu penting.

“Apa yang mereka tak sedar adalah ia terjadi disebabkan oleh penyakit yang boleh dirawat.

“Incontinence bagi kaum wanita berpunca daripada kelemahan otot pada lantai tulang pelvis, manakala untuk kaum lelaki, puncanya adalah kelenjar prostat yang terlalu berkembang.

“Kalau tak pun, ia disebabkan oleh pundi air kencing yang terlalu aktif. Apa-apa pun, mereka boleh disembuhkan dengan ubat atau latihan pengawalan usus.

“Inilah sebabnya situasi ini amat menyedihkan. Kenapa kita perlu biarkan ibu bapa kita atau orang-orang tua yang lain menderita memanjang?”

Bantuan dan sokongan

Secara amnya, anda boleh mengurangkan beban ibu bapa yang mengalami masalah incontinence dengan membeli lampin dewasa TENA untuk mereka pakai.

Nescaya dengan keselesaan yang diberi, mereka akan boleh melakukan aktiviti kegemaran mereka dan menjalani kehidupan secara bebas dan berkeyakinan.

Tapi ingat! Tuala wanita (sanitari pad) bukanlah alat yang sesuai untuk masalah incontinence kerana ia tak berfungsi untuk menyerap cecair.

Jika pesakit wanita memakainya, nanti kulitnya mendapat ruam. Lagi teruk, kulat pula akan tumbuh. Eee! Jadi pastikan mereka memakai lampin dewasa.

Kempen kesedaran yang efektif

Jika anda perlukan bantuan yang lebih mendalam tentang incontinence, TENA boleh tolong menerusi kempen “Apa Khabar Mak Abah?”!

Ia menawarkan sumber-sumber maklumat dan bantuan kepada orang awam yang ingin memahami dengan lebih lanjut tentang incontinence. Mereka adalah:

1. Senarai Semak Diri (link boleh didapati di www.facebook.com/TENA.Malaysia).

Check list ini adalah berdasarkan pemerhatian anda sebagai anda sebagai anak, dan ia boleh pastikan melalui perubahan tingkah laku ibu bapa anda jika mereka mengalami incontinence atau tidak.

2. Buku Panduan ‘Caring 101’ (boleh didapati menerusi www.TENA.com.my)

Ia diterbitkan dengan kerjasama panel pakar perubatan untuk berkongsi info tentang incontinence terhadap perubahan yang berlaku mengikut peringkat umur serta cara penyelesaian praktikal terbaik untuk menjaga ibu bapa anda.

3. Video Pendidikan ‘Caring 101’ (juga boleh didapati di www.TENA.com.my)

Ini juga menawarkan tip dan nasihat daripada pakar perubatan bagi persediaan untuk menjaga ibu bapa.

4. Talian bantuan bebas tol 1800-88-9988 atau pilihan Facebook Chat di www.facebook.com/TENA.Malaysia

Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 9 pagi ke 5 petang.

Diharapkan dengan bantuan yang disediakan ini, anda akan cukup berpengetahuan untuk membantu ibu bapa anda mengharungi masalah incontinence.

Nasihat untuk si anak

Akhir sekali, sebagai anak, anda perlulah sentiasa alert terhadap kesihatan ibu bapa anda. Cuba sedaya upaya untuk membantu dan memahami keadaan walaupun mereka menafikan yang mereka mengalami masalah.

Kurangkan bebannya dan hulurkan sokongan, okay?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 21 Jun 2018

Kalau Nak Kuku Kekal Cantik Dan Terjaga, Ikuti Tip Ini!

Sila jaga kuku anda untuk tampil menarik setiap hari!

Sihat Fri, 8 Feb 2019
Sihat Thu, 29 Nov 2018

7 Tip Redakan Sakit Resdung Ikut Saranan Doktor ENT

Resdung akan menyebabkan hidung gatal dan sering tersumbat.

Sihat Wed, 26 Sep 2018

Sinonim Dengan Panggilan Bunga Kubur, Melur Banyak Khasiatnya

Bunga melur dapat atasi masalah jeragat dan pigmentasi.

Featured Tue, 17 Dec 2019

95 peratus daripada penghidapnya adalah bayi yang baru lahir, ketahui penyakit ini!

Penyakit jantung kongenital dan apa ibu bapa perlu lakukan

Featured Wed, 4 Sep 2019

Ketahui punca tumit kaki pecah dan merekah

Elak masalah lebih serius

Sihat Tue, 17 Sep 2019

Bagaimana nafas kita boleh berbau? Ini puncanya

Jangan memandang remeh hanya kerana mulut berbau!

Sihat Wed, 1 Aug 2018

Jangan Terlalu Asyik Menghayati Suasana Rimba Sampai Terbawa Pulang 3 Penyakit Ini

Antara penyakit yang mungkin dijangkiti semasa beriadah di dalam hutan adalah Leptospirosis, Malaria dan Melioidosis.

| Live TV