Sihat By: tex_admin July 11, 2018 @ 5:00pm

Alat Permainan Kanak-Kanak Sebar Kuman Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Chong Chee Keong berkata, kuman penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah berpunca daripada alat permainan kanak-kanak yang merupakan medan penyebaran kuman. 

Kuman penyakit tersebut mudah berjangkit daripada seorang kanak-kanak kepada kanak-kanak yang lain menerusi alat dan barang permainan yang diguna bersama. 

Foto: Majalah Pa&Ma

“Justeru, para ibu dan pengendali tadika perlu membersihkan alat permainan, tandas dan kain lampin yang telah digunakan oleh bayi atau anak-anak mereka bagi mengelak penyakit itu daripada merebak.

“Sudah tentu mereka perlu menjaga kebersihan di dalam rumah juga. Dengan andaian bahawa kanak-kanak suka bermain bersama-sama, adalah lebih baik jika ibu-ibu mengasingkan anak-anak mereka.”

“Saya tahu memang sukar hendak mengasingkan kanak-kanak kerana memang sifat mereka suka bermain bersama-sama,” katanya.

Foto: Newsner

Penyakit tangan, kaki dan mulut adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada virus yang mudah berjangkit terutama virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) dan boleh merebak menerusi air liur, cecair luka dan najis.

Tanda-tanda jangkitan termasuklah demam, ruam dan bintik-bintik di tapak tangan dan kaki serta ulser pada mulut dan lidah, selain jangkitan pada saluran pernafasan atas dan sesak nafas.

Hijab & Heels berharap, semua ibu bapa perlu menitik beratkan soal kebersihan dalam semua aspek. Berpesanlah kepada pengendali taska mahupun tadika anak anda tentang kesedaran bahayanya penyakit ini. Kasihani dan sayangilah anak anda!

Sumber: Bernama 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 10 Dec 2018
Featured Sun, 29 Mar 2020
Featured Sat, 11 Apr 2020
Featured Tue, 2 Jul 2019

Cantik & langsing bak Kilafairy. Ini rahsianya!

Anda pun boleh jadi sepertinya!

Featured Mon, 23 Sep 2019

Ini cara untuk kira berapa sudu gula yang ada dalam minuman anda

Bayangkan berapa banyak gula yang anda ambil!

Sihat Thu, 3 May 2018

Boleh Bersalin Normal Ataupun Tidak? Ketahui Apa Itu Kedudukan Bayi Songsang Dalam Kandungan

Jangan panik kalau disahkan kehamilan anda songsang. Sebaliknya, ketahui perkara-perkara ini.

Featured Mon, 4 Nov 2019

Bukan orang gemuk sahaja, orang kurus pun boleh kena diabetes

Ketahui sebab apa orang kurus terdedah kepada risiko diabetes

Sihat Fri, 12 Oct 2018
Featured Mon, 16 Mar 2020

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Jangan abaikan keperluan tubuh badan.

Sihat Tue, 8 May 2018

7 Teknik Senaman Mudah Yang Anda Boleh Buat Di Pejabat Untuk Meregangkan Otot

Tahukah anda, duduk berpanjangan
boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung serta kanser?